Perbincangan pengguna:Didie/Arkib5

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Pengundian checkuser

Sudah dilaksanakan. aamuizz 03:16, 11 Januari 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih. — Didie (bincang) 03:17, 11 Januari 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana mengundi

Salam didie...terima kasih kerana mengundi saya..harap berkekalan demi wikipedia...Che 13:42, 15 Januari 2008 (UTC)[balas]

Portal:Formula Satu

Boleh saya bertanya sama ada saya boleh mewujudkan Portal:Formula Satu. Kelly Ho 23:37, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Dan saya berharap anda boleh mencalonkan saya untuk menjadi penyelia.

Sudah tentu boleh. Pihak komuniti sentiasa mengalu-alukan penciptaan portal baru di Wikipedia ini. Satu lagi, anda sememangnya boleh menjadi penyelia. Akan tetapi, anda hanya memerlukan 5 hari lagi, iaitu 12 Februari 2008 untuk melepasi syarat menjadi penyelia. Rujuk → Wikipedia:Penyelia/Polisi#Sysop. Walau bagaimanapun, saya pasti saya akan mencalonkan anda sebagai penyelia selepas tarikh itu. Sekian. — Didie (bincang) 06:54, 7 Februari 2008 (UTC)[balas]

Re: Penyelia kembali

Salam sdr Didie. Malangnya, saya sangat sibuk di alam nyata dan kekadang tiada masa untuk log in ke Wikipedia, apa lagi untuk memantaunya. Oleh itu, saya terpaksa menolak undangan sdr. untuk menjadi penyelia/birokrat semula. Namun saya tetap berbesar hati dengan undangan sdr. Thanks. Dekoelie 15:52, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Bersedia bergerak

Saya telah bersiap sedia untuk dicalonkan sebagai penyelia.Kelly Ho 06:04, 15 Februari 2008 (UTC)[balas]

Anda diminta datang mengundi

Mengikut hemat saya anda dirasakan layak mengundi di wikibooks untuk permohonan Edmundwoods untuk menjadi penyelia sementara. Anda hanya mengundi mengikut perasaan anda terhadap dia di Wikipedia Melayu kerana dia meminta tugas kepenyeliaan di Wikibuku Melayu hanya untuk mengemas kini, memperbetul serta pelbagai lagi tugas kepenyeliaan. Dia akan mengambil alih tugas kepenyeliaan di WikiBuku Melayu buat sementara waktu kerana penyelia sedia ada agak sibuk didalam dunia sebenar .Sila datang ke sini .Tolong ajak rakan Wikipedia Melayu lain bagi mempercepat proses ini. PuteraLuqman Tunku Andre07:31, 21 Februari 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih.

Assalamualaikum, Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menawarkan tawaran tersebut. Namun, buat masa terdekat mungkin saya tidak dapat menerima tawaran tersebut bukan kerana saya tidak sudi, tetapi kerana saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang masih amatur dalam selok-belok menyunting terutamanya dalam proses membuat templat. Namun, saya berjanji saya akan cuba sehabis baik untuk meningkatkan kualiti penggunaan bahasa saya.

Sekian, terima kasih.

Maklumat wakil rakyat

Saya rasa maklumat wakil rakyat di sesuatu kawasan perlu dikekalkan . Walaupun nampak berulang, tetapi rasanya perlu ada secara khusus kerana setiap pilihan raya akan ada wakil rakyat baru. Maklumat tentang politiknya boleh ditambah. Makkumat tentang wakil rakyat / politik itu secagai asas sahaja. Maklumat perniagaan , ekonomi dan geografi susah dikembangkan kerana penduduk tempatan sahaja yang lebih tahu. Maklumat dari yellowpages boleh digunakan tetapi memakan masa untuk sort data. Masalahnya kita di ms.wikipedia kekurangan penulis / penyunting.Malekhanif 15:31, 2 Mac 2008 (UTC)[balas]

Siapa wakil rakyat terbaru harus ada di sesuatu rencana kawasan terbabit. Akan tetapi, tak perlulah tampilkan keputusan pilihan raya ye. Saya rasa semua rencana kawasan pilihan raya itu patut dipiawaikan ke arah standard Wikipedia. — Didie (bincang) 01:30, 3 Mac 2008 (UTC)[balas]

Saya setuju memang perlu ada maklumat wakil rakyat..saya sendiri cuba untuk mencari tetapi tidak cukup waktu...perlu ada orang untuk menjadi peneraju..
satu lagi didie...memang awak betul cuma saya akan usahakan seberapa daya saya..Che 00:59, 4 Mac 2008 (UTC)[balas]

Thanks. Saya tak pasti mengenai pelajar tersebut atau apa yang dinyanyikan beliau. Saya tidak pernah menonton Akademi Fantasia. - Jay 17:34, 19 Mac 2008 (UTC)[balas]

Negeri mastautin

Maklumat itu sudah saya tambah sendiri. -Yk Yk Yk 10:38, 22 Mac 2008 (UTC)[balas]

Kenape?

Hai Didie! Kenape anda hapus halaman artikle tentang guru besar SKTSP. Harap langsung dijawab. 161.139.100.98 1.06, 23 Mac 2008 (UTC) Catatan: Jangan terkejut kerana pengguna tak berdaftar berjaya menyunting di laman perbincangan yang dilindungi bagi pengguna tak berdaftar!

Hmmm. Saya menghapuskan halaman rencana mengenai guru besar SKTSP kerana rencana guru besar berkenaan tak dapat diklasifikasikan sebagai rencana tokoh. Ini kerana guru besar itu hanya berkhidmat di peringkat sekolah saje. Adakah semua guru besar di setiap sekolah di Malaysia layak mempunyai sebuah rencana mengenai diri masing-masing di Wikipedia. — Didie (bincang) 05:31, 23 Mac 2008 (UTC)[balas]

Saya rasa itu perlu. Tapi tak payah masukkan sebagai tokoh. Kalau anda tidak bersetuju, mari kit undi. Sesiapa setuju pendapat saya tulis layak dan tidak setuju tulis tak layak. 161.139.100.98 2.55, 23 Mac 2008

Saya rasa perkara ini tak perlu dikecohkan sangat. Akan tetapi, memandangkan anda yang tak puas hati sangat. Satu laman akan dicipta bagi memohon pendapat pengguna yang lain mengenai rencana 'guru besar' - Wikipedia:Permohonan pendapat/Kelayakan rencana "guru besar". — Didie (bincang) 07:34, 23 Mac 2008 (UTC)[balas]

Pesanan anda di Kedai Kopi

Rujukan kepada Penambahan Bilangan Penyelia

Apakah maksud anda bahawa penyelia haruslah mengaktifkan fungsi e-mail pengguna pada tatarajah masing-maasing? Pada pengetahuan saya, tiada polisi yang menyatakan seseorang penyelia haruslah mendedahkan e-mail. Saya tidak menentang perkara ini kerana mesej yang ditinggalkan di laman perbincangan tidak semestinya akan disampaikan kepada pengguna yang menulisnya terutamanya pengguna yang tidak berdaftar. Diagramma Della Verita 14:02, 26 Mac 2008 (UTC)[balas]

Maksudnya kita harus letak alamat e-mel kita dlm preference kita, supaya orang lain boleh tekan pautan "Kirim e-mel kepada pengguna ini" semasa di laman pengguna atau talk page kita. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:51, 26 Mac 2008 (UTC)[balas]

David Archuleta

Saya sedang berusaha mewujudkan laman berkaitan peserta American Idol dan laman terbaru saya ialah mengenai DAVID ARCHULETA.

Saya sentiasa memantau semua hasil tulisan saya. Tindakan anda menghapuskan laman yang saya sedang usahakan amat dikesali. Sekurang-kurangnya masukkan dalam perbincangan terlebih dahulu sebelum delete.

Jangan bertindak seperti laman ini awak yang punya.....

Maafkan saya jika saya terhapus laman David Archuleta. Saya lihat rencana itu tidak terurus. Kesilapan saya amat dikesali. Apapun, kembangkan rencana tersebut ke arah piawaian rencana Wikipedia. Jika tidak, ia akan dihapus 2 minggu selepas tarikh tag "kembangkan" diletakkan. — Didie (bincang) 12:45, 31 Mac 2008 (UTC)[balas]

Berita baik

Sama-sama. Saya amat kedekut dengan Barnstar. Oleh itu saya hanya berikan kepada mereka-mereka yang sering dan telah lama saya lihat menyumbang. Anda sememangnya layak. Yosri 04:09, 1 April 2008 (UTC)[balas]

Kategori

Macammana kita nak cari kategori untuk pautan yang anda sebut tu? Sila beri tunjuk ajar. Kurosagi7 03:22, 3 April 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya, banyak cara mencari kategori. Antaranya, memautkan kategori rencana-rencana berkaitan. Jika suatu kategori itu belum dicipta, anda boleh menciptanya. Mengenai pencarian kategori pula, mungkin boleh lihat rencana yang sama di en.wiki(rujukan) ataupun memulakan pencarian di kotak gelintar. — Didie (bincang) 03:32, 3 April 2008 (UTC)[balas]

Birokrat

Saya rasa awak boleh jadi birokrat. Awak nak ke tak? aamuizz 03:42, 5 April 2008 (UTC)[balas]

Saya sedia menerima tawaran menjadi birokrat. Akan tetapi, saya rasa saya lebih selesa dipilih melalui pilihan raya birokrat Wikipedia Bahasa Melayu pada bulan Jun nanti. Mungkin, waktu itu ramai penyelia yang dapat dilantik menjadi birokrat. — Didie (bincang) 03:46, 5 April 2008 (UTC)[balas]

Penyelia

Hi, terima kasih di atas cadangan anda, tetapi sepertimana yang telah saya nyatakan dahulu kepada Yosri dan kemudiannya Edmund dan juga di Kedai kopi mengenai cadangan saya memegang jawatan penyelia masih tidak berubah. Minat saya di Wiki MS dan EN hanyalah semata-mata untuk menulis dan saya tidak mahu menjadi penyelia. Bagaimana pun, saya hargai kepercayaan yang anda ada kepada saya untuk menjawat jawatan ini. Terima kasih. - Jay 13:12, 5 April 2008 (UTC)[balas]

Putrabikes

Apa ni Didie..Kenapa dipadamkan...saya betul-betul...tak setuju ....senang-senang aje hapus...kalau ada pembetulan...betulkan ..jangan dihapuskan...!Che 02:14, 8 April 2008 (UTC)[balas]

Lihat Wikipedia:Kedai_Kopi#PutraBikes. Rencana PutraBikes tidak berensiklopedik. Maka sebab itu ia dihapuskan. — Didie (bincang) 02:16, 8 April 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih

Terima kasih atas ucapan tahniah serta usulan anda. Saya akan cuba seboleh mungkin untuk membantu membangunkan wikipedia ini. :) — kurnia[binc|sumb] 09:58, 14 April 2008 (UTC)[balas]

