Pandan wangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Pandan wangi
YosriPokokPandan.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. amaryllifolius
Nama binomial
Pandanus amaryllifolius
Sinonim
  • Pandanus hasskarlii Merr.
  • Pandanus latifolius Hassk. nom. illeg.
  • Pandanus odorus Ridl.

Pandan wangi (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara; bahkan genus tersebut turut dinamakan sempena tumbuhan ini.[1]

Spesies pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas untuk dibuat perisa dalam masakan.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Nama amaryllifolius diambil dari bahasa Latin menggabungkan amaryllis yakni suatu genus tumbuhan menggolongkan tumbuhan dikenali dengan nama "pandan suasa" dan folius "daun" lalu bermaksud "daun seperti pandan suasa".[2]

Botani[sunting | sunting sumber]

Spesies ini jenis renek hijau menegak berketinggian 1-1.6 m dengan daun panjang halus seperti bilah membentuk jambak. Batangnya tegak, berkebolehan memunculkan dahan dan mempunyai akar udara berkayu. Dedaun jenis pandan ini menonjol dan boleh dikenalpasti dari jenis pandan lain semacam rasau-rasaudan pandan hutan. dari ukuran yang relatif kecil. Ia juga mengeluarkan berbau lebih wangi memberi nama kepada jenis pandan ini.[2]

Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, melainkan hanya jambak bunga jantan dapat ditemui berbentuk duri dengan seludang berwarna putih. Pokok pandan wangi tidak dapat menghasilkan buah lantaran ketiadaan bunga betina. Pokok ini sangat mudah untuk hidup dan membiak melalui keratan.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam makanan[sunting | sunting sumber]

Kek pandan gebu.

Daunnya digunakan segar (terutamanya dalam bentuk diikat), beku atau dikeringkan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan di Nusantara dan Filipina, terutama hidangan nasi dan kuih. Ayam pandan, atau gai hor bai toey (ไก่ห่อใบเตย), ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Nasi lemak juga menggunakan daun pandan untuk menaikkan rasa santan yang dimasak.

Daun ini turut digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek, kuih seperti kuih ketayap dan onde-onde malahan juga air sirap.

Dalam tujuan lain[sunting | sunting sumber]

Bunga rampai dicampur kuntum melur.

Daun pandan turut digunakan untuk dibuat hiasan, dan pengharum dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Ia juga merupakan pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India.

Sifat kimia[sunting | sunting sumber]

Daun pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas.[3][4] Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-asetil-1-pirolina yang turut memberi bau roti putih, beras jasmin dan beras basmati, dan bunga kerak nasi (Vallaris glabra).[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Christenhusz, Maarten J. M.; Fay, Michael F.; Chase, Mark W. (2017). Plants of the World: An Illustrated Encyclopedia of Vascular Plants (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. m/s. 140. ISBN 978-0-226-52292-0.
  2. ^ a b "Pandanus amaryllifolius Roxb". Flora Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 5 November 2021.
  3. ^ Li J. dan Ho S.H. Pandan leaves (Pandanus amaryllifolius Roxb.) As A Natural Cockroach Repellent Diarkibkan 2017-01-10 di Wayback Machine. Proceedings of the 9th National Undergraduate Research Opportunites Programme (2003-09-13).
  4. ^ Ahmad, FBH; Mackeen, MM; Ali, AM; Mashirun, SR; Yaacob, MM (1995). "Repellency of essential oils against the domiciliary cockroach, Periplaneta americana L.". Insect Sci Appl. 16 (3–4): 391–393. doi:10.1017/s174275840001746x. S2CID 85986166.
  5. ^ S. Wongpornchai, T. Sriseadka, S. Choonvisase (2003). "Identification and quantitation of the rice aroma compound, 2-acetyl-1-pyrroline, in bread flowers (Vallaris glabra Ktze)". J. Agric. Food. Chem. 51 (2): 457–462. doi:10.1021/jf025856x. PMID 12517110. line feed character in |title= at position 60 (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Van Wyk, Ben-Erik (2005). Food Plants of the World. Portland, Oregon: Timber Press, Inc. ISBN 0-88192-743-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]