Simpang Empat, Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Simpang Empat atau Simpang Ampat merupakan sebuah pekan yang terletak di Perlis, Malaysia.

Asal nama Simpang Empat dirujuk kepada pertemuan silang parit dari Sungai Sanglang,Kampung Sanglang Kedah ke Sungai Perlis dan Sungai Arau yang mengalir ke Kuala Sungai Baru. Parit ini dibuat untuk menyalirkan air supaya padi tidak ditenggelami banjir dan musim menuai lebih kering. Oleh kerana tiada jalan raya semasa itu sungai telah menjadi laluan bot tambang. Simpang Empat adalah persimpangan anak sungai dan parit tersebut tumbuh sebagai pusat perniagaan pasar sehari "nat" dalam bahasa samsam.

Pekan Simpang Empat ini juga dikenali sebagai Simpang Empat Syed Kasim[perlu rujukan], mengambil sempena nama bekas penghulunya, Syed Kasim[perlu rujukan]. Ia juga disebut sebagai Simpang Empat Che Kasim[nyatakan menurut siapa?], terutama disebelah Kedah.

Zahari bin Bakar adalah bekas ADUN di kawasan ini selama 2 penggal dari 1999 hingga 2008. Beliau pernah dilantik menjadi ahli exco kerajaan negeri Perlis. Bagaimanapun beliau tewas pada PRU 12.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

6°20′N 100°11′E / 6.333°N 100.183°E / 6.333; 100.183