Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Tinggi Melaka)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka
Malacca High School
马六甲高等中学
Lokasi
Jalan Chan Koon Cheng, 75000[1], Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Harian Berasrama
MotoMeliora hic sequamur
Latin : Here let us strive for better things
Pengerusi PIBGEn.Firdausi Hazmi Bin Yaamah
PengetuaTn. Hj. Johan bin Othman
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Zawiyah Binti Mohd
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn. Hj. Razak bin Saari
Penolong Kanan KokurikulumPn. Ruslindah Binti Rasul
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka atau lebih dikenali sebagai Sekolah Tinggi Melaka (MHS) merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia setelah Penang Free School. Sekolah yang kini megah berdiri di Jalan Chan Koon Cheng, Melaka ini telah melahirkan ramai anak Malaysia yang kini namanya gah dalam mahupun luar negara menerusi bidang masing-masing. Malah beberapa kejayaan dalam mahupun luar negara telah beberapa kali dikecapi sehingga ke hari ini. Malah, pelbagai pengiktirafan telah diterima oleh SMK Tinggi Melaka antaranya sebagai salah satu sekolah premier di Malaysia, dan Anugerah Sekolah Cemerlang (Kategori Lonjakan Saujana SPM). Baru baru ini SMK Tinggi Melaka telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Malaysia.

Pada 1926, sambutan 100 tahun sekolah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula pada 7 Disember 1826, STM dengan rasminya ditubuhkan. Penubuhan ini adalah tidak lama setelah negeri Melaka menjadi wilayah jajahan Inggeris (17 Mac 1824). Penubuhannya adalah ilham Thomas H. Moore yang telah datang ke Melaka pada 1825 atas undangan Milne untuk menjadi tenaga pengajar di Anglo Chinese College. Dalam suratnya yang bertarikh 4 Januari 1825, beliau Thomas H. Moor telah menyatakan hasratnya kepada Arundel di Kota London untuk membuka sebuah sekolah aliran Inggeris di Melaka. Ilham beliau telah mendapat sokongan dan perhatian daripada beberapa orang yang berpengaruh, termasuklah James Humphrey iaitu seorang “Superintendent” dalam London Society’s Mission. Dengan bantuan mereka semua inilah secara rasmi “Malacca Free School” dibuka. Latar belakang kepada pengasasan sekolah ini berikutan penutupan sebuah sekolah Belanda-Melayu yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian pada 1819. Sekolah Belanda-Melayu itu terpaksa ditutup berikutan pertukaran pemerintahan Belanda kepada Inggeris. Bermula dengan nama “Malacca Free School”, sekolah yang sepatutnya dikemudi oleh mubaligh-mubaligh Kristian terpaksa diambilalih oleh kerajaan British berikutan masalah kewangan dan pentadbiran yang dihadapi oleh mubaligh-mubaligh Kristian ini.

STM bukan sahaja membuka pintunya kepada semua bangsa dan agama, namun ia juga memberikan pelajaran percuma kepada para pelajarnya. Justeru, ia dinamakan “free” (percuma atau bebas). Ini berbeza dengan Penang Free School (1816) dan Singapore Free School (1823) yang sezaman dengan STM, yang mana kedua-dua sekolah ini hanya “free” dari segi pengambilan pelajar sahaja, tetapi mengenakan bayaran (yuran) kepada pelajar-pelajarnya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J. W. Oversee dan A. W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T. H. Moore.

Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.

Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya, STM terletak di bangunan Personage House (sekarang Muzium Belia Melaka). STM dalam sejarahnya telah mengalami dua kali perpindahanm iaitu pada 1884 dan 1931. Perpindahan ini disebabkan oleh kemajuan yang dicapai STM dari segi bilangan penuntutnya yang semakin meningkat walaupun dalam kadar yang minimum.

Pada 1884, STM berpindah ke bangunan baru iaitu Mahkamah Tinggi Melaka yang dahulu. Perpindahan ke bangunan baru ini kerana bangunan lama sudah tidak sesuai lagi. Bangunan ini diilhamkan oleh F.C. Shepberd pada 1882. Bangunan baru ini boleh menampung seramai 200 orang pelajar.

