Mesut Özil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mesut Özil
Mesut ozil v drese realu madrid.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Mesut Özil
Tarikh lahir 15 Oktober 1988 (27 tahun)
Tempat lahir Gelsenkirchen, Jerman
Tinggi 1.80m
Posisi permainan Pemain tengah serangan
Maklumat kelab
Kelab terkini Arsenal FC
Nombor 11
Kerjaya remaja
1995–1998
1998–1999
1999–2000
2000–2005
DJK Westfalia 04 Gelsenkirchen
DJK Teutonia Schalke-Nord
DJK Falke Gelsenkirchen
Rot-Weiss Essen
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006-2007
2008-2010
2010-2013
2013-
Schalke 04
SV Werder Bremen
Real Madrid
Arsenal FC
30 (0)
71 (13)
104 (19)
Pasukan kebangsaan
2009–sekarang Jerman 47 (15)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 02 September, 2013.
† Kemunculan (Gol).

Mesut Özil (lahir Oktober 15, 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain untuk kelab Inggeris, Arsenal dan pasukan kebangsaan Jerman. Özil telah menjadi pemain remaja kebangsaan sejak 2006 dan beliau merupakan pemain kebangsaan untuk Jerman pada 2009. Beliau mendapat perhatian antarabangsa semasa Piala Dunia 2010 dan dicalonkan untuk Anugerah Bola Emas, dimana anugerah ini disampaikan untuk pemain terbaik pertandingan. Özil memulakan kareer senior di kelab asal beliau, Schalke dalam Bundesliga pada 2006, berpindah ke Werder Bremen pada 2008 dan menyertai Real Madrid pada 2010 berikutan prestasi yang membanggakan dalam Piala Dunia FIFA bersama Jerman. Pada musim panas 2013, beliau berpindah ke Arsenal untuk rekod kelab sebanyak £42.5 juta. Permindahan ini menjadikan beliau pemain Jerman paling mahal sepanjang zaman.

Özil diberi pujian atas ketangkasan dan bertambah baik sebagai pemain tengah. Gaya dan kemampuan beliau menghasilkan bantuan gol untuk rakan sepasukan menyebabkan beliau dibandingkan oleh Jose Mourinho (pengurus beliau ketika di Real Madrid) kepada lagenda Real Madrid, Zinedine Zidane. Pada 2010-11, Özil mendapat kedudukan pertama dalam bantuan gol untuk pertandingan domestik dan Eropah sebanyak 25. Pada 2011-12, beliau berada di tempat pertama untuk bantuan gol dalam La Liga bersama 17 bantuan gol. Özil merupakan pembantu gol usaha tertinggi dalam kedua-dua 2010 Piala Dunia FIFA dan UEFA Euro 2012.

Kareer kelab[sunting | sunting sumber]

Schalke 04[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, Özil berpindah ke pasukan remaja Schalke 04. Beliau dijadikan pemain tengah dan memakai jersi 17 untuk nombor skuad beliau, selepas bermain sebagai pemain gantian di posisi playmaker dan pemain tengah untuk menggantikan Lincoln dalam perlawanan Ligapokal menentang Bayer Leverkusen dan Bayern Munich. Dalam membuat kemunculan untuk Schalke, beliau digambarkan sebagai "perkara besar seterusnya", tetapi selepas menolak tawaran kontrak Schalke 04, menyatakan bahawa gaji tahunan €1.5 juta tidak cukup, beliau gagal mendapat persetujuan dengan pengurusan kelab dan berpindah ke Werder Bremen pada Januari 2008. Ini menyebabkan Mirko Slomka, pengurus Schalke ketika itu menyatakan bahawa Özil tidak akan bermain perlawanan lain untuk Schalke 04.

Mesut Özil bermain untuk Werder Bremen

Werder Bremen[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2008, Özil berpindah ke Weder Bremen untuk €5 juta, menandatangani kontrak dengan kelab Jerman itu sehingga 30 Jun 2011. Selain Werder Bremen, Hannover 96 dan VfB Stuttgart dilaporkan berminat untuk membida Ozil ke kelab masing-masing tetapi tidak mahu membayar harga yang terlalu tinggi. Selepas berpindah ke Werder Bremen, Ozil mendapat jersi nombor 11. Pada 26 April 2008 (perlawanan ke-30) Ozil menjaringkan 2 gol dalam keputusan 2-1 menentang Karlsrucher SC, merupakan gol Bundesliga beliau paling cepat. Beliau bermain 12 perlawanan separuh masa kedua dalam musim itu, enam kali bermain dalam perlawanan bermula.

