Jérôme Boateng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jérôme Boateng
Gdansk MOSiR GER trening 18.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJérôme Agyenim Boateng[1]
Tarikh lahir (1988-09-03) 3 September 1988 (umur 30)
Tempat lahirBerlin Barat, Jerman Barat
Ketinggian1.92 m (6 ka 4 in)[2]
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniBayern Munich
Nombor17
Kerjaya remaja
1994–2002Tennis Borussia Berlin
2002–2006Hertha BSC
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2007Hertha BSC II24(1)
2007Hertha BSC10(0)
2007–2010Hamburger SV75(0)
2010–2011Manchester City16(0)
2011–Bayern Munich131(3)
Pasukan kebangsaan
2004–2005Jerman B174(1)
2005–2007Jerman B1917(2)
2007–2009Jerman B2115(1)
2009–Jerman67(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 20 November 2016 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Oktober 2016 (UTC)

Jérôme Agyenim Boateng (lahir 3 September 1988) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain di posisi pertahanan untuk Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Boateng memulakan kerjayanya di kelab remaja Tennis Borussia Berlin sebelum menyertai Hertha BSC pada tahun 2002.

Hertha[sunting | sunting sumber]

Beliau dipanggil ke skuad pertama Hertha BSC Berlin pada 31 Januari 2007. Beliau membuat debut untuk Hertha ketika menentang Hannover 96.

Boateng telah dikaitkan perpindahan ke Hamburger SV pada musim panas 2007. Disebabkan itu, menurut media Jerman, Boateng menolak tawaran untuk menandatangani kontrak lima tahun bersama Hertha.

Hamburg[sunting | sunting sumber]

Beliau berpindah ke Hamburger SV pada 22 Ogos 2007 dengan bayaran sekitar 1.1 juta euro. Boateng menghabiskan dua tahun dengan gemilang di Hamburg apabila pasukannya bermain dengan baik dan melangkah ke separuh akhir Liga Europa UEFA. Pada musim 2009-10, beliau bermain untuk pasukan Jerman selepas beraksi dengan baik untuk Hamburg. Dengan itu, beliau mendapat tempat ke Piala Dunia FIFA 2010.

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Jun 2010, Manchester City mengesahkan bahawa mereka telah mengikat Boateng dengan bayaran sebanyak 10.4 juta euro dalam kontrak lima tahun dan Boateng menerima jersi nombor 17. Boateng membuat debut untuk City pada perlawanan pramusim menentang Valencia. Beliau memuat hantaran kepada Gareth Barry untuk menjaringkan gol.

Beliau tidak dapat beraksi pada minggu permulaan musim Liga Perdana selepas mengalami kecederaan ketika beraksi untuk Jerman pada perlawanan persahabatan menetang Denmark.

Beliau kembali ketika menjadi pemain gantian semasa melakar kemenangan 1-0 ke atas Chelsea onpada 25 September 2010. Boateng kemudian beraksi untuk City pada perlawanan Liga Europa menentang Juventus, seri 1-1.

Pada musim pertamanya bersama City, Boateng telah menjuarai Piala FA Inggeris 2010–11. Walau bagaimanapun, beliau tidak termasuk dalam skuad perlawanan akhir Piala FA.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2011, Boateng merasakan beliau akan meninggalkna Manchester City dan akan menyertai Bayern Munich kerana beliau mengatakan bermain untuk Bayern dapat membantunya beraksi untuk pasukan kebangsaan Jerman dan meningkatkan kefahaman di bek kanan.

Pada 14 Julai 2011, Bayern Munich mengesahkan perpindahan Boateng ke kelab Jerman dengan bayaran 13.5 juta euro dalam kontrak empat tahun. Beliau menerima jersi yang sama ketika berada di Manchester Cit. Pada 27 Julai 2011, beliau membuat debut untuk Bayern selepas menggantikan Rafinha pada perlawanan Piala Audi 2011 menentang A.C. Milan.

Boateng membuat debut liga untuk Bayern ketika menumpaskan Borussia Mönchengladbach, 1-0 pada 6 Ogos 2011. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga pada perlawanan menentang Fortuna Düsseldorf pada 9 Mac 2013, Bayern menang 3-2. Pada 5 Disember 2012, Boateng dilayangkan kad merah ketika menentang BATE Borisov yang menyebabkan beliau digantung dua perlawanan.

Pada 2 Oktober 2013, Boateng dilayangkan kad merah menentang Manchester City dan beliau digantung satu perlawanan Liga Juara-Juara. Pada 11 Disember 2013, Boateng melanjutkan kontraknya bersama Bayern sehingga 2018.

Pada 17 September 2014, Boateng menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara denga menjaringkan gol tunggal ke atas Manchester City, 1-0. Pada 3 Februari 2015, Boateng dilayangkan kad merah ketika menentang Schalke 04 dan beliau menerima akibat dengan digantung tiga perlawanan Bundesliga.

Boateng menjaringkan gol pada minit ke-34 pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk pada 11 Mac 2015, Bayern menang 7-0.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Boateng beraksi untuk Jerman ketika menentang Austria.

Boateng telah bermain untuk Jerman sejak menyertai pasukan bawah-17. Pada 5 Julai 2007, beliau telah dipanggil oleh jurulatih pasukan bawah-19 tahun, Frank Engel untuk Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-19 UEFA di Austria dari 16 Jula sehingga 27 Julai.

Boateng juga merupakan bekas pemain pasukan bawah-21 dan menjuarai Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-21 UEFA 2009. Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa pada 10 Oktober 2009 menentang Rusia dan beliau menjadi pemain pertama Jerman yang dibuang padang pada perlawanan debutnya.

Boateng termasuk dalam senarai akhir 23 pemain oleh Joachim Löw ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Pada 23 Jun 2010, Boateng beraksi menentang abangnya, Kevin-Prince yang mewakili Ghana. Kemenangan berpihak kepada Jerman, 1-0. Kemenangan ini telah menempatkan Jerman ke pusingan 16 bertemu England. Beliau kemudian bermain untuk Jerman sehingga melangkah ke separuh akhir apabila pasukannya bertemu Sepanyol. Jerman tewas di tangan Sepanyol apabila tandukan Carles Puyol telah menghantar pasukannya ke perlawanan akhir.

Pada aksi penentuan tempat ketiga menentang Uruguay, beliau membuat hantaran kepada Marcell Jansen untuk menjaringkan gol kedua buat Jerman dan Jerman menang 3-2 ke atas pasukan Amerika Selatan itu. Jerman menduduki tempat ketiga kejohanan.

Boateng termasuk dalam senarai akhir 23 pemain Jerman ke UEFA Euro 2012. Beliau bermain pada setiap perlawanan di posisi bek kanan sehingga Jerman melangkah ke separuh akhir apabila tewas 1-2 kepada Itali.

Boateng dan abangnya bertemu lagi pada edisi Piala Dunia seterusnya di Brazil. Pada kali ini, Jerman seri 2-2 bertemu Ghana pada perlawanan kumpulan. Pada 8 Julai 2014, Boateng bermain sehingga tamat perlawanan untuk Jerman ketika mencipta rekod terbesar apabila membelasah Brazil, 7-1 sebelum melangkah ke perlawanan akhir. Pada 13 Julai 2014, Boateng telah meraikan kemenangan Piala Dunia FIFA 2014 bersama Jerman selepas mereka mengalahkan Argentina, 1-0 di perlawanan akhir.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Manchester City
Bayern Munich

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman B-21
Jerman

Individu[sunting | sunting sumber]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Boateng merupakan keturuan Afrika dan ibu beliau merupakan orang Jerman yang bernama Martina Boateng manakala sebelah bapa ialah orang Ghana.

Boateng mempunyai kekasih yang telah sekian lama bercinta iaitu Sherin Senler. Boateng dan Senler telah mempunyai dua anak iaitu Soley dan Lamial kedua-dua bayi kembar itu telah dilahirkan pada 8 Mac 2011.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 16. Dicapai 11 June 2014. 
  2. ^ "Premier League Player Profile". Premier League. Dicapai 19 April 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]