Rumput halia hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rumput halia hitam
Teki
Mota
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. rotundus
Nama binomial
Cyperus rotundus

Rumput halia hitam, teki,[1]:II mota,[2] atau nama saintifiknya Cyperus rotundus ialah sejenis rumput rusiga (Cyperaceae) yang berasal dari AfrikaEropah tengah dan selatan (utara dari Perancis dan Austria), dan Asia selatan.

Botani[sunting | sunting sumber]

Ia sejenis tumbuhan saka, yang dapat mencecah ketinggian 140 cm (55 in).Penamaan "halia" dalam namanya datang daripada tuber (umbinya), yang hampir menyerupai halia berwarna hitam.

Sama seperti rumput rusiga yang lain, daun-daun tunas dalam tiga tingkatan daripada pangkal tumbuhan, lebih kurang 5–20 cm (2–8 in) panjang. Keratan batang bunga menghasilkan bentuk segi tiga. Tumbuhan ini ialah hermfrodit dan mempunyai tiga stamen dan karpel tri-stigma, dengan kepala bunganya mempunyai tiga hingga lapan tunas. Buah ialah sebuah aken bersudut tiga.

Akar tumbuhan muda menghasilkan rizom yang berwarna putih, panjang 25 mm (1.0 in), dalam satu rantaian. Sesetengah rizom tumbuh ke atas tanah, kemudian membentuk seperti bebawang di mana pucuk dan akar baru tumbuh, dan dari akar baru tersebut, rizom baru pula tumbuh. Rizom lain pula tumbuh mendatar atau ke bawah, dan membentuk ubi merah berwarna perang kemerahan atau rantai ubi.

Tumbuhan ini lebih sesuai ditanam dalam tanah kering dengan sedikit air, tetapi akan hidup juga dalam tanah yang lembap, dan selalunya hidup di tanah tandus dan kawasan sawah dan pertanian.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cyperus rotundus L. subsp. rotundus, spesimen herbarium, 1839

Tumbuhan ini adalah sebahagian daripada rusiga berumbi berkanji yang mungkin telah dimakan oleh hominin Pliosen. Ia merupakan makanan ruji orang asli di Australia tengah.[3]

Tanda-tanda dan bukti mikroskopik halia hitam hadir dalam karang gigi yang ditemui di pusat arkeologi Al Khiday di Sudan tengah sejak dari sebelum 6700 SM ke Kerajaan Meruwah sebelum Islam pada 300–400 TM. Pemakanan halia hitam mungkin menyumbang kepada kadar kerosakan gigi yang rendah di kalangan penduduk Meruwah Al-Khiday kerana keupayaannya untuk membantutkan Streptococcus mutans.

Halia hitam digunakan di Mesir purba, tamadun Mycenea, dan tempat lain sebagai bahan aromatik dan digunakan untuk tujuan pembersihan air. Ia digunakan oleh ahli-ahli fizik Theophrastus, Plinius yang Tua, dan Dioscorides sebagai ubat dan pewangi.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Jambak bunga rumput halia hitam, Kerala
Batang bunga yang menunjukkan keratan rentas segi tiga

Ada banyak kegunaan untuk rumput halia hitam. Ia adalah sumber karbohidrat ruji di kawasan tropika untuk pemburu-pemungut baru-baru ini dan merupakan makanan kecemasan dalam beberapa budaya agragria.[4]

Perubatan tradisional[sunting | sunting sumber]

Dalam perubatan tradisional Cina, rumput halia hitam digunakan sebagai herba pengawal qi.

Tumbuhan ini juga disebut dalam perubatan ayurveda Charaka Samhita (kira-kira 100 TM). Perubatan ayurveda kini juga menggunakan tumbuhan ini, dalam musta atau musta moola curna,[5][6] untuk demam, masalah sistem penghadaman, senggugut, dan pelbagai penyakit lain.