Beberapa tahun selepas itu, cadangan dikeluarkan untuk membina STM di Padang Kubu. Namun hasrat ini terbatal apabila Tuan Haji Bachee bin Ahmad bermurah hati menjualkan tapak sekolah ini kepada kerajaan atas kesedaran betapa mustahaknya tujuan pembinaan sekolah ini demi anak bangsanya.

Pada tahun 1928, bangunan baru di Jalan Chan Koon Cheng mula dibina dengan perbelanjaan sebanyak $170,00 yang tidak termasuk harga pembelian tanah. Bangunan baru ini dilengkapi rumah guru, tandas serta sistem peparitan. Bangunan dua tingkat ini akan kelihatan seakan-akan huruf “E” yang mana pendapat mengatakan ia dicipta sebagai menggambarkan Inggeris (English). Bangunan ini masih boleh kelihatan di ruang udara sehingga kini dan masih utuh walaupun dimamah zaman.

Menjelang 1934, penambahan dilakukan. Perbelanjaan hampir $ 5,000 untuk membina “Quarters for Boarding Master”, tempat parkir dan armuri (tempat penyimpanan bahan api, stor, pancaragam dan bilik kadet).

STM juga pernah menggunakan Bandar Hilir English School (kini, Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir) apabila STM digunakan oleh tentera British.

Pelajar-pelajar[sunting | sunting sumber]

STM memulakan sejarahnya dengan bilangan pelajar seramai 18 orang murid lelaki. Pada tahun 1828, STM membuka pintunya kepada pelajar-pelajar perempuan dan seramai 65 pelajar perempuan mendaftar di STM. Pada tahun 1834, pelajar perempuan tidak lagi dibenarkan bersekolah di STM apabila Miss Wallace menggantikan Maria Neweel yang berpindah dan berkhidmat di Canton, China. Namun, beberapa tahun kemudian STM cuba membuka peluang kepada pelajar perempuan untuk bersama-sama membangunkan pendidikan di STM tetapi disebabkan kekurangan alat-alat pengajaran dan sikap dingin pelajar perempuan, sistem keterbukaan kepada pelajar perempuan dihentikan serta-merta. Para pelajar STM kebanyakannya berasal dari kawasan-kawasan sekitar Melaka seperti Klebang, Limbungan, Bukit Rambai, Ujong Pasir, Masjid Tanah, Alor Gajah dan kawasan-kawasan lain. Bermula dari tahun 1826 sehinggalah perang dunia kedua, bilangan pelajarnya tidak pernah mencapai angka 500 orang melainkan pada tahun 1907 di mana pelajarnya seramai 505 orang. Selepas perang, sekolah ini telah berkembang pesat. Kini, STM berbangga memiliki seramai 2000 orang pelajar untuk setiap tahun.

Asrama Putera[sunting | sunting sumber]

Asrama STM dibina pada 1942 yang mana pengetuanya adalah Mr. C.G. Coleman. Asrama ini boleh menampung seramai 60 orang pelajar sahaja. Pada tahun 1972, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan dasar pemilihan pelajar rancangan khas. Pelajar-pelajar di Melaka yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima akan ditempatkan di STM. Bilangan yang dipilih adalah seramai 80 orang.

1975, bangunan asrama lama telah diruntuhkan untuk pembinaan dewan sekolah (masih berfungsi sebagai dewan shingga kini). Bangunan asrama pula dibina di belakang kawasan sekolah dan dinamakan Asrama Rancangan Khas. Bangunan itu menampung 118 orang ketika itu. Namun, sebuah lagi bangunan asrama dibina pada 1983 untuk menampung seramai 300 orang pelajar. Kemudahan yang disediakan termasuklah dewan makan, surau, bilik rehat, bilik rawatan, perpustakaan yang berhawa dingin, bilik komputer, bilik televisyen serta sebuah kolam ikan serta sebuah air terjun untuk memperindahkan lagi kawasan asrama.

