Mukim Chuping
Mukim Chuping | |
---|---|
![]() Mukim Chuping | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Kerajaan | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
Luas | |
• Jumlah | 102 km2 (39 batu persegi) |
Penduduk (2010) | 12,779 |
• Kepadatan | 125.3/km2 (325/batu persegi) |
Mukim Chuping merupakan salah satu mukim di negeri Perlis.[1]
Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung.
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Mukim Chuping merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis. Ia terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Pusat bagi mukim Chuping terletak di Pekan Chuping yang menjadi pusat perdagangan utama di mukim ini[2]. Mukim Chuping juga dipecahkan kepada beberapa buah kampung dan taman perumahan. Keluasan mukim Chuping ialah 102 km persegi dan menjadi mukim kedua terbesar di Perlis. Mukim Chuping juga dihuni kira-kira 12,779 orang pada 2010.[3]
Geografi[sunting | sunting sumber]
Mukim Chuping terletak di utara negeri Perlis bersempadan dengan mukim Pedang Siding, Ngulang dan Oran di selatan, Paya dan Beseri di barat, Titi Tinggi di utara dan daerah Sadao, Thailand di timur. Mukim Chuping terkenal dengan kemajuan dalam sektor pertanian dan menjadi kawasan penanaman tebu terbesar di Malaysia.
Demografi[sunting | sunting sumber]
Jumlah penduduk di mukim Chuping ialah sebanyak 12,779 orang mengikut bancian 2010 dengan taburan penduduk 125 orang perkilometer persegi iaitu kategori taburan penduduk sederhana.[3] Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 82 peratus dari jumlah penduduk.[4]
Warganegara | Kaum | Jumlah | |
---|---|---|---|
Warganegara
Malaysia |
Bumiputera | Melayu | 10,434 |
Bumiputera lain | 99 | ||
Cina | 126 | ||
India | 46 | ||
Lain-lain | 1,719 | ||
Bukan warganegara | tiada data | 355 |
Kumpulan umur | Jumlah |
---|---|
70 tahun dan ke atas | 619 |
60 hingga 69 tahun | 931 |
50 hingga 59 tahun | 1,302 |
40 hingga 49 tahun | 1,576 |
30 hingga 39 tahun | 1,497 |
20 hingga 29 tahun | 2,144 |
10 hingga 19 tahun | 2,526 |
0 hingga 9 tahun | 2,184 |
Jantina | Jumlah |
---|---|
Lelaki | 6,580 |
Wanita | 6,199 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH PERLIS" (PDF). Geoportal Malaysia.
- ^ "APLIKASI CARIAN KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH (UPI)".
- ^ a b "Chuping population". Citypopulation (dalam bahasa Inggeris). 2010.
- ^ a b c d "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010.