Orang Doria
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Yunani |
Portal Greece |
Orang Doria (Yunani: Δωριεῖς , Dōrieîs , tunggal Δωριεύς , Dōrieús ) merupakan salah satu daripada empat suku utama yang orang Helen (atau Yunani) dari zaman Yunani Klasik membahagikan diri mereka (di samping orang Aeolia, Akhaia, dan Ionia).[1] Mereka hampir selalu dipanggil "orang Doria", seperti mana mereka digelarkan pertama kali mereka dirujuk dalam Odysseia,[2] di mana mereka ditemui sudah mendiami pulau Kreta.
Gaya hidup dan susunan masyarakat mereka adalah rencam, dari menjadi pusat perdagangan di kota Korinthos yang terkenal dengan kesenian dan seni bina, ke negeri ketenteraan yang terpencil Sparta; namun semua orang Helen tahu kawasan mana adalah Doria dan mana yang bukan. Negeri-negeri Doria yang berperang sering, tetapi bukan selalu, mengharapkan bantuan negeri Doria yang lain. Orang Doria mempunyai dialek Yunani Doria tersendiri serta tradisi sosial dan sejarah yang unik.
Pada abad ke-5 SM, orang Doria dan Ionia ialah dua etnik Yunani yang paling penting dari segi politik, dan pertembungan mereka akhirnya mengakibatkan Perang Peloponnesos. Sejauh mana orang Helen abad ke-5 menganggap dirinya sebagai orang "Ionia" atau "Doria" diperdebat. Pada satu hal, Édouard Will menyimpulkan tidak ada komponen etnik sebenar dalam budaya Yunani abad ke-5, walaupun terdapat unsur-unsur anti-Doria dalam propaganda Athens.[3] Pada satu lagi hal, John Alty menafsirkan semula sumber sejarah dan membuat kesimpulan bahawa etnik memang mendorong tindakan-tindakan abad ke-5.[4] Orang moden yang melihat identifikasi etnik ini melalui tradisi sastera abad ke-5 dan ke-4 SM telah banyak dipengaruhi oleh politik sosial mereka sendiri. Selain itu, menurut E. N. Tigerstedt, pengagum nilai-nilai Eropah abad ke-19 yang mereka anggap sebagai orang "Doria" menganggap diri mereka sebagai "Lakonofil" (pencinta Sparta) dan mendapati persamaan dengan budaya dari zaman mereka juga; bias mereka menyumbang kepada tafsiran moden tradisional tentang siapakah "orang Doria".[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Apollodorus, Library, I, 7.3
- ^ Homer, Odyssey, Book XIX (Line 177).
- ^ Will, Édouard (1956). Doriens et Ioniens: essai sur la valeur du critère ethnique appliqué à l'étude de l'histoire et de la civilisation grecques (dalam bahasa Perancis). Paris: Belles Lettres.
- ^ Alty, John (1982). "Dorians and Ionians". The Journal of Hellenic Studies. 102: 1–14. doi:10.2307/631122. JSTOR 631122.
- ^ Tigerstedt, E. N. (1965–1978). The Legend of Sparta in Classical Antiquity. Stockholm: Almqvist & Wiksell. m/s. 28–36.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Drews, Robert (1993). The End of the Bronze Age: Changes in Warfare and the Catastrophe CA. 1200 B.C. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. ISBN 0-691-04811-8. Five editions between 1993 and 1995.
- Hall, Jonathan M. (2000). Ethnic Identity in Greek Antiquity. Cambridge University Press. ISBN 0-521-78999-0.
- Hall, Jonathan M. (2006). "Dorians: Ancient Ethnic Group". Dalam Wilson, Nigel (penyunting). Encyclopedia of Ancient Greece. New York: Routledge Taylor & Francis Group. m/s. 240–242. ISBN 0-415-97334-1.
- Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). Jones, Henry Stuart (penyunting). A Greek-English Lexicon (dalam bahasa Greek Purba dan Inggeris). Oxford: Clarendon Press.
- Müller, Karl Otfried, Die Dorier (1824) was translated by Henry Tufnel and Sir George Cornewall Lewis and published as The History and Antiquities of the Doric Race, (London: John Murray), 1830, in two vols.
- Pomeroy, Sarah B.; Stanley M. Burstein; Walter Donlan; Jennifer Tolbert Roberts (1999). Ancient Greece: A Political, Social, and Cultural History. Oxford University Press. ISBN 0-19-509742-4.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Hinge, George (2003), "Scythian and Spartan Analogies in Herodotos' Representation: Rites of Initiation and Kinship Groups", dalam Bilde, P.G.; Højte, J.M.; Stolba, V.F. (penyunting), The Cauldron of Ariantas (PDF), Aarhus, m/s. 55–74, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 October 2013, dicapai pada 5 August 2011.
- Killen, John T. (2000). "Religion at Pylos: The evidence of the Fn Tablets" (PDF). Dalam R. Laffineur; R. Hägg (penyunting). Potnia: Deities and Religion in the Aegean Bronze Age. Liège: Université de Liège. m/s. 435–443. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 August 2011. Dicapai pada 11 November 2006.
- Rutter, Jeremy B. (2000). "Lesson 25: The Linear B Tablets and Mycenaean Social, Political, and Economic Organization". Prehistoric Archaeology of the Aegean. Trustees of Dartmouth College.