Politik Austria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Coat of arms of Austria.svg
Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Austria
Perlembagaan
Sistem kehakiman
Hubungan luar
Bangunan Parlimen Austria di Vienna. Dibina pada tahun 1883. Patung dewi kebebasan Pallas Athena diletakkan di hadapan laluan masuk. Athena ialah patung dewi kemerdekaan melambangkan undang-undang dan keadilan Austria.

Austria ialah republik demokratik berdasarkan Parlimen Persekutuan. Selepas kekalahan Austria dalam Perang Dunia Pertama, Austria mengalami kejatuhan ekonomi dengan teruk dan akhirnya bergabung dengan Jerman. Namun, semasa Perang Dunia Kedua, Jerman kalah dan Austria mengisytiharkan berkecualian. Austria keluar dari bayangan Soviet serta pasukan bersekutu dan dipanggil republik.

Pada tahun 1920, melalui Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab dan kuasa negara terbahagi kepada tiga badan iaiu kehakiman, perundangan dan pentadbiran. Presiden Persekutuan ialah ketua negara Austria yang dipilih secara demokrasi untuk enam tahun.

Parlimen terdiri daripada dwidewan iaitu Nationalrat (Majlis Negara) dan Bundesrat (Majlis Persekutuan). Majlis Negara mempunyai 183 ahli yang dipilih oleh rakyat. Peranan mereka mentadbir kerajaan yang lebih baik dan mencadangkan undang-undang baru. Cadangan undang-undang baru dibawa ke Majlis Persekutuan untuk penilaian. Majlis Persekutuan terdiri daripada 62 ahli yang dilantik perundangan negeri. Kerajaan Persekutuan Austria dan Majlis Persekutuan berperanan melindungi kerajaan tempatan serta Dewan Negeri dan mengesahkan atau meluluskan penglibatan negara dalam hubungan antarabangsa.

Republik demokratik Austria mempunyai Dewan Negeri dan pentadbiran negeri di setiap negeri tetapi keputusan penting diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Parlimen. Parti politik utama di Austria termasuklah Parti Sosial Demokratik, Parti Rakyat Austria, Parti Kemerdekaan, Parti Hijau dan lain-lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kembara Khazanah Austria m/s 132