Kini, asrama ini dikenali sebagai Asrama Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman semperna memperingati Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman yang pernah menjadi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan beliau juga antara putera sulung STM yang menghuni asrama terbabit (1948-1965).

Dewan sekolah[sunting | sunting sumber]

Dewan digunakan untuk mendidik, mengekalkan perpaduan, perkembangan rohani dan fizikal, serta menjadi institusi masyarakat setempat. Projek pembinaan atau Rancangan Pembinaan Dewan Sekolah telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1974 dengan peruntukan sebanyak RM150,000 sahaja. Namun, projek ini dibatalkan apabila pihak pentadbir memohon penambahan peruntukan memandangkan STM memerlukan dewan yang besar untuk menampung pelajar yang ramai. Dengan usaha pihak Lembaga Pengelola Sekolah, guru-guru, Persatuan Bekas Murid Sekolah Tinggi, Melaka ( MAHSOPA ) dan Persatuan Ibu, Bapa & Guru (PIBG), mereka telah menganjurkan “Walkaton” yang diadakan pada 25 September 1977. MAHSOPA telah mengutipkan sebanyak RM 180,000.00 kepada Tabung Dewan. Dengan hasil pungutan ini, STM melancarkan Tabung Pembinaan Dewan Sekolah Tinggi Melaka. Pada 7 Mac 1981, Tun Syed Zahiruddin bin Hassan Al-Haj telah merasmikan STM untuk kegunaan pelajar dan masih digunakan sekarang.

Dalam tahun 2017, Dewan ini dibaiki semula dengan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 500,000.00.

MAHSOPA sekali lagi menyumbangkan RM 15,900.00 kepada sekolah untuk membeli PA system baru untuk Dewan ini.

Surau[sunting | sunting sumber]

Menyedari bilangan para pelajar beragama Islam yang semakin meningkat serta peranan sekolah ini yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat seluruh Malaysia untuk menadakan kegiatan sukan, lawatan, persinggahan dan sebagainya, pada 1982, pengerusi PIBG STM (Datuk Idris Abd Ghani) serta ahli jawatankuasa yang lain, berjaya memungut RM74,000 (serta penambahan RM10,000 dari Tabung Pembangunan Sekolah), pembinaan surau sekolah akhirnya terlaksana. Pada Oktober1984, ia mula digunakan oleh pelajar dan masyarakat beragama Islam.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Lambang kini diperkenalkan pada 1931 yang terhasil dari bentuk kota A’Famosa. Pada masa itu juga cogan kata sekolah, Meliora Hic Sequamur diperkenalkan. Lambang ini bermakna sejarah, kekuatan & keteguhan. Warna ungu & hijau menghidupkan lagi lambang sekolah ini. Ungu melambangkan keselesaan & keinginan, manakala hijau melambangkan kebebasan & keamanan. Lambang sekolah pada mulanya hanya disematkan di dada para pengawas sekolah tetapi mulai 1970, semua pelajar STM diwajibkan memakainya.

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

Meliora Hic Sequamur[sunting | sunting sumber]

Cogan kata sekolah ini bermaksud “Di Sini Kita Mempelajari Semua Yang Baik” diperkenalkan oleh pengetua Mr. L.W. Arnold pada tahun 1931 apabila STM berpindah ke bangunan baru yang kekal hingga kini. Cogan kata ini bersesuaian dengan nama sekolah kerana bermula dengan abjad yang sama dengan nama sekolah ( Malacca High School ) pada setiap perkataan. Ia merupakan bahasa Portugis dan masih boleh kelihatan pada lambang sekolah.

Sini Terdidik Manusia[sunting | sunting sumber]

Sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin mengangkat bahasa Melayu dalam semua urusan kerajaan, cogan kata ini diperkenalkan oleh Tuan Haji Abd Rafie bin Mahat. Ia selaras dengan nama Sekolah Tinggi Melaka (lihat abjad pertama setiap perkataan)

We Are The Best[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang uang bertanggungjawab dalam membangunkan mutu pendidikan sekolah, Tuan Haji Mohamad bin Ismail memperkenalkan semangat ingin maju dengan cogan kata ini. Ia dicipta pada 1991.