Apabila berlaku pertukaran logo, logo lama perlu dikekalkan, kerana ini sebagai rujukan ensiklopedia, bukan laman akhbar. Yosri 13:26, 15 April 2008 (UTC)[balas]

Ohhh begitu. Maaf kerana tersilap ye. Nanri saya kembalikan suntingan.— Didie (bincang) 13:28, 15 April 2008 (UTC)[balas]

Rasanya imej tak boleh restore... Yosri 13:39, 15 April 2008 (UTC)[balas]

Astro

Hai Didie, jika anda dapat kurangkan pautan merah (cipta rencana), saya akan sokong pencalonannya. ...Aurora... 14:33, 17 April 2008 (UTC)[balas]

Tag Kembangkan

Hai Didie,
Adakah anda rasa perlu meletakkan tag kembangkan pada semua rencana. Ini kerana 90% rencana adalah pendek. Jika anda cenderung kearah itu, saya cadangkan anda letakkan sahaja di template rencana agar ia hadir dikesemua laman. Ini kerana saya lihat kurang penyumbang mengembangkannya, dan berapa lama anda hendak biarkan tag itu di situ. Biasanya hanya rencana < 3 ayat ditag. Yosri 12:07, 18 April 2008 (UTC)[balas]

Hai Didie

Lihat laman Wiki ceb. Ia mengekalkan banyak rencana pendek (pilih laman rawak). Saya cadangkan rencana pendek dikembangkan, bukannya dihapuskan, kecuali jika ia mengarut. Yosri 09:16, 29 Mei 2008 (UTC)[balas]

Aargh!!!

Assalamualaikum. Di sini saya ingin menyatakn bahawa saya baru sahaja selesai menaipkan ruangan tambahan di dalam artikel Fantastic Beasts and Where to Find Them. Semasa saya baru sahaja ingin meyimpan ruangan tersebut, berlaku Percanggahan Maklumat yang memadamkan terus hasil kerja saya yang saya baru ingin simpan. Oleh itu, saya terpaksa menaip semula keseluruhan bahagian tersebut.....

Maaf jika saya menyebabkan berlakunya percanggahan maklumat. Saya hanya letakkan kategori dan tak sangka ia akan terjadi. Maaf ye. Apapun, sumbangan dan ketekunan anda amat saya hargai. — Didie (bincang) 10:54, 19 April 2008 (UTC)[balas]

Maaf menyampuk, tp jika enta menekan butang back yg ada pada pelayar web anda, ia akan memaparkan semula hasil tulisan enta. Nanti klu tjadi lg, cutkan hasil tulisan enta. PuteraLuqman Tunku Andre 11:05, 19 April 2008 (UTC)[balas]

Maklumat / no telefon hotel / chalet perlu dikekalkan - mudah hendak pergi ke sana. Malekhanif 14:27, 11 Mei 2008 (UTC)[balas]

Rasanya tidak perlu kerana Wikipedia ialah laman ilmu ensiklopedia yang berbentuk ilmiah bukannya berbentuk pelancongan. Jika anda ingin menambah informasi tambahan mengenai pelancongan seperti senarai chalet, harga tiket, atau apa-apa yang berkaitan. Anda boleh meletakkannya pada [1]. Nampaknya Wikitravel sekarang belum mempunyai versi bahasa Melayu. Jika ada yang ingin mencipta Wikitravel Bahasa Melayu, teruskan niat tersebut. Satu lagi, Wikipedia bukannya buku telefon Yellow Pages jadi tak perlulah anda meletakkan senarai nombor telefon. — Didie (bincang) 13:16, 15 Mei 2008 (UTC)[balas]

Pemadaman laman

Hai Didie,
Bolehkah anda mengurangkan memadam laman yang mempunyai maklumat, walaupun pendek/tidak berbentuk wiki. Letakkan sahaja tag yang bersesuaian. Selain itu elakkan memadam laman lencongan, terutama yang mempunyai kesilapan ejaan lazim. Ini kerana ia bertujuan menghantar pengguna kepada laman sebenar jika mereka tersilap ejaan. Yosri 12:01, 26 Mei 2008 (UTC)[balas]

Saudara Yosri, maaf atas kesilapan saya berhubung pemadaman laman. Satu lagi, berhubung laman lencongan. Kekadang saya lihat ejaan yang sememangnya mempunyai kesilapan ejaan tetapi masih dilencongkan ke sesuatu laman juga. Saya rasa lebih baik hanya melencongkan sesuatu laman jika berkait rapat. Ia mungkin dari segi bahasa ataupun aspek-aspek lain. Namun, jika terdapat kesilapan ejaan pada sesuatu tajuk, maka tidak perlulah untuk dilencongkannya dan padamkan laman itu saja.

Soalan tambahan, adakah saudara Yosri nampak siapa-siapa pengguna berdaftar yang layak dicalonkan sekaligus dilantik menjadi penyelia pada masa ini. Saya sebenarnya masih tercari-cari untuk mencari pengguna yang berkelayakan di ms.wiki. Akan tetapi, bagi saya calon penyelia yang sebenarnya menepati kriteria sebagai seorang penyelia yang dapat saya kesan ialah Hezery99 dan Piecemealcranky. Bagaimana pendapat saudara pula? Adakah saudara setuju dengan pilihan saya ataupun mahu mencari yang lain. Kerjasama anda amatlah saya hargai. Sekian. — Didie (bincang) 12:12, 26 Mei 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya laman lencongan bertujuan membantu pengguna yang tidak tahu tajuk sebenar laman. Contoh sekiranya saya tidak tahu ejaan Didie dan mengeja Dedee, ia kemudiannya dilencongkan kepada Didie. Laman lencongan tidak dikira dalam pengiraan bilangan laman sah, sekadar membantu pengguna. Berkenaan penyelia, saya rasa kita memang perlu meningkatkan bilangan, terutama sekali ramai penyelia sedia ada yang bercuti panjang. Anda boleh mempelawa mana-mana pengguna yang memenuhi kriteria untuk pengundian sekiranya mereka bersetuju dengan pencalonan. Saya bersetuju dengan kedua calon yang anda kemukakan. Yosri 12:20, 26 Mei 2008 (UTC)[balas]

