Need for Speed: Undercover

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Need for Speed: Undercover
Nfsuc-win-cover.jpg
Pembangun EA Black Box
Penerbit Electronic Arts
Siri Need for Speed
Enjin Heroic Driving Engine (PS3, 360, PC)[1]
Pelantar Microsoft Windows, PlayStation 2, PlayStation 3, PlayStation Portable, Nintendo DS, N-Gage 2.0[2], Wii, Xbox 360, telefon bimbit,[3] iPod Touch [4] , iPhone[5]
Tarikh keluaran NA 18 November 2008[6]

EU 21 November 2008[3]

Genre Perlumbaan
Mod Pemain tunggal
Penilaian ESRB: T (In DS E10+)
PEGI: 12+
Bahantara Cakera Blu-ray, DVD, Cakera Optikal Wii, UMD
Keperluan sistem Keperluan sistem minimum[7]:
  • Windows XP atau Vista dengan pek servis terkini
  • CPU Intel Pentium 4 (atau setaraf) pada kelajuan 2.8GHz atau lebih tinggi (3.0GHz jika dijalankan pada Windows Vista)
  • 1GB RAM
  • Geforce 6500, Radeon 9500 adau kad video serasi DirectX yang lebih baik dengan Pixel shader 2.0 ke atas (AGP dan PCIe sahaja) menggunakan cipset yang disokong
  • Kad bunyi serasi DirectX
  • Pemacu DVD 8X atau lebih pantas
  • 5.5 GB ruangan cakera keras diperlukan untuk pemasangan permainan
  • Untuk bermain secara atas talian satu kad rangkaian diperlukan untuk sambungan jalur lebar

Need for Speed: Undercover adalah judul kedua belas bagi siri permainan video perlumbaan Need for Speed, dibangunkan oleh EA Black Box dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dijangka dilancarkan untuk kesemua konsol permainan video generasi semasa, PlayStation 2 dan Microsoft Windows pada November 2008.[8][9][10]

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Mod-mod perlumbaan yang terkandung dalam Need for Speed: Undercover adalah seperti berikut:-

  • Sprint
  • Litar (Circuit)
  • Checkpoint
  • Outrun - pemain cuba memotong kereta lawan dan seterusnya meninggalkannya sehingga ke satu tahap masa yang ditetapkan.
  • Kos Kepada Negeri (Cost to State)
  • Melepaskan Diri (Escape)
  • Memusnahkan Kereta Polis (Cop Takeout)
  • Pertarungan Lebuh Raya (Highway Battle) - satu mod baru melibatkan berlumba di tengah lebuh raya yang sibuk dengan kereta orang awam dan kenderaan polis.[11]
  • Tugasan (Job) - pemain melakukan beberapa misi khusus yang ditugaskan, daripada sekadar menghantar kereta sehinggalah kepada memusnahkan kereta musuh.[12]
  • Polis dan Perompak (Cops and Robbers) - hanya untuk permainan atas talian sahaja.
  • The Heist - hanya untuk permainan atas talian bagi versi konsol Nintendo Wii sahaja.[13].

Buat pertama kalinya dalam siri Need for Speed, judul kali ini memperkenalkan sistem peningkatan aras yang diperlukan bagi meneruskan jalan cerita permainan ini. Sejumlah mata pengalaman diberikan apabila pemain berjaya menamatkan perlumbaan, misi ataupun buruan polis. Mata tambahan turut diberikan sekiranya pemain berjaya memecahkan rekod asal perlumbaan ("dominate").

Bandar raya Tri-City[sunting | sunting sumber]

Undercover akan menampilkan satu peta "dunia terbuka" terbaru yang terdiri daripada sejumlah lebih 160 km jalan raya serta satu sistem lebuh raya yang besar - termasuklah sebatang lebuh raya lingkaran yang sangat panjang - menjadikannya sebagai persekitaran dunia terbuka Need for Speed yang terbesar pernah direka oleh EA. Peta ini memaparkan bandar raya Tri-City sebuah bandar raya fiksyen yang diasaskan daripada beberapa bandar raya utama di sebelah pantai barat AS. Bandar raya ini terdiri daripada empat boro utama iaitu Palm Harbor, Port Cresent, Gold Coast Mountains, dan Sunset Hills.

Ia menampilkan pemandangan kawasan bukit yang cantik serta buruan polis yang menakjubkan.

Peta bandar raya Tri-City, bandar raya fiksyen di dalam Need for Speed Undercover.

Polis[sunting | sunting sumber]

Kenderaan polis yang turut mempunyai helikopter tidaklah seganas Need for Speed: Most Wanted. Kenderaan polis boleh dipandu oleh pemain terutamanya dalam beberapa misi kempen. EA turut menyatakan bahawa "terdapat beberapa mod tertentu yang membolehkan anda mengakses barisan kereta polis. Permainan ini turut menyaksikan kembaliknya Pemecah Kelajuan (Speedbreaker), Sistem Nitrus Oksida yang boleh diisi semula, Pemecah Buruan (Pursuit Breakers), serta tahap kepanasan." Turut dimaklumkan bahawa, "Pihak polis kali ini lebih sukar, mereka turut melakukan "gerakan PIT" (kaedah menterbalikkan kereta pesalah dengan menghimpit dan menolak bahagian sisi belakang kenderaan pesalah)".[14]

Sistem tahap kepanasan kali ini adalah berbeza dengan sistem pada judul Most Wanted dan Carbon. Jika sebelum ini tahap kepanasan pada kedua-dua judul yang lalu tersebut hanyalah berdasarkan tempoh buruan polis, kali ini ia berdasarkan kepada tahap kemusnahan yang disebabkan oleh pemain, menjadikan tahap kepanasan terus meningkat walaupun semasa tidak dikejar polis. Antaramuka permainan kali ini dipermudahkan, dengan ketiadaan pemberitahuan baki kereta polis yang tinggal.

Permainan atas talian[sunting | sunting sumber]

EA telah mengesahkan bahawa akan terdapat satu mod atas talian yang dipanggil "Polis dan Perompak" di mana empat pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan berempat. Kumpulan pertama, perompak perlu menghantar barang ke satu tempat tertentu beberapa kali manakala kumpulan yang lagi satu, polis perlu menghalang penghantaran barangan ke tempat tersebut. Setiap kumpulan akan bertukar giliran menjadi polis dan perompak. Terdapat juga mod atas talian bagi perlumbaan biasa sebagaimana siri NFS yang lalu seperti sprint, litar dan titik ke titik termasuklah mod Pertarungan Lebuh Raya baru. Satu lagi mod baru iaitu "Kos Kepada Negeri" memerlukan pemain melakukan kerosakan ke atas harta awam sebanyak mungkin.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Mod penceritaan permainan meletakkan pemain di dalam cerita sebagai seorang pegawai polis yang menyamar bagi menyiasat aktiviti jenayah bawah tanah di Tri-City, sebuah bandar raya fiksyen di mana permainan ini bertempat. Pemain akan mengambil kerja berbahaya serta bertanding dalam perlumbaan haram untuk menyiasat dan seterusnya meranapkan satu sindiket jenayah kejam antarabangsa. Satu-satunya hubungan pemain dengan polis adalah melalui Chase Linh, lakonan Maggie Q, dan kemudiannya Leftenan Jack M. Keller lakonan Paul Pape.[15] Sebaik pemain memenangi perlumbaan serta bercampur gaul dengan samseng dengan melakukan beberapa kerja berbeza seperti mencuri kereta, pemain berakhir dengan mengalahkan bos-bos serta kaki pukul mereka. Menjelang penamat permainan Chau Wu menelefon pemain dan memberitahunya untuk memulangkan salah satu keretanya yang dakwanya G-Mac memintanya mencuri kereta tersebut apabila pada masa tersebut Hector dan Zach pula yang mencurinya. Pemain mendapatkan kereta tersebut daripada Carmen dan membawa kereta tersebut ke daerah Warehouse di Sunset Hills untuk menyelamatkan. Sebaik tiba di sana, pemain mendapati selama ini dia sebenarnya telah ditipu oleh Chase Lihn dan seterusnya membunuh Chau Wu kerana telefon bimbitnya mempunyai data penting mengenai kereta yang dicuri dari dok. Pemain melepaskan diri daripada buruan polis sebaik dia cuba melarikan diri dan seterusnya mengejar Chase. Kemudian pemain mengejar serta menumpaskan Chase dan seterusnya Chase ditangkap kerana memperalatkan pemain serta terlibat dengan Chau Wu. Kemudian Carmen dilihat berbual dengan pemain dan memintanya membawanya kembali ke universiti dengan mengatakan bahawa Carmen adalah seorang pelajar perubatan.

