Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3.8215° N 103.2937° E

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
Lokasi
Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, Malaysia Malaysia
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
MotoBerilmu, Beriman dan Berbakti
PengetuaJuwita Binti Jamaludin [1]
GPK Pentadbiran dan AkademikMasayu binti Mokhtar[1]
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAhmad AlHassora bin Mat Diah[1]
Penolong Kanan KokurikulumMohd Nadzri bin Abdul Wahid[1]
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (SMKTPPTM) merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di pusat Bandar Indera Mahkota. Nama sekolah ini diambil sempena nama ayahanda mentua kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah iaitu Tengku Muhammad Panglima Perang. Sebelum ini, sekolah ini pernah dicadangkan untuk dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota.

Keluasan tapak sekolah tersebut ialah 1,600 m².[2] Ketika pembukaan, sekolah ini terdiri daripada 4 buah blok 3 tingkat (Blok A, B, C dan D) di mana mempunyai 34 bilik darjah. Bilangan tenaga pengajar ketika itu ialah seramai 20 orang termasuk pengetua serta kakitangan sokongan. Pendaftaran kemasukan sekolah ketika itu iaitu seramai 266 orang pelajar.

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Setiap warna dan simbol yang terdapat pada lencana sekolah ini mempunyai makna tersirat yang tersendiri. Warna biru melambangkan suasana harmoni yang terhasil melalui perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Warna ini juga melambangkan persekitaran yang bersih, indah, ceria dan selamat serta kondusif untuk pelbagai aktiviti pendidikan.

Warna kuning pula melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Warna merah bermakna semangat warga sekolah yang sentiasa kental dan cekal dalam menghadapi pelbagai dunia luar yang penuh cabaran. Warna putih melambangkan keunggulan peribadi warga sekolah yang berteraskan kepada nilai-nilai murni, ajaran agama serta nilai budaya warisan.

Bentuk sepasang tangan yang menadah ke langit melambangkan kesediaan setiap warga sekolah untuk mendokong sifat amanah, bekerjasama dan bertanggungjawab. Bentuk segi tiga pula melambangkan pendidikan sebagai teras menuju kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, buku melambangkan ilmu pengetahuan manakala jaluran berwarna kuning melambangkan visi dan misi.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Pengetua Tempoh perkhidmatan
Abdul Rashid bin Abdul Samad 1 Disember 1989 - 12 November 1995
Abdul Wahab bin Muhammad 18 November 1995 - 1 Februari 1996
Azizah binti Idris 1 April 1996 - 31 Disember 1997
Meriam binti Haji Samah 1 April 1998 - 15 Januari 2000
Chow Ah Soon 16 Januari 2000 - 15 Ogos 2001
Mokhtar bin Abdullah 15 Ogos 2001 - 15 Oktober 2005
Abdul Rahim bin Mansor 16 Oktober 2005 - 3 Februari 2007
Rosdi bin Ismail 3 Februari 2007 - 15 Jun 2007
Che Jamilal binti Che Abdullah 18 Julai 2007 - 4 September 2011
Junaini binti Kassim 16 Disember 2011 - 18 November 2014
Mohd Yunus bin Mahil

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami pelajar SMKTPPTM

Berikrar dan berjanji

Belajar berusaha bersama menuju

Cita-cita jaya

Di sini kami bersama berganding bahu

Menuju wawasan

Membina bangsa dan negara

Mengharum namamu setiap masa

Walau di mana kami berada

Namamu tetap dikenang

Bersama jasa bakti guru-guru

SMKTPPTM abadi

Kami pelajar SMKTPPTM

Berikrar dan berjanji

Belajar berusaha bersama menuju

Cita-cita suci

Cita-cita suci

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Barisan Kepimpinan". Dicapai pada 2016-12-24.
  2. ^ http://maxis.communities.com.my/sites/cypanglima2/?h=page&a=contact

Pautan luar[sunting | sunting sumber]