Petra Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kawasan Petra Jaya telah mula dibangunkan sejak awal 70an lagi dan terus pesat berkembang sehingga hari ini. Majoriti penduduk yang mendiami kawasan Petra Jaya terdiri daripada kaum bumiputera terutamanya kaum Melayu. Kawasan-kawasan yang sinonim dengan orang Melayu adalah Jalan Astana, Kampung Lintang, Semariang, Siol Kandis, Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Surabaya, Kampung Pulo, Kampung Bintawa, Kampung Panglima Seman, Kampung Tupong, Kampung Sinjan, Kampung Gita dan banyak lagi. Sebahagian kampung-kampung Melayu tradisional di tebing sungai Sarawak yang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan telah pindahkan ke kawasan penempatan semula di Demak dan juga Semariang.

Kawasan kediaman baru yang dibangunkan oleh kerajaan dan swasta menarik perpindahan kaum-kaum lain seperti kaum Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, dan lain-lain. Taman-taman perumahan dibangunkan di kawasan-kawasan seperti Matang, Rampangi, Semarak dan juga Demak.