Baru-baru ini EA telah mendedahkan sedikit butiran jalan cerita Undercover. Satu paparan video menunjukkan pemain melepaskan diri daripada buruan Jabatan Polis Tri-City. Pemain telah dibantu oleh detektif Chase Linh.[16] Selain itu, dua watak penjenayah bernama "G-mac", pesalah dari Jabatan Polis Tri-City, dan "Nickel" turut diperkenalkan.[17]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kereta Porsche 911 GT3 RS dalam Need for Speed: Undercover.

Permainan ini akan menampilkan bintang filem antarabangsa , Maggie Q [18], sebagai salah satu watak utama permainan ini. Babak aksi langsung daripada Carbon dan Most Wanted akan kembali di dalam Undercover. Babak kejar-mengejar dengan polis dari judul terdahulu jika akan kembali, di samping mod Pertarungan Lebuh Raya baru.

CEO Electronic Arts John Riccitiello menyatakan bahawa judul sebelumnya iaitu ProStreet, adalah baik tetapi tidak cukup bagus, oleh itu Undercover akan menampilkan inovasi dalam gaya permainannya, begitu juga dengan judul seterusnya. Beliau menyatakan bahawa Undercover mempunyai kitar pembangunan yang lebih panjang daripada pendahulunya memandangkan pasukan pembangun Need for Speed kini dipisahkan kepada 2 pasukan; kedua-duanya akan bekerja dalam kitar pembangunan 24 bulan untuk judul akan datang secara bergilir-gilir. Riccitiello telah menyatakan bahawa beliau telah "mendera" pasukan pembangun dengan kitar pembangunan yang ketat sebelum ini. Setelah perubahan sistem kitar pembangunan dilaksanakan pada tahun 2007, satu pasukan membangunkan Undercover (menjadikannya hanya dengan kitar pembangunan 16.5 bulan), manakala pasukan kedua membikin judul seterusnya. Judul seterusnya masih belum didedahkan dan akan dilancarkan pada tahun 2009, selepas pembangunan penuh 24 bulan.[8][9]

Riccitiello juga menyatakan bahawa Undercover diinspirasikan daripada filem aksi seperti The Transporter, dengan melibatkan babak pencerita yang meluas.[8][9]

Frank Gibeau (presiden EA Games) telah menyatakan bahawa oleh kerana jualan ProStreet tidak memenuhi harapan EA, francais Need for Speed akan kembali ke akar umbinya dengan beberapa ciri, seperti perlumbaan dunia terbuka serta mod pertarungan lebuh raya yang baru.[19]

John Doyle (pembangun di EA Black Box) memberi petunjuk bahawa Undercover akan menampilkan mekanisme permainan yang baru serta gaya permainan "ala-Most Wanted".[10] Ia bakal menampilkan satu sistem kerosakan serba baru.[10] Andy Blackmore, (Artis Konsep Kenderaan Kanan di EA) menjelaskan bagaimana kereta Porsche 997 GT2 watak telah "dikonsepkan" di dalam permainan dan kemudian dibawa ke dalam permainan daripada satu penerangan ringkas sehinggalah diperakui oleh Porsche.[20]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

 Ulasan
Publikasi Mata
1UP.com B[21]
Eurogamer 5/10[22]
Game Informer PS3, Xbox 360: 7.0/10
GameSpot PC, Xbox 360: 7.0/10[23] PS3: 6.5/10[24]
GameTrailers 6.7/10[25]
IGN PS3: 4.0/10[26]
Kompilasi beberapa ulasan
Pengumpul Mata
Metacritic 65/100 (X360)[27]
60/100 (PS3)[28]
Game Rankings 66%[29]