Orang Arab Syam secara tradisional menggunakan umbinya yang dipanggang, semasa masih panas atau abu panas daripada umbi yang dibakar, untuk luka, lebam, dan pekung.[perlu rujukan] Pakar perubatan herba Barat dan Islam seperti Dioscorides, Galen, Serapion, Paulus Aegineta, Ibnu Sina, Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, dan Charles Alston pernah merumuskan penggunaannya sebagai stomakik untuk melegakan perut, emenagog untuk melancarkan haid, dan penyahobstruen, dan dalam plaster pelembap.[7][8]

Ciri-ciri antibakteria umbi mungkin telah membantu mencegah kerosakan gigi pada orang yang tinggal di Sudan 2000 tahun yang lalu. Kurang daripada 1% daripada gigi mayat tempatan mempunyai lubang, abses, atau tanda-tanda kerosakan gigi yang lain, tetapi orang-orang itu mungkin petani (gigi petani awal biasanya mempunyai kerosakan gigi yang lebih banyak daripada pemburu-pemungut disebabkan kandungan bijian tinggi dalam diet menghasilkan persekitaran yang baik untuk bakteria berkembang di dalam mulut manusia, dan mengeluarkan asid yang memakan gigi).[9][10]

Penggunaan dan kajian moden[sunting | sunting sumber]

Beberapa bahan kimia dapat dikenal pasti dalam C. rotundus: α-siperona, β-selinena siperena, patchoulenona, sugeonol, kobusona, dan isokobusona.[perlu rujukan] A seskuiterpena, rotundona, dinamai begitu kerana diekstrak daripada tuber tumbuhan ini, ialah punca aroma pedas lada hitam dan rasa pedas beberapa wain Australia Shiraz.[11]

Ekstrak daripada daun dan umbi halia hitam menggalakkan akar beberapa spesies berlainan. Ekstrak ini mengandungi jumlah auksin dan sebatian fenol yang menggalak tut dan kecambah.[12][13]

Sebagai makanan[sunting | sunting sumber]

Sebuah tuber Cyperus rotundus, lebih kurang 20 mm panjangnya

Walaupun umbi ini berasa pahit, ia masih boleh dimakan dan mempunyai kandungan zat yang baik. Beberapa bahagian tumbuhan dimakan oleh manusia pada suatu ketika dalam sejarah kuno.Templat:Vague[14][sumber tak boleh dipercayai?] Tumbuhan ini mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi.[15] Tumbuhan ini dimakan di kawasan dilanda kahat di Afrika.[perlu rujukan]

Tambahan pula, umbinya mengandungi zat penting dalam bentuk mineral dan unsur surih untuk burung-burung berhijrah seperti burung jenjang.[perlu rujukan]

Alas dan lapik[sunting | sunting sumber]

Batang halia hitam yang dikerat dan dikeringkan dapat dianyam untuk dijadikan alas tidur.

Masalah rumpai dan pembasmian[sunting | sunting sumber]

Keratan rentas pada batang bunga

Halia hitam adalah salah satu rumpai paling invasif yang diketahui, yang tersebar di seluruh dunia di kawasan tropika dan sederhana. Ia digelar "rumpai paling dahsyat"[16] kerana ia merupakan rumpai di 90 buah negara, dan mencerobohi 50 buah tanaman di serata dunia.[perlu rujukan] Di Amerika Syarikat ia merebak dari Florida, ke utara di New York dan Minnesota dan barat ke California dan berbagai-bagai negeri. Di kawasan tanah tinggi Kemboja, ia digelar sebagai rumpai pertanian yang penting.

Kehadiran rumpai ini memberi kesan yang dahsyat kepada hasil tanaman, kerana ia pesaing yang kuat dalam mencari ruang, dan kerana ia bersifat alelopatik, bermakna ia mengeluarkan bahan yang membantutkan atau merosakkan tanaman.[perlu rujukan] Malah, ia juga memberi kesan buruk untuk penanaman perhiasan. Masalah ini adalah disebabkan sistem umbinya yang bersifat ceroboh, dan amat tahan kepada pelbagai racun rumpai. Ia juga adalah antara beberapa rumpai yang tidak dapat dihalang oleh sungkup plastik.

Halia hitam yang menembusi sungkup plastik

Mencabut tumbuhan ini akan menyebabkan patah akar, meninggalkan umbi di dalam tanah yang akan tumbuh dengan lebih banyak. Membajak tanah pula akan menyebarkan umbi di seluruh kawasan, menerukkan keadaan dengan lebih dahsyat. Tambahan pula, umbi dapat bertahan dalam cuaca dan suasana yang teruk, menyumbang kepada kesukaran untuk membasmi tumbuhan ini. Mencangkul dalam pertanian tradisional di Asia Tenggara tidak menghilangkan tumbuhan tetapi menyebabkan pertumbuhan semula yang lebih pesat.