Re: Penyelia (Hezery99)

Salam sejahtera,

Terima kasih atas undangan saudara bagi tawaran jawatan penyelia. Saya sifatkan ia sebagai satu penghormatan tinggi buat saya sepanjang saya menyertai Wikipedia Bahasa Melayu. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik jika terpilih nanti! Hezery99 13:38, 26 Mei 2008 (UTC)[balas]

Pencalonan sebagai penyelia

Hi.

Terima kasih kerana menawarkan jawatan penyelia ini kepada saya. Saya telah membuat keputusan untuk menerima tawaran saudara. Saya akan berusaha melakukan tugas yang baik. Diharapkan saudara dapat memberi sedikit nasihat dan bantuan sekiranya saya di[ilih. Salam sejahtera. pmc 04:45, 27 Mei 2008 (UTC)[balas]

RE: Barisan Rakyat vs Pakatan Rakyat

Saya kata Barisan Rakyat ≠ Pakatan Rakyat. Anda mesti sedar bahawa sebelum PRU-12, DAP tidak bersepakat dengan PAS dan PKR. DAP cuma berunding dgn PKR pasal kawasan pilihanraya aje. DAP langsung tidak berunding dgn PAS. Kalau lihat dari rupanya macam tak perlu (DAP→kawasan Cina; PAS→kawasan Melayu), tapi sebenarnya mereka pernah berlawan dlm kawasan yg sama! Contohnya Sungai Siput, Kuala Kurau, Permatang Pauh, ... Jadi, semasa itu DAP tiada apa-apa kerjasama rasmi dgn Barisan Alternatif (PAS+PKR). Tapi selepas PRU-12, barulah DAP bersama dgn PAS dan PKR jadi Pakatan Rakyat. Oleh itu, Pakatan Rakyat tak sama dengan Barisan Rakyat. Barisan Rakyat cumalah khayalan atau impian rakyat yg anti-BN. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:57, 27 Mei 2008 (UTC)[balas]

Pemadaman gambar

Hai Didie,
Gambar yang dipadamkan tidak boleh diundur kembali. Sila letakkan tag pemadaman dan tempoh sekurang-kurangnya 1 minggu untuk bantahan sebelum memadam gambar. Rencana lebih mudah dipulihkan. Yosri 14:30, 28 Mei 2008 (UTC)[balas]

Maaf atas kesilapan saya. Terima kasih atas tunjuk ajar saudara. — Didie (bincang) 14:31, 28 Mei 2008 (UTC)[balas]

Suntingan besar-besaran

Hai Didie, Saya lihat anda banyak menbuat penyuntingan besar-besaran, adakah tindakan ini telah dibincangkan? Pada mulanya saya menyangka anda hanya membuang keputusan pilihan raya. Oleh itu saya harap anda dapat membincangkan dahulu sebelum membuat langkah drastik sebegitu. Sementara itu saya akan pulih kembali kecuali langkah ini telah dibincangkan. Yosri 10:30, 29 Mei 2008 (UTC)[balas]

Saya lihat banyak rencana mengenai kawasan-kawasan di Malaysia mempunyai keputusan pilihan raya. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, keputusan pilihan raya tidak perlu diletakkan di dalam sesuatu rencana mengenai sesuatu kawasan. Sebagai contoh; tidak perlu meletakkan keputusan pilihan raya mengenai kawasan Beseri, Perlis ke dalam rencana Beseri, Perlis. Sekadar meletakkan siapa wakil rakyat terkini saja? Bagi mengukuhkan kata-kata saya, kenapa masih terdapat banyak rencana mengenai kawasan di Malaysia yang masih memaparkan keputusan pilihan raya 2004. Sepatutnya ia perlu dikemaskini. Jadi, ia memakan masa maka seharusnya perlulah diletakkan info-info ilmiah mengenai rencana itu saja bagi sesuatu rencana.

Satu lagi, saya begitu bingung akan rencana-rencana berkaitan kawasan-kawasan di Malaysia. Ia dicipta bagaikan tiada ketetapan yang khusus. Jadi, saya mengambil langkah berani untuk mempiawaikan rencana itu meskipun saya meringkaskannya menjadi rencana tunas. Perlukah diletakkan senarai nama kedai, pasar raya, dan yang berkaitan beserta nombor telefon dalam sesebuah rencana kawasan tersebut? Wikipedia bukanlah sebuah halaman kuning. Adakah perbuatan saya yang berisiko tinggi untuk dikritik hebat itu layak dilakukan? Maaf jika saya bertindak sedemikian dan saya hanya sekadar untuk melakukan apa yang termampu bagi saya saja. Sekian. — Didie (bincang) 11:15, 29 Mei 2008 (UTC)[balas]