Walaupun Bremen gagal dalam musim 2008-09 Bundesliga, dimana berada di kedudukan ke-10, Ozil berjaya membuat beberapa impak dalam kebanyakkan gol dan menghasilkan tiga gol bersama 15 gol bantuan. Beliau membantu kelab itu dalam DFB-Pokal 2009 dengan gol kemenangan 1-0 menentang Bayer Leverkusen di Berlin. Beliau juga berjaya dalam Eropah dengan membawa Werder Bremen ke perlawanan akhir Piala UEFA, tetapi tewas kepada Shakhtar Donestsk dari Ukraine

Pada musim 2009-10, Ozil menjadi pemain utama Werder Bremen dengan menggantikan Diego yang meninggalkan kelab itu untuk Juventus untuk €24.5 juta. Pada 1 Mei 2010 (perlawanan ke-33), Ozil bermain untuk perlawanan Bundesliga ke-100 beliau, menjaringkan 1 gol daripada 2-0 kemenangan terhadap kelab lama, Schalke 04. Ozil membantu Werder Bremen untuk kedudukan ketiga dalam liga dan sekali lagi ke DFB-Pokal, tetapi tewas menentang Bayern Munich dengan keputusan 0-4. Dalam musim kedua beliau, Bremen mendapat kedudukan ketiga, dimana Ozil menyumbang 9 gol dan 17 bantuan gol dalam 31 kemunculan liga. Semasa musim 2009-10, Ozil diumumkan sebagai "pemain terbaik separuh masa pertama musim itu".

Dalam keseluruhan jumlah, Ozil bermain 108 perlawanan untuk Werder Bremen dalam semua pertandingan, menjaringkan 16 gol dan memberi 55 gol bantuan.

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Berikutan prestasi membanggakan beliau dalam Piala Dunia FIFA 2010, Ozil mendapat tempat dalam pemain muda berbakat di Eropah. Beliau ditinjau oleh pasukan seperti Barcelona, Arsenal, Manchester United dan Real Madrid. Penyerang England, Wayne Rooney merupakan peminat Ozil dan pernah meminta bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson untuk menandatangani Ozil. Terdapat laporan menyatakan bahawa permindahan beliau ke Barca disekat. Bremen menafikan laporan tersebut dan pada 17 Ogos 2010, pasukan itu mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan bahawa permindahan Ozil ke Real Madrid; dilaporkan bernilai €15 juta. Semasa ditandatangani, Ozil menyatakan, "Apabila tawaran untuk memasuki Real Madrid, tiada keputusan untuk dilakukan. Jika berterus terang - kita tidak akan menolak kelab ini. Saya tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan Werder Bremen, tetapi tawaran ke kelab ini merupakan tidak boleh ditolak. Mereka mempunyai institusi, kelab yang mempunyai sejarah hebat, stadium, dan skuad yang mempunyai pemain bertaraf kelas dunia. Prospek untuk prestasi di Barnebeu adalah sangat hebat." Ozil membuat kemunculan pada 22 Ogos dalam perlawanan persahabatan menentang Hércules, dimana Real Madrid menang 3-1. Nombor jersi beliau sering kali diubah sebelum permulaan musim. Beliau diberi nombor 26 dalam perlawanan pra-musim dan 19 untuk kemunculan. Tetapi berikutan permindahan Rafael van der Vaart ke Tottenham Hotspur, beliau diberi kekosongan nombor 23.

Ozil dijadikan pemain gantian Kaka, tetapi kerana sering cedera, Ozil mendapat tempat pertama. Beliau kemudian membuat kemunculan La Liga untuk Real Madrid sebagai pemain gantian untuk Angel Di Maria pada minit ke-62 menentang Mallorca, dimana Madrid seri 0-0. Beliau membuat kemunculan Liga Juara-Juara pada 15 September, BELIAU dapat menghasilkan gol bantuan bersama Real Madrid pada minit ke-74 menentang Ajax selepas menghantar silang bola untuk gol Gonzalo Higuain. Gol pertama beliau terhasil dalam perlawanan liga menentang Deportivo La Coruna pada 3 Oktober 2010, dalam kemenangan 6-1. Gol pertama Liga Juara-Juara dimenangi dengan gol minit ke-14 menentang Mila pada 19 Oktober 2010. Pada 22 Disember, beliau membuat kemunculan untuk Copa del Rey, menjaringkan sebuah gol untuk kemenangan 8-0 menentang Levente.

Beliau menamatkan musim itu dengan 25 gol bantuan, tertinggi dalam pertandinagn Eropah pada musim itu. Prestasi Ozil untuk Real Madrid pada musim pertama beliau dipuji media, peminat dan pemain.

Özil mula memakai jersi nombor 10 untuk Real Madrid pada musim 2011-12, bermakna Jose Mourinho berminat untuk menjadikan beliau pemain utama. Beliau mempunyai rekod terhadap Barcelona seperti menjaringkan gol pertama dalam El Clásico Supercopa de Espana. Beliau juga turut terlibat dengan pergaduhan dengan penyerang Barca, David Villa menyebabkan Ozil dihantar keluar padang pada minit-minit akhir. Ozil juga turut disenaraikan untuk FIFA Ballon d'Or pada msim itu.

