Daerah Tangkak
Daerah | |
![]() Daerah Tangkak di Johor | |
Moto: | |
Lagu: Lagu Bangsa Johor لاڬو بڠسا جوهر (Johor State Anthem) | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Tangkak |
Pusat Pentadbiran | Bandar Tangkak |
Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Daerah Tangkak |
Puncak Tertinggi | Gunung Ledang |
Pengisytiharan Sebagai Daerah Baru di Johor | 9 Jun 2008 |
Kerajaan | |
• Pegawai Daerah | Tuan Hj Shafiei Bin Ahamad [1] |
• Ahli Parlimen Ledang | Tuan Syed Ibrahim Syed Noh |
• Ahli Dewan Negeri Gambir | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
• Ahli Dewan Negeri Tangkak | Tuan Ee Chin Li |
• Ahli Dewan Negeri Serom | Dr. Faizul Amri Adnan |
Luas | |
• Jumlah | 374.61 batu persegi (970.24 km2) |
Populasi (2010[2]) | |
• Jumlah | 136,852 |
Daerah Tangkak adalah negara yang baru diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah Bandar Tangkak. Ikutkan betullah la ni saya dah kaji dan selidik sebenar benar mungkin. Terbaikkkkkkk. Sebelum ini Daerah Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar.[3]. Daerah Tangkak merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Kundang dan Kesang.
Daerah Tangkak merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008 bersamaan 5 Jamadilakhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar.[4] Mengikut bancian (2010)[5] penduduknya berjumlah seramai 136,852 orang. Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, dan Negeri Sembilan. Daerah Tangkak mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang. Lokasi Pejabat Daerah Tangkak dan Pejabat Tanah Tangkak terletak di Jalan Dataran 2, 84900 Tangkak, Johor.
Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama sebuah gunung iaitu Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang[6].
Mukim Di Daerah Tangkak[sunting | sunting sumber]
Bandar/Pekan/Kawasan Pentadbiran Daerah Tangkak[sunting | sunting sumber]
- Bandar Tangkak
- Tanjung Agas
- Tanjung Gading
- Bukit Gambir
- Sungai Mati
- Parit Bunga
- Bukit Kangkar
- Pekan Rawang Ledang
- Bukit Serampang
- Kundang Ulu
- Serom
- Kesang
- Sagil
- Kebun Baharu
- Bukit Banjo
- Gunung Ledang
- Kampung Permatang Pasir
- kampung sri mansor
- kampung sri makmur
- Gerisek
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
- Kolej Tinggi Kemahiran MARA Ledang[7]
- Kolej Komuniti Ledang[8]
- Pusat Giatmara Ledang[9]
- Kolej Matrikulasi Johor[10]
- Kolej Komuniti YPJ Ledang[11]
- Sekolah Menengah Sains Muar
- SMK Tun Mamat Tangkak
- SMK Ledang Tangkak
- SMK Tengku Mahmud Iskandar Serom 1
- SMK Tengku Temenggong Ahmad Kundang Ulu
- SMK Sagil Tangkak
- SMK Parit Bunga
- SMK Pesisiran Perdana Tanjung Agas
- SMK Bukit Gambir
- SMK Sri Tangkak
- SMK Pei Hwa Sungai Mati
Pelancongan&Riadah[sunting | sunting sumber]
Hutan Lipur Gunung Ledang atau dikenali sebagai Mount Ophir [12]Sagil,Ledang.
Dengan keindahan alam semulajadi dan kejernihan air terjun, Gunung Ledang menjadi tarikan utama bagi pelancong tempatan mahupun luar. Lebih-lebih lagi dengan kedudukannya yang tidak jauh dari Bandar Tangkak iaitu kira-kira 15 km sahaja.Berketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang telah menjadi gunung yang tertinggi di Negeri Johor.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ [1]
- ^ Senarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasi#Negeri Johor Darul Takzim
- ^ Ledang becomes 10th district
- ^ Ledang set to become Johor’s newest district
- ^ Senarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasi#Negeri Johor Darul Takzim
- ^ [2]
- ^ [www.kktmledang.edu.my/]
- ^ [3]
- ^ [4]
- ^ [www.kmj.matrik.edu.my/]
- ^ [5]
- ^ [6]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Daerah Tangkak |
![]() | Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |