Susu badam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Susu badam
Home-made almond milk, November 2012.jpg
Tenaga makanan
(per 100 g hidangan)
15 kcal (63 kJ)
Nilai nutrisi
(per 100 g hidangan)
Protein 0.59 g
Lemak 1.10 g
Karbohidrat 0.58 g
di Wikibuku Buku Masakan: Susu badam  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Susu badam

Susu badam ialah sejenis susu tumbuhan yang dihasilkan daripada buah badam dengan tekstur berkrim dan rasa kacang. Ia tidak mengandungi kolesterol mahupun laktosa, dan ia sering digunakan oleh orang-orang yang tidak toleran laktosa serta mereka yang ingin menghindari produk tenusu, termasuk golongan vegan. Susu badam yang dihasilkan dalam bentuk komersil datang dalam bentuk biasa yang manis, tanpa gula, biasa, dalam perisa vanila dan coklat; dan ia biasanya diperkayakan dengan vitamin. Ia juga boleh dibuat di rumah dengan mengisar badam dan air.[1] Susu badam secara tradisinya dimakan di seluruh kawasan laut Mediterranean.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di Zaman Pertengahan, susu badam telah dikenali di kedua-dua dunia Islam dan Kristian. Bahan asasnya daripada tumbuhan menjadikannya ia sesuai dimakan orang Katolik sewaktu upacara Lent. Susu badam merupakan bahan penting masakan Zaman Pertengahan berbanding susu lembu yang tidak dapat disimpan untuk waktu yang lama tanpa ia basi.[2]

Dalam masakan orang Iran, pencuci mulut berdasarkan susu badam dipanggil harireh badam ("bubur badam") merupakan makanan tradisi masyarakat tersebut ketika bulan Ramadan.[3]

Nutrisi[sunting | sunting sumber]

Perbandingan nutrisi susu-susu lembu, soya dan badam
Susu lembu
(keseluruhan, ditambah vitamin D)[4]
Susu soya
(tanpa gula; berkalsium, ditambah vitamin A dan D)[5]
Susu badam
(tanpa gula)[6]
Kalori (cawan, 243 g) 149 80 39
Protein (g) 7.69 6.95 1.55
Lemak (g) 7.93 3.91 2.88
Lemak tepu (g) 4.55 0.5 0
Karbohidrat (g) 11.71 4.23 1.52
Serat (g) 0 1.2 0
Gula (g) 12.32 1 0
Kalsium (mg) 276 301 516
Kalium (mg) 322 292 176
Natrium (mg) 105 90 186
Vitamin B12 (µg) 1.10 2.70 0
Vitamin (IU) 395 503 372
Vitamin D (IU) 124 119 110
Kolesterol (mg) 24 0 0

Susu badam mentah kurang vitamin D daripada susu lembu yang diperkayakan; susu lembu yang dihasilkan di Amerika Utara mesti diperkayakan dengan vitamin D, namun vitamin turut ditambah pada susu tumbuhan mengikut citarasa pengeluar.[7] Kandungan protein susu badam yang rendah menjadikannya tidak sesuai menggantikan susu ibu, susu lembu, atau formula susu untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun.[8]

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Kaedah penghasilan susu badam yang asas adalah mengisar badam dengan air, dan kemudiannya menapis sari badam tersebut dengan penapis atau kain keju. Susu badam juga boleh dibuat dengan menambahkan air ke mentega badam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Larmer, Christina (9 January 2011). "The pros and cons of almond milk". Adelaide Now. 
  2. ^ Bynum, W.C. (1988), Holy Feast and Holy Fast: The Religious Significance of Food to Medieval Women, University of California Press, m/s. 41, ISBN 978-0-520-06329-7  Lebih daripada satu |ISBN= dan |isbn= dinyatakan (bantuan)Lebih daripada satu |ISBN= dan |isbn= dinyatakan (bantuan)
  3. ^ Karizaki VM (2016). "Ethnic and traditional Iranian rice-based foods". Journal of Ethnic Foods. 3 (2): 124–134. 
  4. ^ "Milk, whole, 3.25% milkfat, with added vitamin D", United States Department of Agriculture, Agricultural Research Service.
  5. ^ "Soymilk (all flavors), unsweetened, with added calcium, vitamins A and D", United States Department of Agriculture, Agricultural Research Service.
  6. ^ "Beverages, almond milk, unsweetened, shelf stable", United States Department of Agriculture, Agricultural Research Service.
  7. ^ Geoff Koehler, "Children who drink non-cows’ milk are twice as likely to have low vitamin D", St. Michael’s Hospital, Toronto, 20 October 2014.
  8. ^ "Severe malnutrition resulting from use of rice milk in food elimination diets for atopic dermatitis" (PDF). Isr Med Assoc J. 14 (1): 40–42. Jan 2012. PMID 22624441.