Rumah Pusaka Di Simpang Jalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rumah Pusaka Di Simpang Jalan
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layar olehMamat Khalid
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
1 Januari 2015
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Rumah Pusaka Di Simpang Jalan ialah sebuah filem seram komedi Malaysia 2015 arahan Mamat Khalid, yang mengangkat kisah keluarga Datuk Semerah Setongkol. Filem ini ditayangkan pada 1 Januari 2015.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Ahli keluarga Datuk Semerah Setongkol yang masih hidup dipanggil untuk menerima warisan nenek moyang mereka. Mereka semua dijemput ke rumah nenek moyang mereka dan disambut oleh Johar Zulkifli (Syuk SYJ), penjaga rumah tersebut.

Rashid (Pekin Ibrahim) mempunyai perasaan ganjil bahawa sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini semasa beliau menjejakkan kaki ke rumah. Mereka semua diminta untuk tinggal di rumah pada malam itu dan peristiwa yang pelik mula berlaku kepada semua ahli keluarga termasuk Rashid, Markona (Beli Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Susanti (Jihan Muse), Ali (Ahmad Maembong) dan Milie (Fatin Syahirah).

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Rumah Pusaka Di Simpang Jalan diarahkan oleh Mamat Khalid, pengarah filem pemenang anugerah yang telah mengarahkan beberapa filem terkenal termasuk Zombie Kampung Pisang (2007) dan Apokalips X (2014). Ia merupakan filem ke-13 arahannya.[1] Untuk filem ini, beliau menggunakan khidmat beberapa ustaz untuk memagar kawasan lokasi penggambaran daripada gangguan makhluk halus.[2]

Sebelum memulakan penggambaran, beliau membuat kajian dan banyak mendengar cerita saka daripada keluarganya.[2] Penggambaran filem ini dijalankan di Batu Gajah, Perak.[2]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada 1 Januari 2015 sempena sambutan Tahun Baru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Rumah Pusaka Di Simpang Jalan taruhan Mamat Khalid". Sinar Harian. 20 Disember 2014. Dicapai 1 Januari 2015. 
  2. ^ a b c "Jelmaan Mamat Khalid Di Lokasi Penggambaran". Malaysian Digest. 16 Disember 2014. Dicapai 1 Januari 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]