Hai Didie, Sebenarnya teguran itu bukan kerana anda membuang keputusan pilihan raya, tetapi kerana turut membuang maklumat lain seperti maklumat sekolah, dan kemudahan infrastruktur lain. Sebab itu saya telah mengimbas setiap satu suntingan anda dan hanya pulihkan rencana yang membuang maklumat sebegitu, tetapi membiarkan suntingan yang menyentuh keputusan pilihan raya (bukan secara keseluruhannya). Alamat pasaraya, kedai, komersial/perdagangan dsb juga tidak diperlukan. Walau apapun, adalah lebih baik suntingan lain juga dibincangkan dengan penyelia lain dalam ruang Kedai Kopi sebagai satu prosedur penyuntingan pukal. Bagaimanapun suntingan tambahan ada yang lain (piwaian) adalah baik dan patut diteruskan. Ini bukanlah kritikan peribadi tetapi sebagai membantu penyelarasan pentakbiran Wikipedia sebagai laman gotong-royong. Yosri 11:31, 29 Mei 2008 (UTC)[balas]

Maklumat pilihan raya

Mungkin anda tidak senang fakta 2004 dan tidak dikemas kini. Tidak pastilah. ... Anda hanya berminat untuk membuang bukan menambah .... atas nama piawai dan sebagainya. Setiap tempat haruslah lengkap dari segi politik, ekonomi dan sosialnya dan amat berguna untuk pelajar . Apa boleh dikata lagi ... jika anda tidak suka dengan maklumat seperti itu . Banyak lagi yang anda ubah dan anda menerapkan piawai anda. Anda memang mementingkan piawai , bukan content. Saya kira maklumat sedia ada dikemaskimi dan dirapikan , bukan dibuang terus mengikut citarasa anda.

Anda mungkin beralasan maklumat itu boleh dicari dilaman lain . Alangkah manisnya kita memberi maklumat lengkap kerana ia akan berguna kepada orang lain pada masa depan. Minat kita tak sama dengan minat orang lain. Cubalah memahami minat orang lain sama. Anda cukup berminat dengan rencana tunas seperti karangan budak-budak aje.Cukup dangkal sekali. Apalah gunanya ensiklopedia jika 1 , 2 ayat sahaja.

Entahlah, saya pun letih dengan anda .Malekhanif 15:14, 29 Mei 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya saya memang berumur 13 tahun pun dan masih seorang budak-budak lagi, tetapi minat saya begitu mendalam untuk menaiktaraf piawaian rencana Wikipedia. Saya rasa cara yang paling baik untuk mengatasinya ialah meletakkan pautan ke laman web sepatutnya. Untuk subtopik mengenai politik, mungkin ia boleh dihuraikan dengan kandungan teks atau idea yang lain. Saudara tidak berasa penatkah untuk mengemaskini keputusan pilihan raya sebanyak 400 halaman dan ke atas bagi satu-satu pilihan raya saja. Ia memakan masa yang lama. Mengapa perlu mencari langkah yang menyukarkan? Nampaknya perlu diadakan sebuah perbincangan mega bagi menetapkan polisi mengenai rencana sedemikian. Kekadang, saya lihat hanya keputusan pilihan raya sahaja yang diletakkan dalam satu-satu rencana tanpa ada info mengenai sesebuah tempat.

Saya rasa Wikipedia tidak memerlukan rencana yang menyenaraikan nama kedai, pasar raya, dan yang berkaitan beserta dengan nombor telefon bagi satu-satu kawasan. Terpulanglah jika saudara masih ingin meneruskan gaya suntingan anda. Sekadar menjelaskan persoalan saudara saja. — Didie (bincang) 16:18, 29 Mei 2008 (UTC)[balas]

Wow rupa-rupanya you 13 thn saja! Tak sangka... matangnya kamu ni... Saya pun sedang bayang macam mana you semasa you ada UPSR tahun lepas... --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:06, 30 Mei 2008 (UTC)[balas]

Keputusan UPSR saya pada tahun lepas ialah 5A. Ini sekaligus membolehkan saya ditawarkan ke sekolah premier Pulau Pinang, BM High School. Sebenarnya, ia memerlukan pembahagian masa yang bijak untuk menyiapkan kerja sekolah, ulang kaji pelajaran, dan jika ada masa terluang mungkin dapat meninjau Wikipedia sekejap. — Didie (bincang) 17:27, 30 Mei 2008 (UTC)[balas]

Eh you orang Bukit Mertajam? Hehe... emak saya pun orang BM jugak! :-) Kalau saya tak silap sekolah anda dekat rumah lama emak saya di Kampung Baru kan? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:38, 30 Mei 2008 (UTC)[balas]

Rasa-rasanya dekat-dekat situ jugaklah. Walaupun saya bersekolah di Bukit Mertajam. Akan tetapi, saya tinggal di Seberang Jaya. Ini bermakna saya berulang-alik ke sekolah lah. — Didie (bincang) 17:43, 30 Mei 2008 (UTC)[balas]

Logo sukan Malaysia.

Hai Didie,
Bolehkan anda pindahkan maklumat mengenai logo sukan kepada laman lain, dan bukan memadamkannya begitu sahaja. Ini agar maklumat itu tidak hilang begitu sahaja. Terima kasih. Yosri 12:52, 2 Jun 2008 (UTC)[balas]

Warna di Laman Utama

Saya undurkan suntingan anda kerana:

  1. Warna terlalu terang hingga menyakitkan mata.
  2. Warna biru & ungu hampir sama dengan warna pautan.
  3. Bahagian itu sahaja mempunyai latar belakang berwarna, sedangkan bahagian lain tidak. Oleh itu warna lembut lebih sesuai. ...Aurora... 13:54, 2 Jun 2008 (UTC)[balas]

