Portal:Hal semasa di Amerika/2011
2011[sunting sumber]
- 18 Disember - FC Barcelona menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2011 selepas menewaskan Santos FC.
- 15 Disember - Amerika Syarikat secara rasminya mengumumkan tamatnya Perang Iraq.
- 26 November - NASA melancarkan Makmal Sains Marikh (gambar konsep) dalam misi menaksir sama ada Marikh boleh didiami.
- 8 November - Petinju A.S. Joe Frazier meninggal dunia pada usia 67 tahun.
- 25 Oktober - Boeing 787 Dreamliner (gambar) membuat penerbangan komersil sulungnya, dari Tokyo ke Hong Kong.
- 23 Oktober - Presiden Argentina Cristina Fernández de Kirchner dipilih semula buat penggal kedua.
- 5 Oktober - Pengasas bersama Apple Steve Jobs (gambar) meninggal dunia di usia 56 tahun.
- 2 Oktober - Lebih 700 peserta protes Wall Street ditahan kerana menghalang trafik di Bandar Raya New York.
- 21 September - Dua pengembara A.S. dibebaskan dengan ikat jamin oleh Iran sebagai tanda kemanusiaan selepas dua tahun dipenjarakan, atas kesalahan mengintip.
- 11 September - Ribut tropika Nate membadai selatan Teluk Mexico.
- 6 September - Kebakaran terburuk dalam sejarah Texas memusnahkan lebih 1,300 rumah di Kaunti Bastrop (gambar).
- 26 Ogos - Taufan Irene memaksa jutaan di Pantai Timur Amerika Syarikat berpindah selepas menyebabkan kemusnahan teruk di Caribbean.
- 25 Ogos - Lebih 50 orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki membakar sebuah kasino di Monterrey, Mexico.
- 25 Ogos - Steve Jobs meletak jawatan sebagai CEO Apple untuk menjadi pengerusinya, dan digantikan oleh Tim Cook.
- 23 Ogos - Gempa bumi intraplat bermagnitud 5.8, terkuat di timur Amerika Syarikat sejak 1944, terjadi di Virginia.
- 6 Ogos - Taliban menembak jatuh sebuah helikopter CH-47 Chinook tentera A.S. di Wilayah Wardak, Afghanistan, mengorbankan kesemua 38 orang di dalamnya.
- 5 Ogos - Juno, kapal angkasa lepas berkuasa suria pertama dengan misi ke Musytari, dilancarkan dari Cape Canaveral.
- 29 Julai - Ollanta Humala (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Peru.
- 21 Julai - Bolak-balik angkasa lepas Atlantis menamatkan misi terakhirnya (gambar), mengakhiri program Space Shuttle 30 tahun.
- 8 Julai - Bolak-balik angkasa lepas Atlantis dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy dalam penerbangan STS-135, misi terakhir program Space Shuttle.
- 20 Jun - ICANN mengundi mengembangkan domain peringkat tinggi umum sedia ada, membenarkan pemilik memilih akhiran alamat tapak web.
- 4 Jun - Gunung berapi Puyehue di Chile meletus (gambar), memaksa 3,500 penduduk dipindahkan.
- 25 Mei - Rancangan temu bual The Oprah Winfrey Show, yang diacarakan Oprah Winfrey, tamat setelah 25 tahun.
- 22 Mei - Lebih 110 orang terbunuh akibat puting beliung di Joplin, Missouri, yang terburuk di A.S. sejak 1947.
- 16 Mei - Space Shuttle Endeavour dilancarkan untuk misi terakhirnya, menghantar modul pemasangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 2 Mei - Parti Konservatif pimpinan Stephen Harper memenangi majoriti dalam pilihan raya persekutuan Kanada.
- 2 Mei - Pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh pasukan operasi khas A.S. di Abbottabad, Pakistan.
- 29 April - Sekurang-kurangnya 300 orang terkorban di selatan Amerika Syarikat dalam letusan puting beliung paling dahsyat sejak 1974.
- 19 April - Tiga tahun selepas turun sebagai Presiden, Fidel Castro meletak jawatan daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba.
- 6 April - Baruch Blumberg, yang menerima Hadiah Nobel Perubatan 1976 kerana menemui virus Hepatitis B virus, meninggal pada usia 85 tahun.
- 23 Mac - Pelakon Elizabeth Taylor meninggal dunia akibat kegagalan jantung di usia 79 tahun.
- 19 Mac - Angkatan A.S., British dan Perancis melancarkan serangan (gambar) terhadap askar pro-Gaddafi di Libya untuk menguatkuasakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1973.
- 18 Mac - Kuar angkasa lepas NASA MESSENGER menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit Utarid.
- 27 Februari - The King's Speech memenangi empat Oscar termasuk Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-83.
- 24 Februari - Misi STS-133, penerbangan terakhir Space Shuttle Discovery, dilancarkan daripada Kennedy Space Center.
- 9 Januari - Satu kejadian menembak di Arizona mengakibatkan tujuh maut dan ahli Dewan Perwakilan Gabrielle Giffords cedera parah.
- 5 Januari - Suruhanjaya tumpahan minyak kerajaan A.S. mengeluarkan laporan yang menuduh kegagalan pengurusan BP, Halliburton dan Transocean dalam tumpahan minyak Deepwater Horizon.
- 1 Januari - Colombia, Jerman, India, Portugal dan Afrika Selatan memulakan penggal dua tahun sebagai ahli sementara Majlis Keselamatan PBB.