Rab Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rab Khalid
Kelahiran Khalid Shamsuri
1970
Parit Buntar Perak
Meninggal dunia 25 Januari 2018
Hospital Ampang
Sebab kematian serangan jantung
Dikebumikan Parit Buntar, Perak
Warganegara Malaysia
Nama lain Yeh Sekupang
Pekerjaan Pelawak

Rab Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Yeh Sekupang merupakan seorang pelakon komedi dari Malaysia. Nama sebenarnya adalah Khalid Shamsuri. Gelaran Yeh Sekupang pula merupakan watak dilakonkan dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan arahan Mamat Khalid.[1]

Rab Khalid berasal dari Parit Buntar Perak, anak kedua daripada enam beradik ini amat dikenali dengan lakonan komedi bersahaja menerusi beberapa karya Mamat seperti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hussin, Mon & Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.[2]

Rab Khalid, disahkan meninggal dunia di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang akibat serangan jantung pada 25 Januari 2018.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]