Pandelela Rinong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pandelela Rinong
Pandelela Rining di Sukan Olimpik 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Pandelela Rinong anak Pamg
Lahir (1993-03-02) 2 Mac 1993 (umur 24)
Kampung Jugan, Bau, Sarawak, Malaysia[1]
Ketinggian 5 ft 3 in (1.6 m)
Berat badan 52 kg[2]
Sukan
Negara  Malaysia
Acara 10 m, 10 m segerak, 3 m
Kelab Majils Sukan Negara[3]
Pasangan Leong Mun Yee
Dilatih oleh Yang Zhuliang[3]

Pandelela Rinong anak Pamg JBK (lahir 2 Mac 1993) adalah atlet Malaysia bagi acara terjun. Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita,[4][5] dan atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.[6]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai ketinggian 5'3 " dan mempunyai berat 52kg.[7] Beliau berasal dari Kampung (Kupuo) Jugan, Bau.[8] Beliau berketurunan Bidayuh, kaum Bumiputera di Sarawak, Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.[9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Semasa Kejohanan Akuatik Dunia 2009 beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Yee. Beliau juga turut menyertai acara terjunan 10 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.[10]

Beliau adalah pembawa bendera buat Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura di mana beliau memenangi pingat perak dalam acara terjunan 10 meter dan terjunan 3 meter.[11]

Pada 2010 di New Delhi, beliau memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel 2010 dalam sukan akuatik acara terjunan 10 meter .

Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlit wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform Wanita, dan atlit Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.[12]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Rujukan
2010 Sportswriters Association of Malaysia (SAM)-100plus Sports Awards Atlet Terbaik Menang [13]
2011 Anugerah Sukan Kebangsaan Ahli Sukan Tahun Ini Menang [14]
2011–2012 Anugerah Sukan Sarawak Ahli Sukan Tahun Ini Menang [15]
2012 Johan Bintang Kenyalang (JBK) oleh Kerajaan Sarawak Menang [16]
National Press Club (NPC) – Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysian of the Year Menang [17]
Anugerah Sukan Kebangsaan Ahli Sukan Tahun Ini Menang [14]
SAM-100PLUS-KBS Awards Atlet Tahun Ini Menang [18]
2015 Anugerah Sukan Kebangsaan Ahli Sukan Tahun Ini Menang [19]
TM Fans Pick Awards – Glorious Moment Menang
2016 Nickelodeon Kids' Choice Awards Favourite Asian Sports Star Tercalon [20][21]
Sportswriters Association of Malaysia (SAM)-100plus Sports Awards Atlet Terbaik Menang [22]
Anugerah Pilihan Online Bintang Sukan Wanita Pilihan Online Tercalon [23]

Kecederaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010 Rinong patah tulang di kaki beliau yang mengambil masa enam bulan untuk sembuh. Selepas Sukan Olimpik tahun 2012 beliau mengalami kecederaan buku lali yang memaksanya untuk melangkau kejohanan Asia dan Sukan Universiti ASEAN. Pada bulan Julai 2014 beliau mempunyai kecederaan lutut yang menjejaskan persembahan beliau di Sukan Komanwel 2014 dan mengehadkan penyertaannya di Sukan Asia 2014 kepada dua acara.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Rinong ialah seorang peminat setia K-pop dan anime Jepun.[3][24] Pandalela menamakan Big Bang sebagai pemuzik kegemarannya.[25] Beliau mempunyai 100,000 pengikut di Instagram, dan mempunyai lebih daripada 117,000 orang di laman Facebook rasmi beliau.[25] Kakaknya Pardika Indoma turut mengambil bahagian dalam menyelam.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pandelela Rinong (full name: Pandelela Rinong anak Pamg)". 
  2. ^ Pandelela Rinong Pamg, 2012 Olympics profile, BBC Sport
  3. ^ a b c d e Pandelela Rinong Pamg. nbcolympics.com
  4. ^ Olympics diving: Chen Ruolin wins second gold in 10m platform BBC News, 9 August 2012
  5. ^ S. Ramaguru (10 August 2012). "Pandelela wins historic diving bronze in 10m platform". The Star. Dicapai pada 21 August 2012. 
  6. ^ Vijesh Rai (10 August 2016). "(Olympic) Divers Cheong Jun Hoong and Pandelela Rinong win silver, first medal for Malaysia in Rio 2016". New Straits Times. Dicapai pada 10 August 2016. 
  7. ^ Pandelela Rinong Pamg, 2012 Olympics profile, BBC Sport
  8. ^ "Pandelela - Shining example of true grit". Theborneopost.com. 2012-07-21. Dicapai pada 2012-08-20. 
  9. ^ DENNIS WONG AND DESMOND DAVIDSON (2012-08-11). "Pandelela does nation proud with medal win". Nst.com.my. Dicapai pada 2012-08-20. 
  10. ^ "2008 Beijing Summer Olympics | Pandelela Rinong PAMG Profile & Bio, Photos & Videos | NBC Olympics". 2008.nbcolympics.com. 2 March 1993. Dicapai pada 12 August 2012. 
  11. ^ Lim, Teik Huat (24 August 2010). "Pandelela caps outing in Youth Olympics with another silver". Star Publications (M) Bhd. Dicapai pada 24 August 2010. 
  12. ^ Zulhilmi Supaat (10 August 2012). "Pandelela, Malaysia's first woman to win Olympic medal". The Borneo Post. 
  13. ^ "Pandelela wins SAM-100PLUS Sports Awards 2010". AIPS. Dicapai pada 15 March 2016. 
  14. ^ a b "Pandelela retains Sportswoman crown". The Borneo Post. Dicapai pada 15 March 2016. 
  15. ^ "Pandelela Rinong crowned Sarawak sportswoman of the year, again". The Star (Malaysia). Dicapai pada 15 March 2016. 
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JBK2012 tidak disediakan
  17. ^ "Pandelela Rinong awarded the NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysian of the Year award". Paul Tan. Dicapai pada 12 March 2016. 
  18. ^ "Pendelela Picks Up Second SAM-100PLUS Best Athlete Crown". FNBM. Dicapai pada 15 March 2016. 
  19. ^ "Pandelela, Al-Jufferi named as country's top athletes". The Star (Malaysia). Dicapai pada 30 May 2016. 
  20. ^ "Pandelela nominated for Nickelodeon Kid's Choice Award". The Star (Malaysia). Dicapai pada 12 March 2016. 
  21. ^ "Nickelodeon Kids' Choice Awards 2016: Jeron Teng wins Favorite Asian Sports Star". Rappler. Dicapai pada 15 March 2016. 
  22. ^ "Pandelela wins third SAM-100Plus best athlete award". The Borneo Post. Dicapai pada 15 April 2016. 
  23. ^ "APO 2016 Winners". mstar.com.my. Archived from the original on 30 May 2016. Dicapai pada 30 May 2016. 
  24. ^ Yu Ji; Zora Chan; Brian Matthews (12 August 2012). "Pandelela is just your regular girl next door". The Star. Diarkibkan daripada original pada 12 August 2012. 
  25. ^ a b Michael Cheang (11 September 2016). "Getting to know the real Pandelela Rinong". The Star. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Indovino, Shaina (2005). Malaysian Superstars Athletes: Pandelela Rinong. Malaysia: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. ISBN 9789674303150. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik
Didahului oleh
Azizulhasni Awang
Pembawa bendera  Malaysia
London 2012
Diikuti oleh:
Lee Chong Wei