Said Zahari
Said Zahari | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 12 April 2016 | (umur 87)
Nama lain | Pak Said |
Pekerjaan | bekas ketua editor akhbar berbahasa Melayu Utusan Melayu dan seorang pencinta kebebasan media massa |
Pasangan | Salamah Abdul Wahab (k. 1955; m. 2004) |
Anak-anak | 4 |
Said Zahari (18 Mei 1928 – 12 April 2016) merupakan bekas ketua editor akhbar berbahasa Melayu Utusan Melayu dan seorang pencinta kebebasan media massa. Walaupun menetap di Malaysia tetapi masih memegang kerakyatan Singapura. Beliau dilahirkan pada 18 Mei 1928 di Singapura dan lebih dikenali sebagai Pak Said. Beliau bekerja di Singapura dan kemudian di Kuala Lumpur.
Isterinya Salamah Abdul Wahab meninggal dunia pada 29 Disember 2004 di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana masalah jantung. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Puchong. Semasa Said dipenjara, Salmah menjual mihun , sirap oren dan lain-lain di sebuah gerai bagi menyara diri dan anak-anak. Rumah di Jalan Nyiur telah dijual dan pindah ke Kuala Lumpur. Anak mereka Roesman Said , Rismawati Said dan Noorlinda Said.
Said Zahari sangat anti penjajah terutama penjajah British. Beliau mengemukakan kemerdekaan tanah air melalui tulisan-tulisannya. Aliran pemikirannya cenderung kepada sosialisme dan simpati dengan perjuangan Workers' Party dan Parti Barisan Sosialis pimpinan Lim Chin Siong. Lantaran itu dia menerima perlantikan sebagai pengerusi Parti Rakyat Singapura, 8 hari sebelum pilih an raya.
Said Zahari pernah terfikir untuk menghantar anaknya melanjutkan pelajaran ke China yang dikuasai oleh Parti Komunis Chia ketika itu. Selama dipenjara, Said Zahari begitu tekun mempelajari bahasa Mandarin.
Beliau begitu dengan sejarah kerana sejarah kurang menekankan tentang peranan dan sumbangan Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Beliau cukup sangsi terhadap Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew yang memberi muka kepada penjajah British.
Said Zahari meninggal dunia pada 12 April 2016 diusia 87 tahun.
Mogok Utusan
[sunting | sunting sumber]Pada 1961, dia memimpin wartawan mogok kerana membantah tindakan UMNO menguasai Utusan Melayu. Baginya Utusan Melayu mestilah kritikal dan tidak bersimpati dengan perjuangan UMNO. Akibatnya beliau dilarang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu / Malaya oleh Tunku Abdul Rahman yang sudahpun menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri.
Sejak 1959, UMNO ingin menguasai Utusan Melayu. Dua orang wakil telah berjumpa dengan ketua editor Said Zahari. Apabila Said Zahari enggan bekerjasama, Said ditukarkan serta-merta ke Singapura. Bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi dan Said Zahari memulakan mogok seluruh pekerja Utusan.
Sebelum mogok itu, edaran Utusan jatuh merudum kepada 25,000 naskah sehari sahaja. Apabila Said Zahari berkunjung ke Singapura mencari sokongan , Tunku Abdul Rahman mengeluarkan surat perintah mengharamkan Said Zahari tidak dibenarkan menjejakkan kaki di bumi Malaya. Lantaran itu, semangat pemogok di hadapan pejabat Utusan hancur berkecai dan khemah diruntuhkan oleh FRU.
Tahanan ISA
[sunting | sunting sumber]Sebelum pilihan raya 1963, Said Zahari telah dilantik sebagai ketua Parti Rakyat Singapura - sebuah parti pembangkang di Singapura.Kerajaan Singapura telah menahan Zaid Zahari selama 17 tahun di bawah ISA di pusat tahanan Moon Crescent, Penjara Changi dan Pulau Ubin, Singapura. Beliau ditahan ketika berada di rumahnya di 676 Changi Road.
Kononnya dia menjadi anggota komunis. Beliau merupakan tahanan ISA kedua paling lama di Singapura selepas Chia Thye Poh. Pada 2 Februari 1963 ,dia ditangkap semasa Operasi Coldstore bersama 117 pemimpin pembangkang dan kesatuan sekerja dan pemimpin mahasiswa di bawah Internal Security Act (ISA).
Antara yang ditahan ialah Lee Eu Seng, pengurus besar Nanyang Siang Pau dan adiknya Lee Mau Seng. Turut ditahan ialah editor akhbar Ly Singko dan Shamsuddin Tung.
Pada 9 Ogos 1965 Singapura berpisah dari Malaysia dan Singapura mendapat kemerdekaan penuh dan menjadi sebuah negara republik. Malaysia juga bimbang dengan Said Zahari kerana faktor potensi 'Cuba' di hujung pintu Asia Tenggara.[1] Kerajaan British sendiri mahu Singapura dan Malaya lebih pro Barat, konservatif dan pemimpin tempatan mestilah anti komunis.
Pada 22 Ogos 1979 Said Zahari dibebaskan dari penjara selepas ditahan selama 17 tahun.
Pada Mei 1989 dia merayu masuk semula Malaysia dan menetap di Subang Jaya kerana anak dan cucunya tinggal di sana. Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad membenarkan permohonannya menetap di Malaysia, menulis kembali kisah-kisah lama dan menjadi Penulis Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia (1996-1999). Di UKM beliau berjaya menulis tiga volume memoir politik .
Dokumentari diharamkan
[sunting | sunting sumber]Dokumentari 45 minit bertajuk 'Singapura Rebel' oleh Martyn See tentang 17 tahun Said Zahari sebagai tahanan politik di Singapura dilarang edar oleh Lembaga Penapis Filem Singapura. Dalam dokumentari itu , Zahari menceritakan peristiwa semasa pilihan raya sebagai ketua Parti Rakyat Singapura pada malam sebelum Operasi Coldstore. Dia ditahan begitu lama dalam keadaan yang menyedihkan dan berhadapan dengan kematian. Dia dipaksa mengakui segala kejahatan yang tidak dilakukannya. Dokumentari itu dilihat sebagai filem politik.
Dokumentari ini dirakam di Malaysia dan tersiar dalam blog "The Singapore Rebel" dan www.singaporerebel.blogspot.com.
Lee Kuan Yew menggunakan sepenuhnya ISA terhadap pesaingnya. Pada 21 Mei 1987, seramai 22 aktivis politik dan ahli gereja ditahan dalam Operasi Spectrum dengan tuduhan konspirasi Marxist.[2]
Karya beliau
[sunting | sunting sumber]- Sajak dari Penjara - diterbitkan ketika beliau masih dipenjara, bagi membantu keluarganya di Singapura.
- Meniti Laut Gelora - merupakan memoir pertama Said Zahari.
- Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir Said Zahari ini memenangi HSPM 2006/2007 -merupakan memoir kedua Said Zahari.