Mukim Gadong A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mukim Gadong A
Mukim
Negara Brunei
Daerah Brunei-Muara
Poskod BExxxx

Mukim Gadong A ialah sebuah mukim dalam Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Ia merangkumi petempatan Kampung Katok, Kampung Rimba dan Kampung Tungku, serta kawasan perumahan awam Perumahan Negara Rimba, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Katok 'A' dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Tungku.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya mukim ini merupakan sebahagian dari Mukim Gadong, namun sejak 21 November 2005 ianya telah dibahagikan menjadi dua mukim, iaitu mukim ini dan Mukim Gadong B.[1]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim Gadong A ialah sebuah mukim iaitu pembahagian pentadbiran peringkat kedua, yang mana ianya merupakan salah satu mukim di bawah Daerah Brunei dan Muara. Seperti mukim yang lain, ketua komuniti bagi Mukim Gadong A ialah seorang penghulu.

Mukim ini merangkumi beberapa kampung dan kawasan perumahan awam, iaitu Kampung Katok, Kampung Rimba, Rancangan Perumahan Negara Rimba, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Katok A, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Rimba dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Tungku. Walau bagaimanapun, secara rasmi Mukim Gadong A dibahagikan kepada sebelas kampung sebagai pembahagian pentadbiran peringkat ketiga, iaitu:[2]

Kampung-kampung di bawah Mukim Gadong A mempunyai poskod dengan pangkal "BE".[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Md. Zain, Norliah (2018-07-18). "Mendekati Mukim Gadong B". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai 2018-07-18. 
  2. ^ a b "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-04-06.