Pandan wangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok pandan)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pandan
YosriPokokPandan.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. amaryllifolius
Nama binomial
Pandanus amaryllifolius

Pandan wangi (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara; bahkan genus tersebut turut dinamakan sempena tumbuhan ini.[1] Ia boleh dikenalpasti dari pokok-pokok pandan lain melalui dedaun yang relatif kecil berbanding spesies-spesies serumpun tetapi berbau lebih wangi memberi nama kepada jenis pandan ini.

Pokok pandan wangi jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan.

Botani[sunting | sunting sumber]

Ia ialah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam makanan[sunting | sunting sumber]

Daunnya digunakan segar (terutamanya dalam bentuk diikat), beku atau dikeringkan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan Nusantara dan Filipina, terutama hidangan nasi dan kuih. Ayam pandan, atau gai ob bai toey, ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Nasi lemak juga menggunakan daun pandan untuk menaikkan rasa santan dimasak.

Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek, kuih seperti kuih ketayap dan onde-onde malahan juga air sirap.

Dalam tujuan lain[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.

Sifat kimia[sunting | sunting sumber]

Daun pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas.[2][3]


Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-asetil-1-pirolina yang turut memberi bau roti putih, beras jasmine dan beras basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra).[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Christenhusz, Maarten J. M.; Fay, Michael F.; Chase, Mark W. (2017). Plants of the World: An Illustrated Encyclopedia of Vascular Plants (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. m/s. 140. ISBN 978-0-226-52292-0.
  2. ^ Li J. dan Ho S.H. Pandan leaves (Pandanus amaryllifolius Roxb.) As A Natural Cockroach Repellent Diarkibkan 2017-01-10 di Wayback Machine. Proceedings of the 9th National Undergraduate Research Opportunites Programme (2003-09-13).
  3. ^ Ahmad, FBH; Mackeen, MM; Ali, AM; Mashirun, SR; Yaacob, MM (1995). "Repellency of essential oils against the domiciliary cockroach, Periplaneta americana L.". Insect Sci Appl. 16 (3–4): 391–393. doi:10.1017/s174275840001746x. S2CID 85986166.
  4. ^ S. Wongpornchai, T. Sriseadka, S. Choonvisase (2003). "Identification and quantitation of the rice aroma compound, 2-acetyl-1-pyrroline, in bread flowers (Vallaris glabra Ktze)". J. Agric. Food. Chem. 51 (2): 457–462. doi:10.1021/jf025856x. PMID 12517110. line feed character in |title= at position 60 (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Van Wyk, Ben-Erik (2005). Food Plants of the World. Portland, Oregon: Timber Press, Inc. ISBN 0-88192-743-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]