Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Raja Muzwin
Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perak Darul Ridzuan
Raja Perempuan Perak ke-33
Pemerintahan 5 Januari 1963 - 31 Januari 1984
Pertabalan 26 Oktober 1963
Diikuti oleh Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
Keputeraan Raja Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah
(1929-03-01)1 Mac 1929
Batu Gajah, Perak
Kemangkatan 6 Oktober 2011(2011-10-06) (umur 82)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Pemakaman 7 Oktober 2011
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Pasangan Sultan Idris Shah II (k. 1943; m. 1984)
Anakanda Raja Nazhatul Shima (Raja Puan Mahkota Perak)
Raja Iskandar Zulkarnain (Raja Di-Hilir Perak)
Raja Zarith Sofiah (Permaisuri Johor)
Raja Jamil Ariffin
Raja Radziatul Zahar (Mangkat Ketika Bayi)
Nama penuh
Raja Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah
Kerabat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
Ayahanda Almarhum Raja Ariff Shah Ibni Almarhum Raja Harun Al-Rashid
Bonda Che Puan Azizah Binti Abdullah
Agama Islam

Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah (1 Mac 1929 - 6 Oktober 2011) adalah mantan Raja Perempuan Perak bermula pada 5 Januari 1963 hingga 31 Januari 1984. Hasil perkahwinan baginda dengan Sultan Idris Shah II, mereka dikurniakan dengan 2 orang putera dan 3 orang puteri. Akhirnya baginda mangkat pada 6 Oktober 2011 dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Chandan, pada 7 Oktober 2011.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Raja Muzwin mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Methodist, Ipoh, Perak bermula pada tahun 1936 hingga 1941. Baginda juga sangat fasih berbahasa kantonis.

Salasilah[sunting | sunting sumber]

Baginda merupakan kerabat diraja perak dari sebelah ayahandanya iaitu Almarhum Raja Haji Ariff Shah Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Sulung Haji Harun Al-Rashid, Almarhum Raja Ariff Shah Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Sulung Haji Harun Al-Rashid iaitu sepupu Sultan Idris II , Raja Kecil Tengah Sulung Haji Harun adik Sultan Iskandar II.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan baginda dengan Almarhum Sultan Idris Shah II dikurniakan 2 orang putera dan 3 orang puteri iaitu Yang Amat Mulia Raja Nazhatul Shima (Dulunya dikenali sebagai Raja Puan Mahkota Perak, Tengku Dottie), Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Zulkarnain, Raja Di-Hilir Perak, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia (Permaisuri Johor), YAM Raja Jamil Ariffin Shah dan YAM Raja Radziatul Zahar.

Sikap[sunting | sunting sumber]

Raja Perempuan Muzwin dikenal sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan sentiasa rendah diri di dalam kehidupan.baginda juga mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana pandai berbahasa Kantonis dan Hokkien.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Oktober 2011, baginda mangkat pada 4:20 petang semasa dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Jenazah baginda dibawa pulang ke Istana Rizwin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh pada sebelah malamnya sebelum disembahyangkan di Masjid Ubudiah dan disemadikan di sebelah makam Sultan Idris Shah II pada petang keesokan harinya.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1007&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive " Raja Perempuan Perak Raja Muzwin mangkat ". Utusan Malaysia Online, 8 Oktober 2011.]