Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah PRA4001
Lokasi  Malaysia Jalan Permatang Tok Mahat 14300, Nibong Tebal,, Mutiara Timur, Malaysia
Laman sesawang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal
Telefon 6057172403
Faks 6057175697


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal atau nama ringkasnya SMKA Nibong Tebal, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Permatang Tok Mahat.sekolah ini juga telah dianugerahkan sekolah kluster kecemerlangan pada tahun 2011

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal memiliki 350 pelajar lelaki dan 387 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 737 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009

Pada tahun 2016,sekolah ini telah memulakan program Tahfiz Model Ulul Al-Bab.Selain itu, ketika Majlis Makan Malam Sambutan 20 Tahun sekolah tersebut, 30 Januari 2016,bersamaan 20 Rabiulakhir,Sekolah Menengah Kebangsaan Nibong Tebal diberi nama baru oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima iatu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Nama yang diberikan tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim sempena nama datuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.Syeikh. Abdullah Fahim merupakan seorang cendekiawan Islam dan ahli astronomi(Falak) serta merupakan mufti pertama Pulau Pinang selepas kemerdekaan.

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terbaru didirikan di negeri Pulau Pinang. Sekolah terawal yang didirikan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor(Lelaki) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Perempuan) pada tahun 1916, diikuti dengan Sekolah Menengah kebangsaan Agama Al-Irshad (yang diambilalih pada tahun 1977). Dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al-Mashoor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Lelaki) Al-Mashoor didirikan di bahagian pulau manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad didirikan di daerah Seberang Perai Utara.

Memandangkan sambutan yang semakin menggalakkan di kalangan masyarakat terhadap pendidikan berbentuk agama, maka PIBG SMK Agama Al-Mashoor (Perempuan) telah mendesak kerajaan melalui Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membeli sebidang tanah bersebelahan bangunan sekolah tersebut untuk membina bangunan tambahan yang baru. Walaubagaimanapun, Datuk Seri Anwar mencadangkan agar sebuah bangunan baru dibina di daerah Seberang Perai Selatan memandangkan kos membeli tanah seperti yang dicadangkan oleh PIBG SMK Agama Al-Mashoor (Perempuan) terlalu tinggi. SMK Agama Al-Mashoor (Perempuan) akan dipindahkan ke sana apabila ia siap kelak.

Untuk merealisasikan hasrat ini, maka tanah seluas 34,815 ekar telah dibeli oleh Kementerian pendidikan Malaysia di atas tanah yang terletak di Jalan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal. Perisytiharan pembinaan sekolah tersebut di tapak yang ada sekarang telah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim , sewaktu beliau merasmikan tapak Perumahan Baru Seri Acheh, Nibong Tebal. Sejak itu perancangan yang teliti telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan jangkaan harga bangunan RM 20 juta. Kerja-kerja pembangunan telah dimulakan pada tahun 1994.

Selepas bangunan tersebut siap, pihak pengelola Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Perempuan) tidak mahu melakukan perpindahan. Mereka terus kekal di tapak mereka sekarang di samping akan terus berusaha menambah keluasan kawasan dan bangunan baru. Oleh yang demikian, sekolah yang baru ini telah diberikan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal atau ringkasnya SMKANT mula beroperasi pada 4 Disember 1995 dengan mengguna sama bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Jalan Victoria, Nibong Tebal.Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal menempatkan kesemua pelajarnya yang seramai 133 orang pelajar tingkatan satu di asrama. Kelas-kelas di tingkat atas telah diubahsuai menjadi dorm pelajar-pelajar putera dan puteri.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini ditadbir oleh seorang penyelaras iaitu Ustaz Mahamad Aziz bin Abdullah ( Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan unit Pembangunan Kemanusiaan) dan Puan Zawiyah bt. Yusoff selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Mereka dibantu oleh 7 orang tenaga pengajar dan 3 orang staf sokongan.

Apabila bangunan tetapnya yang berharga kira-kira RM 21 juta siap dibina di Jalan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal pada akhir tahun 1996, semua pengurusannya telah berpindah ke sana. Bangunan baru ini mula digunakan pada hari pertama persekolahan iaitu pada 6 Januari 1997. Pada 31 Januari seramai 268 orang pelajar dari tingkatan 1 dan 2 telah didaftarkan menuntut di sekolah ini. Pada awal Mac 1997, seramai 68 orang pelajar, yang kesemuanya perempuan telah ditawarkan tempat untuk belajar di sekolah ini dalam tingkatan 4.

Keterangan Misi[sunting | sunting sumber]

LATAR BELAKANG SEKOLAH


VISI Penjana Khaira Ummah

MISI

1. Mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum

2. Mencapai kegemilangan dalam bidang ko-kurikulum

3. Menjadikan budaya kerja cemerlang dan akhlak mulia sebagai amalan setiap warga sekolah

Kurikulum

Mencapai kecemerlangan dalam semua peperiksaan awam. Dari segi kuantiti, mencapai 100% lulus. Dari segi kualiti, peningkatan dalam bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Sahsiah

Menjadikan budaya ilmu, akhlak mulia, budaya kebersihan, keceriaan dan mengutamakan keselamatan sebagai amalan warga sekolah.

Kokurikulum

Penglibatan 100% pelajar-pelajar secara aktif dalam kegiatan kokurikulum. Dari segi kualiti, mencapai kecemerlangan dalam semua pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Pengurusan dan Kepimpinan

Mewujudkan pengurusan yang berkesan, kepemimpinan yang unggul serta semangat kekeluargaan dan perpaduan di kalangan warga sekolah.

MATLAMAT SEKOLAH

Kesejahteraan Insan Sejagat Adalah Berasaskan Ajaran Al-Quran Dan As-Sunnah Meliputi Semua Aspek Kehidupaan Insan.Pendidikan Bersepadu Dan Seimbang Dapat Melahirkan Insan Yang Berpotensi Sebagai Jurubicara Ummah Untuk Kebahagiaan Di Dunia Dan Akhirat.


OBJEKTIF SEKOLAH

  1. Mencapai Kecemerlangan Dalam Bidang Akademik, Rohani Dan Disiplin.
  2. Penglibatan Para Pelajar Secara Kolektif (Berjemaah) Dalam Aktiviti Kurikulum Dan Kokurikulum.
  3. Meningkatkan Kemampuan Dan Kemahiran Para Pelajar Secara Logik Dan Kreatif Berteraskan Al-Quran Dan As-Sunnah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal
Jalan Permatang Tok Mahat
14300, Nibong Tebal
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6057172403
Fax = 6057175697

Pautan luar[sunting | sunting sumber]