Bantuan: Senarai kategori mengikut abjad

Hai. Saya ingin meminta bantuan saudara mengenai suntingan kategori Kategori:Senarai episod siri televisyen anime. Terdapat beberapa rencana yang menyenaraikan episod dalam kategori tersebut, namun rencana Senarai episod-episod Claymore tidak disenaraikan mengikut abjad C. Dapatkah saudara membetulkan ini? Di Wikipedia Bahasa Inggeris, keadaan ini sememangnya berbeza. - pmc

Anda cuma perlu buat seperti ini: [[Kategori:Senarai episod siri televisyen anime|nama/susunan yang dikehendaki]]. ...Aurora... 15:17, 3 Jun 2008 (UTC)[balas]
Ahh, terima kasih. Sebenarnya, saya cuma perlu meletakkan ''{{DEFAULTSORT:Claymore (manga)}}'' sahaja. Terima kasih. - pmc 15:35, 3 Jun 2008 (UTC)[balas]

Melaka

Hai Didie saya sebenarnya orang Melaka, jadi teruja pulak bila awak edit tadi, tu banyak kesilapan ejaan. hehe. Kurosagi7 09:16, 5 Jun 2008 (UTC)[balas]

Tidak mengapa. — Didie (bincang) 09:17, 5 Jun 2008 (UTC)[balas]

WikiProjek atau ProjekWiki?

Hi. Saudara, nampaknya saudara telah melencongkan pautan Wikipedia:ProjekWiki Anime dan manga ke Wikipedia:WikiProjek Anime dan manga. Menurut laman Wikipedia:ProjekWiki Anime dan manga/Kotak Pengguna, ianya ditulis sebagai ProjekWiki. Adakah ini merupakan nama am di Wikipedia BM? Saya rasa kita patut menggunakan ProjekWiki dan bukannya WikiProjek. - p.m.c. 03:41, 24 Jun 2008 (UTC)[balas]

Tidak mengapa saudara, saya telahpun membaca Wikipedia:WikiProjek. Terima kasih. - p.m.c. 12:14, 24 Jun 2008 (UTC)[balas]


Kugiran

Saya menyatakan sokongan kepada kugiran. Bukan saya meletakkan pengundian. (Sila rujuk [sejarah laman]). Jadi jangan padam pendapat saya atau sesiapa yang lain. Jika pengundian belum bermula, Alihkan kenyataan pengundian, tetapi jangan padam catatan orang lain. Yosri 12:27, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]

PS: Bukan saya marah, tetapi perlu menekankan mengubah suntingan pengguna lain mungkin di anggap cubaan mengubah keputusan perbincangan. Yosri 12:29, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]

Minta maaf ye saudara Yosri. — Didie (bincang) 13:40, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]

Markah

Kena bagi markah pulak? Sungguh rumit. Perlu ke? Kalau nak bagi markah pun buat 1-5 atau 1-10 sudahlah, senang kira. ...Aurora... 14:43, 16 Julai 2008 (UTC)[balas]

0 - 5 (Melucutkan jawatan)
6 - 10 (Tidak melucutkan jawatan)
Selepas tarikh tamat pengundian, jumlah markah keseluruhan akan didarabkan 100 lalu dibahagikan 120. Hasil pengiraannya menjadi penentu keputusan kes tersebut. Macam mana, OK? — Didie (bincang) 14:54, 16 Julai 2008 (UTC)[balas]

Ok. ...Aurora... 15:08, 16 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pertanyaan

  • assalamualaikum didie,maafkan

saye kerana menanyakan soalan

yang tak penting ni, tapi kenapa

awak padam suntingan saya

tentang toph (sejarah dan

keluarga) tu? adakah maklumat

itu tidak bernas? atau saya

membuat sesuatu yang salah?

kalau ade kesalahan maafkan saya

ye.--Adikhebat 15:30, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Rupanya saya yang tersilap. Maaf ye. Saya akan menyelitkan suntingan anda pada rencana Toph. — Didie (bincang) 15:55, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya

Hello Didie, have you read my respond before you change your points for me? I'm still waiting. Hezery99 has responded. Now I'm waiting for you. Thank you. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:55, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

Re: Pengguna boneka

Ya, ia sebenarnya milik kakak saya, tetapi kakak saya lebih berminat utk menyumbang dalam Ar-Wiki dan En-Wiki. Itupun belum register lagi. Saya kata berikan saja password ke saya dan saya cuba membuatkannya sebagai bot. Tetapi saya secara sengaja(hehe) telah menregister DaniAsh Bot. Jadi Harry Cactus hanya sebagai laman cubaan saya. Saya juga ada membenarkan.....erm pengguna yg tak boleh rgister tuh, alah, x igt, dn cri sniri, hehe.Perlu ke sy letak tag sock puppet tp bkan sy sorang gna. Musykil nih??? . PuteraLuqman Tunku Andre 07:22, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