Permainan ini menerima maklum balas memuaskan daripada pengkritik permainan video, rata-ratanya mengatakan permainan ini banyak mengulang serta terlalu pendek. Versi Xbox 360 dan PlayStation 3 memperoleh markah agregat 66% oleh GameRankings, berdasarkan daripada 13 ulasan.[29] Metacritic memberikan markah agregat 65/100 berdasarkan 28 ulasan bagi versi Xbox 360[27] dan 60/100 berdasarkan 21 ulasan bagi versi PlayStation 3.[28]

IGN mengkritik hebat Undercover, menggelarnya sebagai satu "permainan yang lemah dengan bermacam-macam masalah" serta dengan "secara praktikalnya tiada kualiti tuntutan."[26] 1UP.com menggelarkan permainan ini "agak berjaya," dan memuji kepelbagaian kenderaan serta pengendalian mantap; namun demikian, sistem peningkatan aras bagi menyahkunci kereta serta naik taraf telah dikritik kerana menyerupai "grinding" (melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali semata-mata untuk peningkatan aras).[21] Mekanisme dunia terbuka turut dikritik oleh sesetengah pihak, memandangkan pemain boleh terus melompat ke perlumbaan yang ditandakan di dalam peta serta kurang insentif bagi meneroka bandar.[26] Juga, lalu lintas yang jarang-jarang, jalan raya yang terbuka luas serta AI yang lemah membawa kepada kritikan mengenai tahap kesukaran yang terlalu senang, memandangkan ia direkabentuk untuk pemain sasaran yang lebih luas.[26][25][22]