Pada musim 2012-13, Real Madrid menandatangani Luka Modric menyebabkan timbul dakwaan bahawa Ozil tidak bahagia di Real Madrid, dakwaan ini dinafikan beliau dan menyatakan bahawa beliau bahagia di kelab itu dan berbangga untuk berebut tempat. Beliau memenangi Supercopa de Espana bersama Real Madrid. Dalam perlawanan liga, beliau memberi gol bantuan untuk Cristiano Ronaldo demi seri 2-2 menentang Barcelona di Camp Nou. Pada 6 November, Ozil menjaringkan gol sepakan percuma untuk menyelamatkan Real Madrid menentang Borussia Dortmund untuk mendapat mata. Beliau menamatkan musim dengan 29 gol bantuan, walaupun Real Madrid tidak memenangi apa-apa kecuali Supercopa, persembahan Ozil dipuji. Pada hujung musim bersama 26 gol bantuan, beliau mempunyai gol bantuan paling banyak berbanding pemain-pemain lain dalam liga termasuk Xavi dan Lionel Messi dari Barcelona.

Özil bermain untuk Arsenal

Arsenal[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2013, Ozil bersetuju untuk menyertai pasukan Inggeris, Arsenal. Bayaran untuk pembelian Ozil tidak diumumkan tetapi dipercayai bernilai £42.4 juta untuk kontrak lima-taun. Jika benar, ini menjadikan beliau pemain Jerman paling mahal sepanjang zaman. Ozil diberi nombor 11 dalam pasukan dan dijadikan pemain tengah serangan oleh pasukan itu.

Ozil berkata mengenai permindahan itu, "Pada hujung minggu, saya yakin saya akan tetap di Real Madrid tetapi sedar saya tidak mempunyai kepercayaan daripada jurulatih dan ketua-ketua. Saya merupakan pemain yang memerlukan kepercayaan dan perkara itu dirasai dari Arsenal, yang menyebabkan saya menyertai pasukan ini". Dalam sidang akhbar pertama beliau, beliau menyatakan: "Saya sanggup datang ke sini dengan percuma, itu tidak menjadi masalah, apabila saya bercakap dengan Arsene Wenger di telefon, beliau merupakan seorang yang memberi penghormatan dan sebagai seorang pemain, saya memerlukannya". Beberapa pemain-pemain Real Madrid seperti Cristiano Ronaldo tidak berpuas hati dengan permindahan Ozil, beliau berkata "Beliau merupakan pemain yang tahu apa yang saya lakukan dihadapan gol... Saya sangat berang tentang pemergian Ozil."

Mesut pada musim 2014-15

Ozil membuat kemunculan liga untuk Arsenal menentang Sunderland pada 14 September 2013. Beliau memberi bantuan gol untuk Olivier Giroud pada minit ke-11 dimana mereka memenangi perlawanan 3-1 tersebut. Tiga hari selepas itu, beliau membuat kemunculan dalam Liga Juara-Juara Eropah menentang Marseille. Selepas tiga minggu kemunculan untuk Arsenal, beliau membuat kemunculan tuan rumah menentang Stoke City dalam kemenangan 3-1 dimana beliau terlibat dengan ketiga-tiga gol tersebut. Pada musim itu, Ozil cukup dikenali dengan pemantapan bersama Aaron Ramsey dan Jack Wilshere. Pada musim itu, beliau disenaraikan dalam FIFA Ballon d'Or, turut menampilkan diri dalam Pasukan Tahunan UEFA. Pada bulan Disember, Arsenal tewas 6-3 menentang Manchester City, Ozil terlibat dengan pergaduhan bersama rakan sepasukan Per Mertesecker, yang juga rakan sepasukan ketika di Werder Bremen, Mertesecker memarahi Ozil kerana tidak mahu berterima kasih untuk penyokong yang hadir dari jauh, berikutan kejadian itu, Ozil meminta maaf melalui Facebook.

Pada separuh musim kedua, Arsenal dan Ozil bergelut dalam kemenangan, mereka tewas dalam Liga Juara-Juara selepas ditewaskan Bayern di pusingan kalah mati. Arsenal yang berada di kedudukan atas awal musim bergelut pada bulan Januari menyaksikan pengurus Arsene Wenger juga diminta untuk berhenti. Walau bagaimanapun, Arsenal berjaya diselamatkan dengan kemenangan Piala FA 2014 sehingga pusingan perlawanan masa tambahan, Arsenal akhirnya memenangi trofi setelah hampir sedekad tidak memenangi apa-apa dibawah pengurusan Arsene Wenger.

Pada musim 2014-15, Ozil pulang ke Arsenal pada bulan Ogos selepas bermain untuk Jerman dan memenangi Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Musim ini disertai oleh Alexis Sanchez ditandatangani dari FC Barcelona untuk £32 juta menjadikan Arsenal pasukan yang bertambah baik. Ozil digandingkan dengan Santi Cazorla untuk posisi tengah dimana Sanchez bermain di posisi sayap. Wilshere, Ramsey dan Ozil tidak dapat digandingkan sekali berikutan masalah kecederaan yang dialami Ozil pada bulan Oktober menentang Chelsea.

Pada musim itu, Arsenal sekali lagi ke pusingan akhir Piala FA Inggeris 2015 dimana mereka tewaskan Aston Villa.