Mukim Kianggeh
Mukim Kianggeh | |
---|---|
Negara | Brunei |
Daerah | Brunei-Muara |
Poskod | BAxxxx, BSxxxx |
Mukim Kianggeh merupakan sebuah mukim yang terletak dalam Daerah Brunei Muara di Negara Brunei Darussalam. Ia terletak di tengah Daerah Brunei Muara, bersempadan dengan Mukim Berakas 'A' dan Mukim Berakas 'B' ke utara, Mukim Kota Batu ke timur dan selatan, Mukim Kampong Air dan Mukim Lumapas ke selatan, Mukim Kilanas ke barat daya dan Mukim Gadong 'B' ke barat. Ia juga merupakan tempat terletaknya bandar ibu negara, Bandar Seri Begawan. Brunei dibahagikan kepada 4 daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada mukim (subdaerah).
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Mukim Kianggeh merupakan salah sebuah dari 38 mukim yang terdapat dalam Negara Brunei, dan juga merupakan satu dari tujuh belas mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Brunei Muara.
Mukim Kianggeh merangkumi beberapa kampung termasuk:-
- Berangan
- Kawasan Mabohai
- Kawasan Perdagangan Bumi Putera
- Kawasan Pusat Sejarah
- Kawasan Tong Kadeh
- Kawasan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
- Kampung Kianggeh
- Kumbang Pasang
- Padang
- Parit (Serigan)
- Seri Komplek
- Sumbiling
- Tasek Lama
- Telanai
- Tumasek
Kawasan dan bahagian[sunting | sunting sumber]
Mukim Kianggeh boleh dibahagi kepada dua kawasan utama:
- Pusat Bandar Seri Begawan dan kawasan Bandar Seri Begawan.
Pusat Bandar Seri Begawan termasuk kawasan berikut:
- Kampung Kianggeh
- Berangan
- Tasek Lama
- Padang
- Sumbiling
- Kawasan Pusat Sejarah
- Kawasan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
- Kawasan Perdagangan Bumi Putera
Kawasan Bandar Seri Begawan termasuk kawasan berikut:
- Kawasan Mabohai
- Kawasan Tong Kadeh
- Kumbang Pasang
- Seri Komplek (juga dikenali sebagai Batu Satu)
- Parit (Serigan)
- Tumasek
- Telanai
Nota: Semasa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddin III, Kumbang Pasang dianggap sebagai satu mukim. Tetapi semasa pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kumbang Pasang berhenti menjadi mukim dan diserap dalam Mukim Kianggeh dan kini merupakan sebahagian dari kawasannya sehingga kini.