Residen British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Residen merupakan jawatan perwakilan diplomatik, terutamanya untuk tanah jajahan dan negeri naungan. Selepas Perjanjian Pangkor 1875, British telah melantik beberapa Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebagai penasihat kepada Sultan negeri-negeri tersebut. Residen-residen telah dilantik di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Residen Jeneral[sunting | sunting sumber]

Pada 1896, pihak British telah menyatukan pentadbiran semua negeri itu menjadi gabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British Negeri-negeri Selat.

Senarai Residen Jeneral:

  • Sir Frank Athelstane Swettenham (1896-1901)
  • William Hood Treacher (1901-1904)
  • Sir William Thomas Taylor (1904-1910)
  • Arthur Henderson Young (1910-1911)

Selepas 1911, jawatan Residen Jeneral telah digantikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Pada 1936 jawatan ini pula digantikan dengan Setiausaha Persekutuan.