Raja Nazhatul Shima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Raja Nazhatul Shima
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan dan Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Darul Ridzuan
KeputeraanRaja Nazhatul Shima binti Raja Muda Idris Shah
(1952-02-28)28 Februari 1952 (Umur 67 tahun, 7 bulan dan 21 hari)
Istana Firuz, Ipoh, Perak, Malaya
PasanganYM Syed Omar Alsagoff (k. 1972; m. 2017)
DYTM Raja Jaafar (k. 2019)
AnakandaYM Syed Saif Alsagoff
YM Syed Ibrahim Alsagoff
YM Syed Redzuan Alsagoff
YM Syed Shareef Alsagoff
YM Syed Idris Alsagoff
YM Syed Iskandar Alsagoff
Nama penuh
Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifurlah
KerabatIstana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
AyahandaSultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
BondaRaja Muzwin binti Raja Ariff Shah
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifurlah (dilahirkan pada (1952-02-28)28 Februari 1952 di Istana Firuz, Ipoh, Perak) merupakan anakanda pertama baginda berdua dan puteri sulung kapada Paduka Seri Sultan Idris Shah dan Raja Muzwin.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Raja Nazhatul Shima mendapat pendidikan awal di sekolah dari tahun 1958 hingga 1962 beliau telah bersekolah di Sekolah Perempuan Teluk Intan dan Sekolah Covent Teluk Intan.

Pada 22 Oktober 1963, Ayahanda Tengku Dottie telah dilantik sebagai Sultan Perak yang ke-33 dan beliau telah berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak dan mengambung Pelajaran di Goverment English School Kuala Kangsar. Sesungguhnya Puteri Mahkota ini amat cemerlang dalam pelajaran sehingga melayakkan beliau untuk meneruskan Pelajaran di Kolej Tunku Kursiah Seremban.

Pada tahun 1968, Yang Amat Mulia Tengku Dottie telah melanjutkan pelajaran di Upper Cbine Scholl, Sbanklin, Isle of Wigh hingga tingkatan enam. Seterusnya Tengku Dottie telah mengambil Kursus Asas dalam jurusan seni di Hornsey college of Art dan beliau terus menyambung pengajian dalam bidang Senibina dalaman di Chelse College of Art, Lomdon hingga berjaya mendapat Diploma L.C.A (London Certificate In Art And Design) dan menjadi Ahli bagi Society of Industry Artist and Desingner (S.I.A.D).

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia Tengku Dottie telah mendirikan rumah tangga di Istana Iskandariah pada 16 September 1972 dengan Putera hartawan yang terkenal dari Singapura iaitu Allahyarham Syed Omar Alsagoff (dilahirkan pada 18 Ogos 1937 di Singapura). Hasil Perkahwinan Yang Amat Mulia Tengku Dottie, telah dikurniakan 6 orang putera.

Pada 12 Januari 2019, Tengku Dottie berkahwin sekali lagi dengan DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar di Istana Riswin setelah kematian suami baginda Dato' Syed Omar Alsagoff pada 2017. Sebelum ini, baginda berdua telah kehilangan pasangan mereka pada tahun 2017.

Kerabat dan Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bersama Dato' Syed Omar Alsagoff (18 Ogos 1937 - 2 Febuari 2017), mereka telah dikurniakan enam orang cahaya mata.

Nama Tarikh Lahir Tempat Lahir Umur Tarikh berkahwin Pasang Bakal Isteri Cucuanda
Dato' Syed Omar Alsagoff (1937-08-18)18 Ogos 1937 Singapura Meninggal pada 2 Februari 2017(2017-02-02) (umur 79) 16 September 1972 Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak
Raja Dato' Seri Nazhatul Shima
Yang Mulia Syed Saif Alsagoff (1974-11-01)1 November 1974 Ipoh 43 tahun, 11 bulan dan 18 hari
Yang Mulia Syed Ibrahim Firuzaman Alsagoff (1976-11-23)23 November 1976 Ipoh 42 tahun, 11 bulan dan 18 hari Januari 2005
13 Januari 2018
Suzanna
Farah Binti Mohd Faizul
Yang Mulia Sharifah Nadyatul Iman Alsagoff
Yang Mulia Syed Ismail Iman Alsagoff
Yang Mulia Syed Redzuan Alsagoff (1980-10-05)5 Oktober 1980 Ipoh 39 tahun dan 14 hari 14 Julai 2018 Sharifah Nadiah Almahdaly binti Syed Ahmad
Yang Mulia Syed Shareef Alsagoff (1983-06-25)25 Jun 1983 Ipoh 36 tahun, 3 bulan dan 24 hari
Yang Mulia Syed Idris Alsagoff (1986-12-28)28 Disember 1986 Ipoh 32 tahun, 9 bulan dan 21 hari
Yang Mulia Syed Iskandar Alsagoff (1987-12-02)2 Disember 1987 Ipoh 31 tahun, 10 bulan dan 17 hari

Kurniaan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

  •  Pahang :
    • MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (S.S.A.P) membawa gelaran Dato' Sri

Nama Penuh Raja Nazhatul Shima berserta gelaran rasmi ialah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, SPCM, SSAP, JP

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]