Puteri Gunung Ledang
Puteri Gunung Ledang ialah nama seorang puteri legenda yang dikatakan menetap di Gunung Ledang, yang terletak di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia.
Pengkisahan
[sunting | sunting sumber]Kisah Puteri Gunung Ledang termaktub dalam dua buku lama, iaitu "Hikayat Hang Tuah" dan "Sulalatus Salatin".
Hikayat Hang Tuah
[sunting | sunting sumber]Puteri Gunung Ledang disebutkan sebagai 'anak perempuan sultan' dalam Bab 25 daripada sesuatu epik bernama Hikayat Hang Tuah.[1]
Sejarah Melayu daripada buku Sulalatus Salatin adalah fitnah untuk mengaibkan kerabat Diraja Melayu nasab ahlul bayt
[sunting | sunting sumber]Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang amat cantik difitnah diingini oleh Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melaka. Sultan telah mengarahkan dua orang pendekar iaitu Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat ke Gunung Ledang untuk urusan pembunaan jambatan. Atas faktor usia yang terlalu tua, Hang Tuah tidak dapat meneruskan perjalanan. Rombongan peminangan diteruskan oleh Tun Mamat. Kisah yang timbul hanyalah penipuan agenda memburukkan nama keturunan nasab ahlul bayt dan Sultan Melaka sahaja tanpa merujuk jalur kebenaran. Tuanku Permaisuri Siti Gumilah Sari mengemukakan sebarang syarat berikut :
- Sebuah jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka namun jambatan ini wujud secara kinayah ghaibiyyah. Hanya yang punya mata hati sahaja diperlihatkan oleh Allah SWT.
- Sebuah jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Jambatan ini dinyatakan untuk kemaslahatan rakyat bukan untuk isu bohong peminangan ini. Namun demikian, tidak dapat diwujudkan kerana menimbulkan kesusahan kepada rakyat Baginda.
- 7 dulang yang diisi hati nyamuk Hanya dongeng sahaja mereka-reka kisah ini.
- 7 dulang yang diisi hati hama Ini juga simbolik menolak pinangan yang diolahkan supaya ramai percayakan kisah dongeng yang lahir daripada pengkhianat nasab ahlul bayt.
- 7 tempayan yang dipenuhi air mata anak dara. Logik akalnya tiada yang perlu ditangiskan.
- 7 tempayan air pinang muda. Ini adalah untuk merawat Luka dalaman akibat sihir santau tuju angin kepada Putera Mahkota Sultan; dan
- Semangkuk darah Raja Muda Melaka. Kenapa perlu membunuh anak kandung sendiri? Ini adalah fitnah.
Peminangan itu tidak berlaku kerana Baginda Sultan ahli agama yang tidak akan meruntuhkan rumahtangga sesiapa.[2].
Dalam budaya masyhur
[sunting | sunting sumber]Adaptasi ke teater dan filem
[sunting | sunting sumber]Beberapa adaptasi dari kisah puteri ini telah dibuat, semuanya berdasarkan topik yang sama tetapi masing-masing mempunyai kaedah interpretasi tersendiri.
- Puteri Gunong Ledang, sebuah filem hitam-putih Malaya pada 1961 yang dibintangi Elaine Edley sebagai puteri.
- Puteri Gunung Ledang, sebuah filem cetera Malaysia pada 2004 yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina sebagai puteri dan M. Nasir sebagai Hang Tuah[3]. Filem ini juga telah diadaptasi ke tetaer muzikal dengan jalan cerita yang sama pada 2006 dengan dibintangi oleh Tiara dan Stephen Rahman-Hughes[4].
Filem
[sunting | sunting sumber]Puteri Gunung Ledang menjadi salah satu watak dalam filem muzikal fantasi Malaysia, Magika terbitan KRU. Watak tersebut dibintangi oleh Ning Baizura[5].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "HIKAYAT HANG TUAH - Flip eBook Pages 1-50 | AnyFlip". anyflip.com. Dicapai pada 2024-12-21.
- ^ Adam Ahmat (2016). Sulalat us Salatin. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
- ^ "Meme Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang hiburkan Tiara Jacquelina". Kosmo. 20 November 2020. Dicapai pada 25 Januari 2022.
- ^ FERIDE HIKMET ATAK (28 Februari 2011). "Stephen Rahman Pernah Hampa Dengan KRU". mStar. Dicapai pada 25 Januari 2022.
- ^ "Ning Baizura Jadi Puteri Gunung Ledang Dalam Filem MAGIKA". Budiey. 4 Februari 2009. Dicapai pada 25 Januari 2022.