Yg mengundi untuk Harry Cactus itu bukan sy, dia adalah pengguna tnp nama itu, dia tringin mengundi, jd sy biarkan jelah, sy pun dah tak tahu passwordnya, macam mana sy nak log in! PuteraLuqman Tunku Andre 08:45, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]
Ok sy trangkan satu persatu, dulu akaun sy yg sebna, PLTA ini, telah di'hack'kan, sy ttp boleh menyumbang tetapi sy tidak boleh menekan butang sunting. Semasa itu Edmund tiada, ini kerana Edmund mrupakan satu2 nya penyelia yg sy knl. Jadi saya mengambil keputusan untuk menregister akaun yang baru, ternyata ia boleh menekan butang sunting. Jadi baru saya tahu, ia bukan masalah komputer yang saya baru guna ini. Jadi saya telah mengutarakannya ke Kedai Kopi. Nampaknya Edmund telah datang untuk membantu saya. Jadi Edmund, telah membuat satu report ke BugZilla, pas2 sy mndpt stu pngesahan melalui emel yg sy dcroboh. Selepas itu, saya memeberikan akaun Harry Cactus kepada kakak saya, dan dia tlah mnukar password, dan selepas beberapa artikel, dia berfikir mengutarakan yang dia mahu menukar nama Harry Cactus ke Pink Rose ke birokrat Aurora. Tetapi saya mendapat pengesahan Edmund yang ia tidak dibenarkan. Kakak saya berasa sakit hati dan telah memadam niat untuk menyumbang di MsWiki. Tetapi dia seperti saya, minat menulis, jd dia bercadang untuk menulis di En-Wiki atau Ms-Wiki. Jadi dia memberikan passwordnya, dan pengguna tanpa nama itu telah bertanya kepada saya mengapa dia tak bley register, lalu sy brikan lah password Harry Cactus utk mlihat, adakah masalah komp ataupun masalah Wiki sniri. Jd sy dpt mengklasifikasikan yg ia masalah Wiki, so sy bwat x tahu jelah dgn akaun Harry Cactus. Tahu2 dia pergi mengundi. Takkan sy nak suh kamu pegi sekat dia pulak. PuteraLuqman Tunku Andre 09:07, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

Jadi saya tak akan boleh mengundi sampai bila2 dan macam mana nak tahu password Harry Cactus. PuteraLuqman Tunku Andre 09:25, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

Apa-apapun, saya harap kamu segera menyekat akaun Harry Cactus, saya dah tak tahu password, dan jika ada sesuatu yg tidak diingini, mesti ia akan dituju kepada saya. PuteraLuqman Tunku Andre 10:17, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

Up to you....nanti klu ada yg log masuk nnt kater SOCKPUPPET lak! PuteraLuqman Tunku Andre 14:17, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

Helo

helo didie, saya nak tanya sikit, adakah anda telah mendaftar nama di uncyclopedia bahasa melayu(iaitu Bodohpedia)? kerana ada nama didie kat sana.. terima kasih. --Adikhebat 11:47, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

Ya, memang saya berdaftar di Bodohpedia(Uncyclopedia versi Bahasa Melayu). — Didie (bincang) 11:50, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pilihanraya

Saya minta pandangan Didie...macam mana kalau kita bergabung tenaga membuat fakta-fakta mengenai pilihan raya di Malaysia..saya cemburu bila melihat fakta-fakta yang sangat banyak mengenai pilihan raya samada di AS atau di Britain..Che 03:30, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sekadar je ingin tanya, macam mana anda fikir akaun itu mungkin juga milik Putera Luqman Tunku Andre? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:17, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Ini kerana pengguna tanpa nama itu pernah meminta kata laluan daripada Putera Luqman Tunku Andre juga. Jadi, tidak mustahil ia mempunyai perkaitan. — Didie (bincang) 15:22, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Eh? Saya tak ingat. Boleh tunjuk kepada saya?Rupa-rupanya Didie silap... Dan macam mana ada perkaitan dengan "pengguna tanpa nama" itu? Keliru... --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:11, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Deo Volente

Halo Didie, saya lihat Anda sangat aktif di Wikipedia Melayu ini. Kontribusi Anda banyak sekali untuk membuat artikel. Kalau di Wikipedia Indonsia tidak bisa sesingkat yang Anda buat hanya satu kalimat, dapat langsung dihapus. Oh ya, saya mau memberi usul bagaimana untuk Salam atau Ucapan Selamat Datang di Wikipedia Berbahasa Melayu dibuat yang baru. Mikhailov Kusserow 08:27, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]

RE: Perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa

Lihat ini.
Helo? Saya masih tunggu jawapan soalan itu! Janganlah jadi pengecut, berani hadap seperti Hezery99! --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:50, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]

Penat juga ye menjawab banyak pertanyaan anda sebelum ini. Takpelah, saya akan cuba jawab. Sebenarnya apa yang perlu saya jawab ye, keliru? — Didie (bincang) 16:59, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]

Satu soalan saja - tentang sepatutnya macam mana harus saya uruskan masalah dengan SPR. Anda kata boleh e-mel. Tapi saya sudah kata dia tak guna fungsi e-mel. Periksa balik laman penghakiman itu. Saya sudah terangkan cukup jelas. Apapun kalau anda menyesal undi pun dah terlewat. Biarkan saja keputusan begini tapi saya masih menunggu jawapan anda! --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:10, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]

Bagi saya, lebih baik anda berdua bersemuka sesama sendiri dengan bertemu terus secara realitinya. Macam mana? — Didie (bincang) 17:12, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]

LOL... manalah mungkin dia setuju... lagipun kurang selamat. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 13:52, 29 Julai 2008 (UTC)[balas]

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tak begitu? — Didie (bincang) 14:16, 29 Julai 2008 (UTC)[balas]

Manalah tau nanti dia guna keganasan? Saya sudah nampak gambar dia, dia ini nampaknya at his late 50s or early 60s tau. Saya cumalah seorang yang berumur 19 tahun. Sesetengah dewasa suka buli kanak-kanak dan remaja. Kalau dia layan saya begitu di wiki dia sendiri, saya tak dapat bayangkan apa yang berlaku. Kalau dia Orang Jepun mungkin saya habislah. Btw anda tak kish saya tukar indent pesanan anda di bahagian ini? Supaya mudah bezakan pesana itu pesanan siapa. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:07, 29 Julai 2008 (UTC)[balas]

