Tuti Indra Malaon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuti Indra Malaon
Kelahiran
Pudjiastuti Suratno

(1939-12-01)1 Disember 1939
Meninggal dunia20 September 1989(1989-09-20) (umur 49)
WarganegaraIndonesia
KerakyatanIndonesia
PekerjaanPelakon, penari, pensyarah
Tahun aktif1960an – 1989
Karya terkenal
Anugerah2 Anugerah Citra

Tuti Indra Malaon (1 Disember 1939 – 20 September 1989), lahir Pudjiastuti Suratno, merupakan seorang pelakon, penari dan pensyarah Indonesia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Malaon dilahirkan sebagai Pudjiastuti Suratno pada 1 Disember 1939 kepada Suratno Sastroamidjojo, seorang penjawat awam berketurunan Jawa, dan isterinya. Beliau ialah anak keenam daripada 10 beradik yang dilahirkan kepada pasangan itu. Pada usia 3 tahun, beliau tertarik dengan tarian selepas menonton tarian gamelan dan persembahan tarian di rumah rakan keluarga. Apabila bapanya ditukar kerja, keluarga itu kerap berpindah dari Java.[1][2] Pada 17 Ogos 1950, semasa sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, beliau membuat persembahan umtuk Presiden Sukarno di kediaman presiden; beliau juga ialah duta kebudayan di Jepun, China, dan Kesatuan Soviet. Beliau memohon untuk menyertai kelas tarian, namun digugurkan.[2]

Pada 1959, Malaon memulakan pengajiannya dalam program Kesusasteraan Inggeris di Universiti Indonesia, kemudian bekrja di syarikat insurans. Beliau juga terlibat dalam teater, menerima watak pertama untuk sandiwara karya Utuy Tatang Sontani.[2] Beliau tamat belajar pada 1965, telah mengahwini Indra Malaon semasa pengajiannya.[1] Pada tahun itu, beliau menyertai Teater Popular di bawah bimbingan Teguh Karya, dan pada 1966 dikurniakan seorang anak, Meike.[2] Beliau menjadi pensyarah drama di universiti itu pada 1968, telah mengambil masa untuk mempelajari teater Afrika Amerika.[1] Juga pada 1968 beliau dikurniakan seroang anak kedua, Reita.[2]

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Malaon memulakan kerjaya lakonan menerusi filem 1971 arahan Teguh Karya Wadjah Seorang Laki-Laki (Wajah Seorang Lelaki).[1] Pada 1973 beliau dan anak ketiganya, Ridha, muncul dalam Kawin Lari (Kahwin Lari).[2] Ia diikuti oleh Perkawinan Semusim (Perkahwinan Semusim) tiga tahun kemudian. Pada 1979 beliau menghidap Hepatitis B. Pada 1982 beliau muncul dalam Neraca Kasih.[2]

Suami Malaon meninggal dunia akibat dilanggar oleh bas pada Oktober 1985; pada ketika itu suaminya ialah ketua hakim di mahkamah bandar Bogor.[3] Pada tahun berikutnya, Malaon muncul dalam filem arahan Karya, Ibunda (1986), sebagai seorang ibu. Untuk watak lakonannya ini, beliau memenangi Anugerah Citra untuk Pelakon Utama Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 1986. Ini diikuti oleh Cintaku di Rumah Susun pada 1987.[2] Pada Oktober beliau telah dipilih sebagai ahli Perhimpunan Konsultatif Rakyat, mewakili artis dan tenaga kreatif.[4] Beliau hanya dimaklumkan mengenai pelantikannya dua minggu sebelum pelantikannya.[5]

Malaon menerima rawatan untuk pendarahan dalaman akibat masalah hati pada Januari 1989, yang mana beliau telah sembuh. Bagaimanapun, pada 15 September 1989 beliau dihantar ke Rumah Sakit Dr. Mintohardjo, akibat gejala sama, dan meninggal dunia lima hari kemudian. Semasa kematiannya, beliau bekerja untuk Matra dan menguruskan Piranti Esa Nusa, sebuah firma perhubungan awam, tidak jauh dari kediamannya.[1][2] Beliau disemadikan di Perkuburan Karet Bivak, bersebelahan pusara suaminya.[2]

Filem terakhir Maloan, Pacar Ketinggalan Kereta, yang memulakan penerbitan pada 1988, dikeluarkan pada Oktober.[6][7] Untuk hasil kerjanya, beliau menerima Anugerah Citra untuk Pelakon Utama Wanita Terbaik secara anumerta.[1] Jawatannya di Perhimpunan Konservatif Rakyat telah digantikan oleh Rae Sita Supit pada Ogos 1991.[8] Di Festival Filem Indonesia 2010 beliau menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat bagi lakonannya.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi
  • "Galeri Tokoh Senayan". Tempo (dalam bahasa Indonesia). 3 Oktober 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-22. Dicapai pada 22 Mei 2012.
  • Heider, Karl G. (1991). Indonesian Cinema: National Culture on Screen. Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-1367-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Irwansyah, Ade (8 Disember 2010). "Nonton "Ibunda" untuk Mengenang Tuti Indra Malaon" [Tonton "Ibunda" bagi Mengenang Tuti Indra Malaon]. Nova (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 22 Mei 2012.
  • "Ketemu di MPR" [Bertemu MPR]. Tempo (dalam bahasa Indonesia). 10 Oktober 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-22. Dicapai pada 22 Mei 2012.
  • "Meninggal Dunia". Tempo (dalam bahasa Indonesia). 19 Oktober 1985. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-22. Dicapai pada 22 Mei 2012.
  • "Pelantik" [Pelantikan]. Tempo (dalam bahasa Indonesia). 10 Ogos 1991. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-22. Dicapai pada 22 Mei 2012.
  • Sawitri, Isma; Darsono, Budiono; Purnomowati, Diah (30 September 1989). "Bukan Glamour, tapi Kerja Keras". Tempo (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-22. Dicapai pada 22 Mei 2012.
  • "Tuti Indra Malaon". Encyclopedia of Jakarta (dalam bahasa Indonesia). Jakarta City Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-22. Dicapai pada 20 Mei 2012.
  • Wijaya, Putu (14 Oktober 1989). "Menyambung Napas Tiga Dara" [Meneruskan kesinambungan Tiga Dara]. Tempo (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-22. Dicapai pada 22 Mei 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]