Yasin Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Yasin Sulaiman
Nama lahirMohamad Yasin bin Sulaiman
Kelahiran (1975-10-30) 30 Oktober 1975 (umur 45)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi, penerbit, komposer, penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1995–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia (2000-2003)
Hush Entertainment (2002-sekarang)
Pengkarya berkait
Kumpulan Brothers
Vince Chong
Waheeda
Joe Flizzow

Yasin Sulaiman (lahir 30 Oktober 1975) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid Brothers sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul Mimpi Laila berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu 2001. Album solo keduanya yang berjudul Salsabila pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah "Wassini" (Waheeda), "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza), "Ku Temu Cahaya" (Dayang Nurfaizah) dan "Alhamdulillah" (Too Phat).[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Brothers (1995–kini)[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan salah seorang ahli terawal kumpulan Brothers sewaktu penubuhannya pada 1995 dan sempat menerbitkan dua album bersama kumpulan ini – We Are… (1997) dan Satu Perjuangan (1998). Yasin meninggalkan Brothers pada 2000 untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan tempatnya digantikan oleh Akbar Azmi. Yasin kembali ke pangkuan Brothers pada 2005 menerusi album Brothers Reunited. Pada 2015, kumpulan ini muncul dengan album terbaru, Sabar[2] yang merupakan album keempat Yasin bersama Brothers[3] dan yang terakhir bagi salah seorang ahli kumpulan ini, Salleh Deril sebelum kematiannya pada Oktober 2016 akibat serangan jantung, meninggalkan Yasin dan dua ahli Brothers yang lain.[4][5]

Kerjaya solo (2001–kini)[sunting | sunting sumber]

Yasin memulakan kerjaya muziknya secara solo pada 2001 dan seterusnya muncul dengan album Mimpi Laila[6] yang mempertaruhkan single pertamanya dengan judul sama. Kejayan ini diikuti oleh album solo keduanya, Salsabila (2004) dan Arus Qudus (2007) dan singlenya seperti "Aisyah" dan "Kerna Dia".

Pada Ogos 2016, beliau muncul dengan single terbarunya "Muzik" yang mendapat sentuhan gitar oleh sahabat rapat beliau iaitu penyanyi Faizal Tahir. Lagu ini boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Raku, Joox dan juga Apple Music bermula 5 Ogos 2016.[7][8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Yasin berdarah kacukan Melayu dan Australia dan fasih berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan pada tahun 2005 dan dikurniakan dua cahayamata.

Pada 2009, Yasin pernah mendedahkan bahawa beliau mengalami gangguan bipolar dan pernah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga pernah mengaku menghadapi krisis identiti ketika mula-mula bergerak secara solo dalam kerjaya nyanyian.[9][10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Maklumat album Pensijilan Jualan
Mimpi Laila
  • Dikeluarkan: 2001
  • Label: Warner Music Malaysia
  • Format: Cakera padat, kaset
Salsabila
  • Dikeluarkan: 2002
  • Label: Hush Entertainment
  • Format: Cakera padat, kaset
Arus Qudus
"—" menunjukkan tiada maklumat pensijilan dan jualan didapati.

Album bersama Brothers[sunting | sunting sumber]

Tajuk Maklumat album Pensijilan Jualan
We Are...
  • Dikeluarkan: 1997
  • Label: Warner Music Malaysia
  • Format: Cakera padat, kaset
Satu Perjuangan
  • Dikeluarkan: 1998
  • Label: Warner Music Malaysia
  • Format: Cakera padat, kaset
Brothers Reunited
  • Dikeluarkan: 2005
  • Label: Hush Entertainment
  • Format: Cakera padat, kaset
Sabar
"—" menunjukkan tiada maklumat pensijilan dan jualan didapati.

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album
2001 "Mimpi Laila" Mimpi Laila
"Rindu Padamu"
"Aisyah"
2002 "Salsabila" Salsabila
"Kerna Dia"
"Musytaqun"
(featuring Waheeda)
2003 "Alhamdullilah"
(featuring Too Phat & Dian Sastrowardoyo)
Single
2006 "Berkobar-Kobar"
(featuring Vince Chong)
2009 "Arus Qudus" Arus Qudus
"Kau Yang Mengetahui"
"Mimpi Kedamaian"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Syukur 21 Daniel Filem pertama
2001 No Problem Penyanyi
2002 Mendam Berahi Penampilan khas

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ardini Sophia Sina (14 Ogos 2016). "Semangat baru Yasin". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  2. ^ Mohd Azrul Radi (11 Jun 2015). "Brothers kembali". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  3. ^ Rozaimi Zubaidi (22 Mei 2015). "Yasin & Brothers Muncul Dengan 'Sabar' Selepas 10 Tahun". mSTAR Online. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  4. ^ "Anggota Brothrrs, Mohd Salleh meninggal dunia". Berita Harian. 6 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  5. ^ "Anggota Kumpulan Nasyid Brothers Meninggal Dunia". My News Hub. 6 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  6. ^ Shazryn Mohd Faizal (31 Julai 2012). "Zaman Mimpi Laila sudah berlalu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 17 Mei 2013.
  7. ^ Budiey (11 Ogos 2016). "Yasin Sulaiman Lancar Lagu MUZIK". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  8. ^ "Yasin kolaborasi bersama Faizal Tahir". Sinar Harian. 24 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  9. ^ Siti Azira Abdul Aziz (29 Jun 2009). ""Tekanan emosi Yassin...biarlah dia sendiri terangkan," kata isteri". mSTAR Online. Dicapai pada 17 Mei 2014.
  10. ^ "Yasin bebas krisis identiti". 12 Januari 2009. 29 Jun 2009. Dicapai pada 17 Mei 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]