Nanyang Siang Pau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nanyang Siang Pau
南洋商報
Logo Nanyang Siang Pau.jpg
Nanyang Siang Pau.jpg
Pejabat cawangan Nanyang Siang Pau di Johor Bahru, Johor
JenisAkhbar harian
FormatLebar
Diasaskan6 September 1923
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor
PemilikNanyang Press
Laman sesawanghttp://www.nanyang.com
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Nanyang Siang Pau (Bahasa Cina: 南洋商報; pinyin: Nányáng Shāngbào "Harian Niaga Nanyang") ialah sebuah surat khabar berbahasa Cina di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ia diasaskan oleh usahawan/dermawan Cina terkenal, Tan Kah Kee pada 6 September 1923 di Singapura, kini hanya diterbitkan di Malaysia. Edisi Singapura akhbar ini telah bergabung dengan Sin Chew Jit Poh (Singapura) pada 16 Mac 1983 untuk membentuk akhbar Lianhe Zaobao.

Pada Ogos 1932, akhbar Nanyang diasingkan dari syarikat Tan. Nama syarikat akhbarnya ditukar ke Nanyang Press pada tahun 1975.

Pada tahun 1993, Nanyang Press mengambil alih pengurusan sebuah lagi akhbar harian Cina, iaitu China Press.

Pada 28 Mei 2001, timbulknya kontroversi besar apabila Huaren Holdings, iaitu bahagian pelaburan parti politik MCA, membeli Nanyang Press, sehingga menyebabkan orang ramai memulaukan akhbar tersebut secara beramai-ramai.

Pengkatalogan[sunting | sunting sumber]

Akhbar Nanyang Siang Pau ini turut disenaraikan dalam Katalog Suratkhabar dan majalah bahasa Cina, Arkib Negara Malaysia 1991 dengan nombor ISBN 967-912-028-7.

Untuk tujuan rujukan dan penyelidikan, terdapat salinan akhbar tersebut di Arkib Negara Malaysia bertarikh berikut:

  • Jun-Disember 1948
  • Januari-Disember 1949-1960
  • Januari-Mac 1961
  • Januari-Disember 1962-1965
  • Januari-Mac 1984
  • Januari-Oktober 1985
  • Januari-Disember 1986
  • Januari-Disember 1987

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Siri Katalog, Katalog Suratkhabar dan majalah bahasa Cina, Arkib Negara Malaysia 1991. ISBN 967-912-028-7
  • The Early Chinese Newspaper of Singapore 1881 – 1912. By Chung Meng Hock, Universiti of Malaya Press, Singapore 1967.
  • Fail ANW. 30 Jilid 2 (58) Malaysia, Singapore and Brunei Newspapers.
  • Newspaper published in the Malaysian Area; with a Union List of Local Holdings by P. Lim Pui Huen.
  • Senarai Penerimaan 1957-1967, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1969.
  • Senarai Suratkhabar Malaysia Kini dan Mansuh. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1985.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]