Kebanyakan racun rumpai dapat membunuh daun halia hitam, akan tetapi tidak akan memberi kesan terhadap sistem akar dan umbinya. Glyphosate dapat hapuskan umbinya (juga sekali dengan tumbuhan-tumbuhan lain) dan jika kerap diterapkan mungkin dapat membasminya. Halosulfuron-metil[17] dapat mengawal halia hitam tanpa merosakkan halaman.[18] Tumbuhan ini tidak dapat tahan suasana redup dan 2,4-acid diklorofenoksiasetik (2,4-D) memperlahankan penumbuhan dalam padang ragut dan pertanian bersungkup.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "teki". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  2. ^ "mota". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  3. ^ Buckley, Stephen; Usai, Donatella; Jakob, Tina; Radini, Anita; Hardy, Karen (2014). "Dental Calculus Reveals Unique Insights into Food Items, Cooking and Plant Processing in Prehistoric Central Sudan". PLoS ONE. 9 (7): e100808. doi:10.1371/journal.pone.0100808. PMC 4100759. PMID 25028938.
  4. ^ Bhandari, MM (1974). "Famine Foods in the Rajasthan Desert". Economic Botany. 28 (1): 78. doi:10.1080/09735070.2010.11886369.
  5. ^ Jagtap, A. G.; Shirke, S. S.; Phadke, A. S. (February 2004). "Effect of polyherbal formulation on experimental models of inflammatory bowel diseases". J Ethnopharmacol. 90 (2–3): 195–204. doi:10.1016/j.jep.2003.09.042. PMID 15013181.
  6. ^ Manish V. Patel; dll. (October 2010). "Effects of Ayurvedic treatment on forty-three patients of ulcerative colitis". Ayu. 31 (4): 478–481. doi:10.4103/0974-8520.82046. PMC 3202252. PMID 22048543.
  7. ^ Aegineta Paulus (translation and commentary by Francis Adams) (1847). The seven books of Paulus Aegineta: Translated from the Greek.
  8. ^ Charles Alston (1770). Lectures on the materia medica: containing the natural history of drugs.
  9. ^ Watson, Traci (July 16, 2014). "Ancient People Achieved Remarkably Clean Teeth With Noxious Weed". National Geographic. Dicapai pada 2014-07-19.
  10. ^ Feltman, Rachel (July 17, 2014). "Ancient humans may have eaten a pesky weed to fight off cavities". Washington Post. Dicapai pada July 4, 2018.
  11. ^ Siebert, Tracey E; Wood, Claudia; Elsey, Gordon M; Pollnitz, Alan P (2008). "Determination of Rotundone, the Pepper Aroma Impact Compound, in Grapes and Wine". Journal of Agricultural and Food Chemistry. 56 (10): 3745–8. doi:10.1021/jf800184t. PMID 18461962.
  12. ^ Rezende, F.P.F; Zuffellato-Ribas, K.C; Koehler, H.S (2013). "Aplicação de extratos de folhas e tubérbulos de Cyperus rotundus L. E de auxinas sintéticas na estaquia caulinar de Duranta repens L". Revista Brasileira de Plantas Medicinais. 15 (4 suppl 1): 639. doi:10.1590/S1516-05722013000500003.
  13. ^ Yamashita, Oscar Mitsuo; Azevedo, Gustavo Waddan Perez; Peres, Walmor Moya; David, Grace Queiroz; Carvalho, Marco Antonio Camillo de; Koga, Paulo Sergio (2017). "SEEDLING PRODUCTION OF FRUIT AND ORNAMENTAL SPECIES TO THE USE OF WEED HORMONE (Cyperus rotundus)". Nucleus. 14: 279–288. doi:10.3738/1982.2278.1988.
  14. ^ "The Archaeology News Network: Tooth plaque provides unique insights into our prehistoric ancestors' diet". archaeologynewsnetwork.blogspot.com.
  15. ^ "Tooth plaque provides unique insights into our prehistoric ancestors' diet". ScienceDaily.
  16. ^ Holm, LeRoy G.; Plucknett, Donald L..; dll. (1977). The World's worst weeds: Distribution and biology. Hawaii: University Press of Hawaii.
  17. ^ USDOE-Bonneville Power Administration, Halosulfron-methyl Herbicide Fact Sheet, March 2000
  18. ^ Nutgrass – a tough little nut to crack, January 2016[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]