Morhabshi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Commiphora myrrha
Morhabshi / Commiphora myrrha
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. myrrha
Nama binomial
Commiphora myrrha
Arn., 1964
Sinonim

Commiphora momol

100 g Morhabshi (Myrrh)

Morhabshi (juga dieja Morhabsyi), Morha atau Maruha (bahasa Inggeris: Myrrh) adalah bahan resin merah keperangan, getah kering pokok Commiphora myrrha, tempatan di Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh)), C. opobalsamum dan Balsamodendron kua. Namanya memasuki bahasa Inggeris melalui bahasa Yunani (Ancient Greek), μύρρα, yang kemungkinannya berasal dari Semitic. Morhabahi turut digunakan pada potherb Myrrhis odorata atau turut dikenali sebagai "Cicely" atau "Sweet Cicely".

Kualiti morhabshi dapat dikenali melalui kegelapan warna dan kejernihan resin yang dihasilkan. Bagaimanapun, kaedah terbaik menilai kualiti resin ini adalah merasakan kelekitan bahagian yang baru dipatahkan untuk menentukan secara langsung kandungan minyak harum resin ini. Bau resin morhabshi mentah dan minyak pentingnya yang baru adalah menusuk, seperti pahit dan secara kasar boleh digambarkan sebagai "stereotypically resinous". Apabila dibakar, ia menghasilkan asap yang berat, pahit dan agak berfenol baunya, yang mungkin bercampur sedikit seakan keharuman vanila. Tidak seperti resin lain, morhabshi "mengembang" apabila ia dibakar dan tidak cair atau lembik.

Morhabshi merupakan asas minyak wangi dan setanggi, oleh itu ia begitu dihargai pada zaman kuno dan sering kalinya bernilai lebih mahal daripada emas yang sama berat. Pada zaman Rom Kuno, ia bernilai lima kali ganda berbanding kemenyan, sungguhpun bahan tersebut dianggao lebih popular. Bahan ini dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat yang hangus selepas melalui upaca pembakaran mayat. Ada khabar yang dihebahkan ketika zaman Maharaja Nero mengatakan bahawa baginda membakar setahun nilai morhabshi pada pengkuburan isterinya Poppaea.


Nama lain[sunting | sunting sumber]

Latin: Commiphora myrrha, Commiphora molmol

Sanskrit: Daindhava

Cina: Mo yao

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

• Dalam usaha memastikan punca keberkesanannya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati morhabshi dan susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukosa dalam tikus normal dan tikus kencing manis.[1]

• Mencampur getah myrrh bersama cuka meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan penyakit [2] [3]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Perubatan tradisional[sunting | sunting sumber]

Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan luar.

Dalam perubatan tradisional Cina, morhabshi disifatkan pahit, pedas, bersuhu neutral serta menjejaskan jantung, hati, hempedu dan alat-alat sulit. Ia digunakan dalam cara yang sama seumpama kemenyan, di mana ia turut dicampurkan bersama setanggi. Morhabshi dianggap lebih melancarkan peredaran darah manakala kemenyan cenderung melancarkan peredaran qi, oleh itu ia lebih sesuai digunakan bagi merawat penyakit radang sendi. Ia merupakan salah satu pembasmi kuman semulajadi yang paling berkesan. Ia meningkatkan peredaran darah, fungsi jantung serta kekuatan badan. Ia juga dinaggap berguna untuk amenorrhea, dysmenorrhea, menopaus dan ketumbuhan rahim kerana ia menyingkirkan darah "bertakung" daripada uterus. Penggunaan luarannya membantu melegakan sakit gigi. Campuran bersama biji pic dan kesumba dikatakan berguna merawat stomatitis, gingivitis and laringitis.[4]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Dalam kebudayaan Melayu, bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk halus. Di Malaysia, khasiat morhabshi lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India berbanding Melayu. Dalam masyarakat Melayu getah daripada pohon morhabshi ini dikenali sebagai 'kemenyan bunian'.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Massoud A, El Sisi S, Salama O, Massoud A (2001). "Preliminary study of therapeutic efficacy of a new fasciolicidal drug derived from Commiphora molmol (myrrh)". Am J Trop Med Hyg. 65: 96–99.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Dalby, Andrew (2000), written at London, Dangerous Tastes: the story of spices, British Museum Press, ISBN 0714127205 (US ISBN 0-520-22789-1), pp. 107–122.
  • Dalby, Andrew (2003), written at London, New York, Food in the ancient world from A to Z, Routledge, ISBN 0415232597, pp. 226–227, with additions
  • Monfieur Pomet (1709). "Abyssine Myrrh)". History of Druggs.Abyssine Myrrh
  • The One Earth Herbal Sourcebook: Everything You Need to Know About Chinese, Western, and Ayurvedic Herbal Treatments by Ph. D., A.H.G., D.Ay, Alan Keith Tillotson, O.M.D., L.Ac., Nai-shing Hu Tillotson, and M.D., Robert Abel Jr.
  • Morhabshi.com

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Al-Awadi FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.
  2. ^ Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.(
  3. ^ http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"
  4. ^ http://www.planetherbs.com/articles/bloodherb.html#MYRRH Diarkibkan 2008-05-16 di Wayback Machine Michael Tierra. 'The Emmenagogues"