Raja Muzwin Raja Ariff Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Raja Muzwin Raja Ariff Shah merupakan bekas Raja Perempuan Perak. Baginda diputerikan pada 1 Mac 1929 di Batu Gajah, Perak dan merupakan isteri kedua Almarhum Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.

Pada tahun 1936, Raja Perempuan Muzwin telah belajar di Sekolah Inggeris Methodist, Ipoh sehingga tamat pengajiannya pada 1941. Pada bulan November 1943 baginda telah dijodohkan dengan Almarhum Sultan Idris Shah. Perkahwinan tersebut telah diberkati dengan kehadiran 2 orang putera dan 3 orang puteri. Malangnya, salah seorang daripada puteri baginda mangkat sewaktu kecil. Anakanda baginda berdua ialah Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain, Raja Dato' Seri Nazhatul Shima, Raja Zarith Sofiah, Raja Dato' Seri Jamil Ariffin dan Raja Radziatul Zahar.

Pada 24 November 1957, baginda telah dimashyurkan sebagai Raja Puan Besar Perak apabila suami baginda dilantik sebagai Raja Muda Perak, manakala pada 26 Oktober 1963 bertempat di Istana Iskandariah, baginda secara rasminya ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak serentak dengan pertabalan Sultan Idris Shah II sebagai Sultan Perak yang baru menggantikan Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah.