Peraturan Transliterasi Arab Bikdash

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Peraturan Transliterasi Arab Bikdash (Inggeris: Bikdash Arab Transliteration Rules) atau BATR adalah satu set peraturan buat mengalih penulisan Arab kepada Rumi dengan sangat rapat (satu dengan satu), dan yang hanya menggunakan dua aksara khas, yakni sengkang dan koma atas sebagai penerang. Piawai ini juga memuatkan peraturan buat tanda diakritik dan tanwin.

Skema transliterasi ini dapat difikirkan sebagai satu kompromi antara transliterasi Qalam dan transliterasi Buckwalter. Sistem ini mewakilkan 13 konsonan dengan satu huruf Rumi setiap satu dengan kemungkinan penggunaan tanda atas (atau tanda petikan tunggal) sebagai penerang, dan menggunakan satu atau lebih vokal Rumi untuk mewakilkan vokal pendek dan panjang Arab. Ia mencuba sedaya upaya untuk menjadi sistem yang amat ringkas dan minimal, akan tetapi memenuhi keperluan untuk keekspresian fonetik. Sistem ini tidak membezakan bentuk hamzah berlainan oleh sebab ia menganggap implementasi perisian dapat menangani perbezaan melalui peraturan ejaan standard bahasa Arab, إملاء (imlaae).

Kata-kata Arab dalam rencana ini ditulis menggunakan sistem BATR.

Prinsip-prinsip Pedoman[sunting | sunting sumber]

Peraturan direka dengan mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

  • Simbol besar dan kecil huruf Rumi yang sama digunakan buat mewakili bunyi atau huruf Arab yang berlainan. Pada amnya, huruf besar melambangkan versi tegas huruf kecil, sama ada konsonan mahupun vokal.
  • Skrip Arab seharusnya dapat dikesan dengan jelas dari transliterasinya dan tanpa si pengguna perlu memahami maksud teks Arab. Yang sebaliknya juga harus dapat dilakukan apabila skrip Arab ditanda penuh ataupun divokalkan, misalnya, perkataan-perkataan muxakkal dengan kasrah, fatHat', Dammat, xaddat, tanwiin, dan Harakaat. (Lihat Jadual Transliterasi di bawah untuk penjelasan ejaan transliterasi.) BATR perlu bermutu tinggi untuk membolehkan penulisan qureaan atau puisi Arab dengan tepat.
  • BATR perlu sangat fonetik dengan erti yang seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan bahasa Arab dapat membaca dan menyebut teks Arab dengan ketepatan yang "munasabah". Apabila prinsip-prinsip BATR diterangkan, orang ini seharusnya dapat membuat bunyi teks Arab dengan ketepatan tinggi.
  • Vokal-vokal panjang Bahasa Arab Klasik diwakilkan dengan simbol berganda: ii, aa, dan uu, sementara i, a, dan u mewakili vokal-vokal pendek (seperti kasrah, fatHat', Dammat'). Pada amnya campuran vokal dibenarkan bagi ungkapan vokal-vokal berlainan ataupun intonasi termasuk vokal vernakular atau basahan, ataupun apa jua vokal tak piawai. Misalnya, ai mewakili vokal dialek Mesir dalam kata fain? (yang bermaksud "mana?").
  • Apabila perkataan vernakular Arab dapat disebut atau ditulis dalam beberapa bentuk, yang satu daripadanya seragam dengan Arab Klasik, maka bentuk yang seragam ini akan digunakan.

Jadual Transliterasi[sunting | sunting sumber]

Huruf Arab ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن ه و ي / ى[1]
DIN 31635 ʾ / ā b t ǧ d r z s š ʿ ġ f q k l m n h w / ū y / ī
Buckwalter A v j H x * $ S D T Z E g w y
Qalam ' / aa th kh dh sh ` gh
BATR A / aa c K z' x E g w / uu y / ii
IPA (MSA) ʔ, b t θ
ɡ
ʒ
ħ x d ð r z s ʃ ðˤ
ʕ ɣ f q k l m n h w, j,

Tanda hamzah sentiasa diwakilkan dengan huruf 'e'. Bentuk ejaan yang betul dapat diperoleh dari peraturan pengejaan piawai apabila kata itu diberikan vokal penuh. Ini berbeza dengan Transliterasi Buckwalter yang menggunakan beberapa simbol tambahan: misalnya, hamzah di atas ealif (alif) diwakili simbol > sementara hamzah di atas waaw diwakili oleh '&'.

Huruf ealif: Pada amnya alif diwakili oleh aa ataupun A. ealif Al-waSl (alif wasli) diwakili eo, sementara ealif maqSuurat (alif maksurat) diwakili oleh aaa.

Harakaat

 + fatHat': a
 + Dammat': u
 + kasrat': i
 + fatHatayn: aN
 + Dammatayn: uN
 + kasratayn: iN
 + shaddat' atau xaddat' diwakili dengan huruf berganda
 + sukūn: o ayau -o-
 + taae marbuuTat': t'
 + taTwiil: _

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Di Mesir, Sudan dan kadang kala wilayah-wilayah lain, bentuk akhir sering ditulis tanpa titik ى.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]