Julian Draxler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Julian Draxler
Julian Draxler 2011-08-03.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJulian Draxler[1]
Tarikh lahir (1993-09-20) 20 September 1993 (umur 25)
Tempat lahirGladbeck, Jerman
Ketinggian1.87 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniParis Saint-Germain
Nombor23
Kerjaya remaja
1998–2000BV Rentfort
2000–2001SSV Buer 07/28
2001–2011Schalke 04
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2015Schalke 04118(18)
2015–2017VfL Wolfsburg34(5)
2017–Paris Saint-Germain17(4)
Pasukan kebangsaan
2010–2011Jerman B188(1)
2011Jerman B192(1)
2011Jerman B211(1)
2012–Jerman30(4)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 20 Mei 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 10 Jun 2017

Julian Draxler (lahir 20 September 1993) merupakan pemain bola sepak profesional Jerman yang kini bermain untuk kelab Paris Saint-Germain dan pasukan bola sepak kebangsaan Jerman di posisi sayap.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Schalke 04[sunting | sunting sumber]

Draxler membuat debut Bundesliga bersama Schalke 04 pada 15 Januari 2011 ketika tewas 0-1 kepada Hamburg. Pada masa itu, beliau menjadi pemain keempat muda di Bundesliga yang bermain. Seminggu kemudian, beliau menjadi pemain kedua termuda selepas Nuri Şahin yang memulakan setiap perlawanan Bundesliga pada perlawanan menentang Hannover 96, Schalke menang 1-0.

Pada 25 Januari 2011, Draxler menggantikan Peer Kluge pada perlawanan suku akhir DFB-Pokal menentang Nürnberg pada separuh masa kedua masa tambahan selepas terikat seri 2-2. Beliau kemudian menjaringkan gol pertamanya untuk Schalke pada masa itu unduk mendahulu pasukan lawan dengan jaringan 3-2. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga pada 1 April 2011 semasa menentang St. Pauli.

Draxler menjairngkan gol pembukaan buat Schalke pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2011 menentang MSV Duisburg dan beliau menjaringkan gol voli daripada luar kawasan penalti.

Pada musim 2011-12, beliau bermain 30 daripada 34 perlawanan liga Schalke.

Pada musim berikutnya, Draxler meneruskan sebagai pemain penting dan menjaringkan gol pada perlawanan menentang Greuther Fürth, Werder Bremen, Borussia Mönchengladbach dan juga Hannover 96. Semasa menjaringkan gol ketika menang 2-1 ke atas Borussia Dortmund, Draxler menjadi pemain termuda Schalke yang bermain 100 perlawanan. Pada 3 Mei, beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas menundukkan Borussia Mönchengladbach 1–0. Draxler menamatkna musim 2012-13 dengan penjaring terbanyak liga bersama Klaas-Jan Huntelaar selepas berjaya menjaringkan 10 gol dan 3 hantaran.

Pada Mei 2013, Draxler melanjutkan kontraknya bersama Schalke sehingga 30 Jun 2018. Pada 2 Oktober 2013, Draxler menjaringkan gol tunggal pada perlawanan lawan menentang FC Basel pada perlawanan Liga Juara-Juara. Kemeangna ini meletakkan Schalke di tangga teratas kumpulan. Pada perlawanan terakhir kumpulan, Draxler menjaringkan gol pembukaan perlawanan untuk meletakkan Schalke di depan sebelum menang 2-0 dan menempah tiket ke peringkat kalah mati.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Draxler bersama Jerman pada perlawanan menentang Austria pada tahun 2012.

Pada 9 Ogos 2011, Draxler menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan debutnya untuk pasukan bawah-21 Jerman ketika menang 4-1 ke atas Cyprus pada perlawanan kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-21 UEFA 2013.

Pada 7 Mei 2012, beliau salah satu daripada pemain yang membuat debut untuk pemilihan skuad ke UEFA Euro 2012 untuk mewakili pasukan senior. Pada 26 Mei 2012, Draxler membuat debut untuk Jerman ketika tewas 3-5 kepada Switzerland, beliau menggantikan Lukas Podolski pada minit ke-62. Draxler menjaringkan gol pertamanya pada 2 Jun 2013 pada perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-81 tetapi Jerman tunduk kepada skuad Amerika, 4-3.

Draxler menjadi kapten pasukan Jerman pada perlawanan persahabatan menentang Poland pada 13 Mei 2014 di Hamburg. Pada perlawanan itu, terdapat tujuh rakan sepasukan yang membuat debut dan keputusan seri terikat tanpa jaringan.

Pada Jun 2014, beliau termasuk dalam senari akhir 23 pemain ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Draxler membuat kemunculan pertama Piala Dunia pada minit ke-76 dengan menggantikan Sami Khedira pada perlawanan separuh akhir menentang Brazil, 7-1.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 14 Oktober 2014
Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
2012 3 0
2013 7 1
2014 5 0
Jumlah 15 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
2 Jun 2013 Washington, D.C., Amerika Syarikat  Amerika Syarikat
3–4
3–4
Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Schalke 04

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Individu[sunting | sunting sumber]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Draxler kini telah berdating dengan kekasihnya, Lena Terlau. Pada masa kanak-kanaknya, beliau selalu mengikuti bapanya untuk menonton perlawanan Schalke di halaman sendiri dan sejak itu, beliau menjaid peminat Schalke 04.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 16. Dicapai 11 June 2014. 
  2. ^ "Julian Draxler". sportsmole. Dicapai 6 June 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]