Bodohpedia

Helo Didie, adakah anda ingin menyumbang dan menyelia juga di Bodohpedia? Saya dengar kata status penyelia akan dilucutkan tapi saya tak ada apa-apa maklumat lanjut. Sekarang andalah satu-satu penyelia yang tidak pernah menggunakan kuasa penyelia dan anda diharapkan agar menjalankan tugas anda di sana. Terima kasih. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 20:38, 23 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Maklumat Pilihanraya

Alahai Didie ku. Pasal apa dibuang maklumat pilihan raya 2004 di setiap kawasan itu. Formatnya memanglah tidak berapa kemas tetapi lebih baik ada daripada tak ada langsung. Banyak yang anda delete. Kerja=kerja meruntuhkan kota Rome lebih mudah berbanding dengan kerja membinanya. Nak upadte 2008 sukar sekarang.

Novel Harry Potter berjaya kerana menggunakan maklumat takyul setempat. Mereka rajin menulis / mencatat walaupun maklumat tu 'tahyul'. Maklumat yang tahyul pun kita patut hargai untuk generasi akan datang. Lihatlah sumbangan WG Shellabear, Winstedt dan lain-lain orientalis dalam kerajinan menulis. Akhirnya kita masyarakat Melayu menghargai peranan orientalis ini. Kalau harap penulis dari kalangan kita jangan haraplah. Jangan mremandang hina minda orang lain.

Wikipedia ini sebenararnya memberi banyak maklumat perniagaan dan iklan perniagaan secara percuma , tetapi yang besar-besarlah. Lihat sahaja maklumat tentang Nikon dan sebagainya. Itukan iklan perniagaan secara tidak langsung. Mereka dapat iklan dan promosi percuma aje. Siap dengan link ke laman web mereka lagi. Sanggupkan anda menafikannya. Kalau hendak ke pulau Tioman misalnya, tentulah perlukan no telefon chalet di sana. Saya tidak nafikan ada yang tidak patut dimasukkan.

Cubalah tidak memadam sesuka hati. Saya tahu anda mementingkan format , ada jadual dan sebagainya. Kerja standardize memang sukar tetapi perlu beransur-ansur, bukan sesedap delete aje. Ini kerja membunuh namanya. Cubalah bersabar dengan orang lain dan tidak memaksakan standard sendiri untuk diterima oleh orang lain. Syok sendiri namanya tuh. Malekhanif (bincang) 23:41, 23 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Satu pengundian menanti dimulakan

Adik Didie, nampak tak Kedai Kopi, baru2 ni saya buat satu cadangan dan berjaya menarik sikit perbincangan, dan saya sedang menunggu seorang penyelia untu memulakan pilihanraya untuk cadangan saya itu. Sila mulakan pengundian bagi isu itu. Terima kasih. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:39, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Mr. Edmund, saya syorkan supaya anda cipta satu laman Wikipedia yang khusus sebagai laman pembentangan usul anda. Mungkin anda boleh terjemahkannya berpandukan polisi yang sedia ada pada en.wikipedia. Mengenai undian, seeloknya dijalankan selepas semua komuniti telah berbincang akan usul anda itu pada laman perbincangannya. Usul diterima jika ia memperoleh sokongan sebanyak 80% dan ke atas daripada pihak komuniti. Anda boleh mengusulkannya pada Wikipedia:Membenarkan pengguna yang disekat untuk menyunting laman perbincangan sendiri ketika log masuk. OK? — Didie (bincang) 10:33, 1 September 2008 (UTC)[balas]

Saya rasa tak sesuai buat satu laman yang khas untuk satu cadangan saja. Laman sepatutnya dicipta untuk apa-apa yang sudah ditentukan atau dicadangkan oleh banyak-banyak orang. Kalau saya lapang saya boleh terjemahkan polisi/panduan yang berkenaan daripada Bahasa Inggeris, kalau ada. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 06:06, 12 September 2008 (UTC)[balas]

Maklumat pilihan raya

Penatlah. Terlalu banyak yang anda delete . (... kerana delete memang mudah.) Saya nak update pun susah , nanti tidak memenuhi piawaian anda nih. Saya cadangkan anda sunting / beri jadual dsb mengikut citarasa anda, tapi tolong jangan delete. Pening kepala saya melayan karenah anda.Harap anda pulihkan dan imej baru. Baiki jika mampu tapi bukan delete. Malekhanif (bincang) 01:26, 1 September 2008 (UTC)[balas]

Kedai Kopi

Aduh Didie. Terangnya warna jingga ni. Bagi saya, reka bentuk asal sudah cantik.—Aviator, 04:21, 12 September 2008 (UTC)[balas]

Warna yang terang membangkitkan semangat untuk menyumbang di Wikipedia di samping mencipta kelainan untuk menarik perhatian pengguna baru Wikipedia. — Didie (bincang) 04:24, 12 September 2008 (UTC)[balas]

marilah berbincang... (sebut mengikut irama lagu anita sarawak - seksis)

tak reti nak bincang dulu sebelum main tuka-tuka design ke? izzudin 00:00, 14 September 2008 (MST)

Maaf jika terburu-buru. Apapun, bagus tak reka bentuk terbaru itu. — Didie (bincang) 00:57, 14 September 2008 (MST)

sbenawnye saye tak ske warna purple.. ~larikkk izzudin 14:23, 14 September 2008 (MST)

Warna kegemaran anda ape ye? — Didie (bincang) 14:40, 14 September 2008 (MST)

errr... tataw... izzudin 10:58, 14 September 2008 (UTC)[balas]