Reaksi kepada beberapa adegan lakonan langsung juga secara umumnya negatif; kebanyakan pengkritik mengatakan video adegan langsung tersebut dilakonkan dengan sebegitu lemah serta kurang tujuan khusus.[25][21] Kadar bingkai dalam permainan menerima sedikit pujian, dan GameSpot terutamanya mengkritik versi PS3, menyebabkan markah yang rendah diberikan pada pelantar tersebut berbanding versi Xbox 360 dan PC.[24][23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Chris Roper (September 17, 2008). "IGN: Behind the Wheel of Need for Speed Undercover". IGN. http://xbox360.ign.com/articles/911/911115p1.html. Capaian 2008-11-04. 
  2. "The faces of innovation gather at annual Nokia Games Summit". Nokia. http://www.nokia.com/A4136001?newsid=1264321. Capaian 2008-10-29. 
  3. 3.0 3.1 Fahey, Mike (August 15, 2008). "Maggie Q Spices Up Need For Speed Undercover" (dalam bahasa English). Kotaku. http://kotaku.com/5037449/maggie-q-spices-up-need-for-speed-undercover. Capaian 2008-08-15. 
  4. Chris Davies (2008-09-09). "Need For Speed: Undercover - Video Demo on new iPod touch". Slash Gear. http://www.slashgear.com/need-for-speed-undercover-video-demo-on-new-ipod-touch-0915635.php. Capaian 2008-09-11. 
  5. Levi Buchanan (2008-07-14). "E3 2008: EA Announces Next iPhone Games". IGN. http://wireless.ign.com/articles/889/889369p1.html. Capaian 2008-07-19. 
  6. Faylor, Chris (15 Ogos 2008). "Need for Speed Undercover Arrives November 18, Stars 'Box Office Sensation' Maggie Q" (dalam bahasa English). ShackNews. http://www.shacknews.com/onearticle.x/54199. Capaian 2008-08-15. 
  7. Minimum system requirements
  8. 8.0 8.1 8.2 Ellie Gibson (2008-06-18). "New Need for Speed game unveiled". Eurogamer. http://www.eurogamer.net/article.php?article_id=153998. Capaian 2008-06-18. 
  9. 9.0 9.1 9.2 Mark Androvich (2008-06-18). "Riccitiello: We were torturing Vancouver studio". Gamesindustry.biz. http://www.gamesindustry.biz/articles/riccitiello-we-were-torturing-vancouver-studio. Capaian 2008-06-18. 
  10. 10.0 10.1 10.2 Avinash Bali (2008-03-08). "New NFS and Skate Announcements Soon?". Tech2.com India. http://www.tech2.com/india/news/games/new-nfs-and-skate-announcements-soon/30961/0. Capaian 2008-03-09. 
  11. "IGN Video: Need for Speed Undercover Xbox 360 Gameplay - Highway Battle Win - IGN". http://xbox360.ign.com/dor/objects/14234988/need-for-speed-2008/videos/hwy_battle_win.html. 
  12. Gord Goble (2008-10-22). "Need for Speed: Undercover Developer Q&A". 1UP.com. http://www.1up.com/do/previewPage?cId=3170856. Capaian 2008-10-23. 
  13. "Wii'd For Speed - EA's Tim Field talks Wiimotes and Wheels in Need for Speed: Undercover". http://www.gamecyte.com/wiid-for-speed-eas-tim-fields-talks-wiimotes-and-wheels-in-need-for-speed-undercover. 
  14. "NFS-Planet exclusive interview". http://www.nfsplanet.com/nfsuc_q_and_a.php?lang=eng. 
  15. "EA Channel Need For Speed Undercover - Welcome to Tri-City". EA Games. http://www.youtube.com/watch?v=T1K9-8gl-J0. 
  16. http://xbox360.ign.com/articles/911/911115p1.html
  17. http://www.needforspeed.com
  18. Janine Dong (2008-08-20). "Gamertell Exclusive: Need for Speed Undercover videos, photos and audio". Gamertell. http://www.gamertell.com/gaming/comment/gamertell-exclusive-need-for-speed-undercover-videos-photos-and-audio/. Capaian 2008-08-21. 
  19. Brendan Sinclair (2008-02-12). "New Burnout, Skate on the way". GameSpot. http://uk.gamespot.com/xbox360/driving/burnout5/news.html?sid=6185908. Capaian 2008-06-18. 
  20. Andy Blackmore (2008-09-26). "NFS>> THE GT2 GOES UNDERCOVER". Speedhunters. http://speedhunters.com/archive/2008/09/26/car-feature-gt-gt-need-for-speed-undercover-cover-car.aspx. Capaian 2008-09-28. 
  21. 21.0 21.1 21.2 John Davison (November 18, 2008). "Need for Speed: Undercover Review from 1UP". 1UP.com. http://www.1up.com/do/reviewPage?cId=3171367&p=4. Capaian 2008-11-19. 
  22. 22.0 22.1 Kristan Reed (November 20, 2008). "Need For Speed Undercover Review // Xbox 360 /// Eurogamer". Eurogamer. http://www.eurogamer.net/article.php?article_id=310140. Capaian 2008-11-22. 
  23. 23.0 23.1 Aaron Thomas (November 19, 2008). "Need for Speed Undercover for Xbox 360 Review". GameSpot. http://www.gamespot.com/xbox360/driving/needforspeedundercover/review.html. Capaian 2008-11-22. 
  24. 24.0 24.1 Aaron Thomas (November 19, 2008). "Need for Speed Undercover for PlayStation 3 Review". GameSpot. http://www.gamespot.com/ps3/driving/needforspeedundercover/review.html. Capaian 2008-11-22. 
  25. 25.0 25.1 25.2 "Gametrailers.com - Need for Speed: Undercover - Review". GameTrailers.com. http://www.gametrailers.com/gamereview.php?id=9796. Capaian 2008-11-19. 
  26. 26.0 26.1 26.2 26.3 Chris Roper (November 18, 2008). "IGN: Need for Speed Undercover Review". IGN. http://ps3.ign.com/articles/931/931109p1.html. Capaian 2008-11-19. 
  27. 27.0 27.1 http://www.metacritic.com/games/platforms/xbox360/needforspeedundercover
  28. 28.0 28.1 http://www.metacritic.com/games/platforms/ps3/needforspeedundercover
  29. 29.0 29.1 "Need for Speed Undercover Reviews - PS3". GameRankings. http://www.gamerankings.com/htmlpages2/948963.asp. Capaian 2008-11-19. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]