Dhalia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dhalia
Dhalia in Lewat Djam Malam, Film Varia 1.6 (May 1954), p11.jpg
Dhalia dalam filem Lewat Djam Malam.
Kelahiran10 Februari 1925
Medan, Hindia Timur Belanda
Meninggal dunia14 April 1991(1991-04-14) (umur 66)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon
Anugerah1 Anugerah Citra

Dhalia[1] (10 Februari 1925 – 14 April 1991) ialah seorang pelakon wanita Indonesia yang aktif selama lebih lima puluh tahun. Beliau telah dicalonkan untuk tiga Anugerah Citra di Festival Filem Indonesia, menang satu anugerah.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dhalia dilahirkan di Medan, Sumatera utara, pada 10 Februari 1925, kepada Tengku Katam.[2] Bapanya, seorang penulis pentas, menamakan rombongan teaternya sebagai Dhalia Opera bersempena beliau. Untuk pendidikan formal beliau, Dhalia belajar di sekolah rendah atas milik Muhammadiyah kemudiannya di sekolah menengah atas Muhammadiyah. Dalam masa lapangny, beliau menumpukan perhatian kepada lakonan di rombongan bapanya.[3] Menjelang 1940an, beliau telahpun mengenali bakat nyanyiannya, meskipun bapanya berhasrat mahu beliau menyambung pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Kaherah.[4][5]

Pada 1941 Dhalia membuat kemunculan filem cetera pertamaya menerusi filem muzikal arahan Njoo Cheong Seng, Pantjawarna, diterbitkan oleh Oriental Film.[3] Dua kemunculan beliau seterusnya memperlihatkannya memegang watak anak yatim dalam filem arahan Sutan Usman Karim Panggilan Darah[6] dan bersama Rd Mochtar dalam Moestika dari Djemar, adaptasi daripada Hikayat Seribu Satu Malam.[7] Dua filem terakhir Dhalia sebelum kemerdekaan Indonesia telah disiapkan semasa pendudukan Jepun di Indonesia (1942–45): Berdjoang dan Hoedjan. Kedua-duanya merupakan karya propaganda pro-Jepun.[8]

Sewaktu Revolusi Nasional Indonesia (1945–1949), penerbitan filem itu hampir terhenti.[9] Dhalia hanya kembali ke layar perak pada 1952, menyiapkan tiga filem pada tahun itu. Menjelang 1955 beliau menyiapkan tiga lagi filem, mengambil peranan tertentu sebagai watak utama dalam Chandra Dewi (1952) dan pelacur Laila dalam Lewat Djam Malam (1955).[10] Antara 1956 dan 1972 Dhalia tidak berlakon filem. Selepas beliau kembali ke industri,[10] beliau tidak lagi ditawarkan peranan utama, sebaliknya mengambil peranan pembantu.[3] Beliau membuat filem terakhirnya pada 1990, dengan 1980an sebagai tempoh paling produktif dalam kerjayanya.[10]

Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 14 April 1991.[3]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kerjayanya Dhalia telah dicalonkan untuk tiga Anugerah Citra. Pencalonan pertamanya, pada 1955, menerusi filem Lewat Djam Malam; beliau memenangi Anugerah Citra untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahannya. Pada 1981 dan 1982 beliau menerima dua pencalonan untuk Anugerah Citra untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, untuk filem Usia 18 dan Bukan Istri Pilihan.[11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kerjayanya selama 50 tahun, Dhalia telah berlakon dalam 52 filem.[10]

  • Pantjawarna (1941)
  • Panggilan Darah (1941)
  • Moestika dari Djemar (1941)
  • Boenga Sembodja (1942)
  • Berdjoang (1943)
  • Hoedjan (1944)
  • Sangkar Emas (1952)
  • Chandra Dewi (1952)
  • Sorga Terakhir (1952)
  • Halilintar (1954)
  • Antara Dua Sorga (1954)
  • Kopral Djono (1954)
  • Lewat Djam Malam (1954)
  • Kabut Desember (1955)
  • Peristiwa Didanau Toba (1955)
  • Last Tango in Jakarta (1973)
  • Cinta Putih (Bidan Aminah) (1977)
  • M-5 (Menantang Maut) (1978)
  • Sepasang Merpati (1979)
  • Usia 18 (1980)
  • Mawar Jingga (1981)
  • Bukan Istri Pilihan (1981)
  • Ajian Macan Putih (1982)
  • Halimun (1982)
  • Warok Singo Kobra (1982)
  • Mereka Memang Ada (1982)
  • Sorta (Tumbuh Bunga di Sela Batu) (1982)
  • Ratu Buaya (1983)

  • Darah dan Mahkota Ronggeng (1983)
  • Bercinta dalam Badai (1984)
  • Kerikil-Kerikil Tajam (1984)
  • Saat-Saat Kau Berbaring di Dadaku (1984)
  • Titik-Titik Noda (1984)
  • Secangkir Kopi Pahit (1984)
  • Arie Hanggara (1985)
  • Pertunangan (1985)
  • Cinta di Awal Tigapuluh (1985)
  • Gadis Hitam Putih (1985)
  • Perceraian (1985)
  • Satria Bambu Kuning (1985)
  • Kemilau Cinta di Langit Jingga (1985)
  • Telaga Air Mata (1986)
  • Yang Perkasa (1986)
  • Pernikahan Dini (1987)
  • Aku Benci Kamu (1987)
  • Pernikahan Berdarah (1987)
  • Sumpah Keramat (Sumpah Pocong Lintang dan Bayu) (1988)
  • Jodoh Boleh Diatur (1988)
  • Nuansa Birunya Rinjani (1989)
  • Joe Turun ke Desa (1989)
  • Pendekar Jagad Kelana (1990)
  • Ketika Dia Pergi (1990)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber petikan[sunting | sunting sumber]

  • Biran, Misbach Yusa, penyunting (1979). Apa Siapa Orang Film Indonesia 1926–1978. Sinematek Indonesia. OCLC 6655859.
  • Biran, Misbach Yusa (2009). Sejarah Film 1900–1950: Bikin Film di Jawa. Jakarta: Komunitas Bamboo working with the Jakarta Art Council. ISBN 978-979-3731-58-2.
  • "Dhalia". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkib daripada yang asal pada 13 October 2013. Dicapai pada 13 October 2013. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  • "Filmografi Dhalia". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkib daripada yang asal pada 13 October 2013. Dicapai pada 13 October 2013. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  • "Moestika dari Djenar". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkib daripada yang asal pada 25 July 2012. Dicapai pada 25 July 2012. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  • "Panggilan Darah". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkib daripada yang asal pada 26 July 2012. Dicapai pada 26 July 2012. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  • "Penghargaan Dhalia". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkib daripada yang asal pada 16 August 2013. Dicapai pada 16 August 2013. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  • Tjasmadi, Muhammad Johan, penyunting (1983). Indonesian Film Festival Information. Jakarta: Indonesian Film Festival. m/s. 342.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]