Festival Filem Malaysia ke-30

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Festival Filem Malaysia ke-30
Tarikh30 Mac 2019
TempatDewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
PengacaraNabil Ahmad
Adibah Noor
Penyampai pra-acara
  • Nadia Nash
  • Radin
  • Isha Norsham
  • Daniel O' Neil
PenerbitNelhanan Mansor
PengarahMuhd Dzakirin Rozyzan
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikOne, Two, Jaga
Pengarah TerbaikNamron
Pelakon Lelaki TerbaikRosdeen Suboh
Pelakon Wanita TerbaikUmie Aida
Penghargaan terbanyakOne, Two, Jaga (6)
Pencalonan terbanyakOne, Two, Jaga (9)
Dukun (9)
Liputan televisyen
RangkaianAstro Ria
Tempoh masa3 jam

Festival Filem Malaysia ke-30 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2017/2018. Ia berlangsung pada 30 Mac 2019 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor.[1] Sebanyak 42 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini[2] dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku.[3][4]

Filem Crossroads: One Two Jaga arahan Namron telah memenangi 6 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik,[5] manakala Dukun telah memenangi 4 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima, termasuk Pelakon Wanita Terbaik. PASKAL dan Munafik 2 masing-masing menerima tiga pencalonan. FFM30 diadakan seminggu sebelum Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 7 April 2019.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Pengumuman rasmi FFM30 diadakan pada Julai 2018, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bakal memberi kelainan kepada penganjuran FFM30 dengan membuka penyertaan daripada filem antarabangsa terutama negara Asia.[6]

Pada 7 September 2018, tarikh penganjuran yang ditetapkan untuk festival ini diadakan ialah pada 8 Disember 2018 selepas beberapa kali ditunda akibat masalah teknikal.[7] FFM30 pada asalnya dijadualkan untuk penganjurannya pada September, namun ditunda ke Disember akibat peralihan kerajaan sebelum memilih tarikh penganjuran 30 Mac 2019.[8]

Menurut Pengarah festival Abdul Khalid Moulod dalam satu sidang akhbar pada 12 Mac 2019, sebanyak 42 filem akan berentap bagi membolot anugerah dalam 24 kategori yang dipertandingkan dalam FFM-30 yang dijadual berlangsung pada 30 Mac. "Daripada 42 filem itu, 25 dalam bahasa Melayu, 10 bahasa Cina termasuk dua Kantonis dan tujuh bahasa Tamil,"[9] Tarikh tutup bagi penyertaan filem yang dipertandingkan ialah pada 31 Disember 2018, pengumuman Top 5 untuk semua 24 kategori termasuk kategori utama seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik diumumkan pada 7 Januari 2019.[10]

Pada malam anugerah, FFM 30 tidak lupa untuk mengenang jasa penggiat seni yang telah kembali ke Rahmatullah. Lagu "Pelangi Petang" nyanyian asal Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipersembahkan oleh Innuendo dan Flag Nation didedikasikan khas kepada pelakon dan penyanyi seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Zaibo, Pak Ngah, Norma Alang, Saleem, Mior Ahmat Zaudi dan ramai lagi.[11] Barisan penyampai anugerah terdiri daripada Pekin Ibrahim, Liyana Jasmay, Izzue Islam, Faizal Hussein, Fauziah Nawi, Zul Ariffin, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.

Pemenang dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu, diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda (double-dagger).[12]

Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pengarah Harapan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pelakon Wanita Harapan
Pelakon Lelaki Harapan
Lakon Layar Terbaik
Sinematografi Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Kostum & Busana Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Penataan Seni Terbaik
  • Chan Hsien Yu - Guang double-dagger
    • Tunku Tommy Mansur & David Manjit - Pulang
    • Wong Tay Sy - Mrs K
    • Nazrul Asraff Mazlan - Dukun
    • Chan Hsien Yu - Guang
Kesan Khas Terbaik
Penyunting Terbaik
Skor Muzik Terbaik
  • Nick Davis - Two Sisters double-dagger
Poster Terbaik
Lagu Tema Terbaik[a]

Anugerah khas[sunting | sunting sumber]

Anugerah Khas Juri 1
Anugerah Khas Juri 2
Anugerah Khas Juri 3
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Filem Box Office

Filem dengan pencalonan terbanyak[sunting | sunting sumber]

Filem yang menerima banyak pencalonan
Jumlah pencalonan Filem
9 Crossroads: One Two Jaga
Dukun
8 Pulang
6 Gol & Gincu Vol. 2
4 Lee Chong Wei: Rise of the Legend
3 PASKAL The Movie
Munafik 2
2 Polis EVO 2
Filem yang menerima banyak anugerah
Jumlah kemenangan Filem
6 Crossroads: One Two Jaga
4 Dukun
3 Guang

Penyampai dan penghibur[sunting | sunting sumber]

Individu yang berikut, yang disenaraikan dalam susunan rupa, menyampaikan anugerah atau membuat persembahan muzik.

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Nama Peranan
Nabil Ahmad
Adibah Noor
Penyampai untuk kategori Anugerah Filem Box Office
Pekin Ibrahim Penyampai untuk kategori Poster Terbaik
Liyana Jasmay Penyampai untuk kategori Kostum/Busana Terbaik
Izzue Islam Penyampai untuk kategori Kesan Khas Terbaik
Afdlin Shauki Penyampai untuk kategori Penataan Bunyi Terbaik
Faizal Hussein Penyampai untuk kategori Penyunting Terbaik
Fauziah Nawi Penyampai untuk kategori Penataan Seni Terbaik
Dr. Syed Muhammad Faizal Penyampai untuk kategori Skor Muzik Terbaik
Norman Abdul Halim Penyampai untuk kategori Lagu Tema Terbaik
Zul Ariffin Penyampai untuk kategori Pelakon Wanita Harapan
Sangeeta Krishnasamy Penyampai untuk kategori Pelakon Lelaki Harapan
Tunku Mona Riza Penyampai untuk kategori Sinematografi Terbaik
Jason Chong Penyampai untuk kategori Pengarah Harapan
Shafie Naswip Penyampai untuk kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Nasir Bilal Khan Penyampai untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Umie Aida Penyampai untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Fattah Amin
Fazura
Penyampai untuk kategori Anugerah Khas Juri I
Hans Isaac Penyampai untuk kategori Anugerah Khas Juri II
Maya Karin Penyampai untuk kategori Anugerah Khas Juri III
Othman Hafsham Penyampai untuk kategori Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Yusof Haslam Penyampai untuk kategori Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Diana Danielle Penyampai untuk kategori Cerita Asal Terbaik
Liew Seng Tat Penyampai untuk kategori Lakon Layar Terbaik
Namron Penyampai untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik
Ogy Ahmad Daud Penyampai untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik
U-Wei Haji Saari Penyampai untuk kategori Pengarah Terbaik

Penghibur[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Lagu yang dipersembahkan
Jaclyn Victor
Alyah
"Wajah Rahsia Hati"
"Sangkar Cinta"
"Teruja"
Zizi Kirana
Nicole Lai
Billy Zulkarnain
"Merana Jiwa"
"Pinjamkan Hatiku"
"Cahaya Juara"
"Atma Jiwa"
Siti Nurhaliza Medley "Joget Berhibur"
Medley "Joget Kasih Tak Sudah"
Innuendo
Flag Nation
"Belaian Jiwa"
"Pelangi Petang"
Tiara Jacquelina Tarian asli tradisional
Syamel
Ernie Zakri
"Bagaikan Sakti"
Hafiz Suip
Jamal Abdillah
"Azura"
"Kekasih Awal & Akhir"
"Ghazal Untuk Rabiah"

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Beberapa jam sebelum FFM30 berlangsung, pelakon Sharifah Amani, yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik FFM19 dikatakan enggan hadir ke FFM30. Dalam kenyataannya di laman Twitter, keputusan itu diambilnya kerana tidak sanggup berpura-pura sedangkan ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut mencari nafkah hidup: "Saya tidak dapat meyakinkan diri untuk berpura-pura untuk kelihatan cantik dan meraikan apabila kebanyakan penggiat seni dalam industri kita tidak dapat membayar bil, memberi makan kepada keluarga atau memenuhi keperluan mereka,".[13][14]

Pelakon Nur Fazura menafikan dakwaan penampilan beliau dan suami, Fattah Amin sebagai penyampai trofi di FFM30, ialah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur. Mereka berdua tampil sebagai trofi bagi kategori Anugerah Khas Juri dan masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.[15]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kelainan ditonjolkan ketika menyampaikan pencalonan untuk kategori Lagu Tema Terbaik. Calon-calon tidak ditunjukkan dalam VT atau dibacakan, sebaliknya dipersembahkan dalam nyanyian oleh Zizi Kirana, Billy Zulkarnain dan Nicole Lai.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nik Hazirah Nik Daud (12 Mac 2019). "Nabil Ahmad dan Adibah Noor, hos malam kemuncak FFM30". MHE TV. Dicapai pada 12 April 2019.
  2. ^ "42 filem berentap pada Festival Filem Malaysia". Bernama. 12 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  3. ^ Adam Salleh (12 Mac 2019). "FFM30 mengangkat tema Inspirasi Sinemaku". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Dicapai pada 12 April 2019.
  4. ^ Adam Salleh (30 Mac 2019). "Sinema Malaysia pastikan tidak 'Tamat'". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  5. ^ Nur Asyikin Mayudin (31 Mac 2019). "'One Two Jaga' bolot 6 anugerah termasuk Filem Terbaik FFM30". The Star Online. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (31 Julai 2018). "Filem Asia dijangka sertai FFM30?". Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2019.
  7. ^ "FFM30 ditunda ke Disember depan". Kosmo!. 7 September 2018. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  8. ^ Ifqdar Rahman (8 September 2018). "FFM30 bakal dimeriahkan dengan filem box-office". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  9. ^ "42 Filem Layak Ke Festival Filem Malaysia Ke 30". Xtra. 13 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  10. ^ Amirul Haswendy Ashari (12 Mac 2019). "FFM30 pertandingkan 42 filem [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2019.
  11. ^ a b "Corat-coret Festival Filem Malaysia Ke-30". Astro Awani. 31 Mac 2019. Dicapai pada 7 April 2019.
  12. ^ "Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30 FFM30". Sensasi Selebriti. 31 Mac 2019. Dicapai pada 3 April 2019.
  13. ^ "FFM30 gemilang, namun Sharifah Amani enggan hadir kerana..." Astro Awani. 30 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  14. ^ "Sharifah Amani enggan hadir FFM30, prihatin nasib anak seni". Malaysiakini. 30 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  15. ^ Farhana Ab Rahman (1 April 2019). "Fazura nafi letak syarat tampil dengan suami di pentas FFM30". Berita Harian. Dicapai pada 12 April 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]