Mesra, Hormat, Sayang[sunting | sunting sumber]

Moto ini diperkenalkan oleh bekas pengetua, Tuan Haji Noh bin Haji Ahmad pada tahun 2001.

High school cemerlang, pelajar terbilang[sunting | sunting sumber]

Moto ini diperkenalkan oleh pengetua, Tuan Haji Abd Razak bin Che Ngah pada tahun 2008.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

  • 1826 - Mr. T.H. Moore
  • 1843 - Mr. John Overee
  • 1862 - Mr. T. Smith
  • 1878 - Mr. A. Armstrong
  • 1893 - Mr. J. Howell
  • 1916 - Mr. C.F.C. Ayre
  • 1921 - Mr. C. Beamish
  • 1924 - Mr. C.G. Coleman
  • 1930 - Mr. T.A.O. Sullivan
  • 1931 - Mr. L.W. Arnold
  • 1934 - Mr. L.A.S. Jermyn
  • 1941 - Mr. C.A. Scott, Mr. Lee Chin Lin
  • 1945 - Mr. Goh Tiow Chong
  • 1946 - Mr. C. Foster, Mr. C.J. Gurney
  • 1950 - Mr. G.P. Dartford
  • 1952 - Mr. F.T. Laidlaw, Mr. E.H. Bromley
  • 1956 - Mr. A. Atkinson
  • 1957 - Mr. W. Gibson
  • 1958 - Mr. K. Kandiah, Mr. Ee Tiang Hong
  • 1960 - Mr. C.T. Wade, Mr. Goh Keat Seng
  • 1965 - Mr. Tan Teik Hock
  • 1969 - Mr. Lim Leng Lee
  • 1970 - Mr. K. Anandarajan
  • 1972 - Mr. Chan Ying Tat
  • 1985 - Tn. Haji Abdul Rafie bin Haji Mahat
  • 1991 - Tn. Haji Mohammad bin Ismail
  • 1994 - Tn. Haji Hussin bin Abu Bakar
  • 1996 - En. Mohd Zin bin Abdul Hamid
  • 1998 - Tn. Haji Othman bin Ibrahim
  • 2000 - Tn. Haji Noh bin Haji Ahmad
  • 2001 - Tn. Haji Ya'amah bin Mohd Dris
  • 2003 - En. Mohd Ali bin Saed
  • 2006 - En. Yusof bin Haji Ahmad
  • 2006- Tn. Haji Abd. Razak bin Che Ngah
  • 2014 - Dr. Ramnan bin Saidun

Bekas pelajar[sunting | sunting sumber]


  • Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad
    • Bekas Ketua Pengarah Pendidikan


  • Mendiang Tun Tan Cheng Lock
    • Pengasas dan Presiden MCA
    • Rakyat Malaysia pertama yang mandapat gelaran 'Tun' daripada Yang Dipertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman.
    • Mendapat gelaran 'Sir' daripada Ratu England.


  • Mendiang Tun Tan Siew Sin
    • Bekas Presiden MCA
    • Bekas Menteri Kewangan Malaysia
    • Bekas Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia
    • Anak kepada Tun Tan Cheng Lock


  • Datuk Dr Ibrahim Yahaya
    • Bekas Ketua Pengarah Penyiaran
    • Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV
    • Bekas Setiausaha Akbar Timbalan Perdana Menteri


  • Datuk Hj. Zainal Abidin bin Hj. Ahmad, AMN
    • Bekas Pengarah Pendidikan Melaka


  • Encil Mohd Ali bin Mohd, AMN
    • Bekas Pengarah Pendidikan Melaka


  • Datuk Hj. Tambi Chik bin Hj. Hassan, DKSJ, JMN, JP
    • Bekas ahli politik dan perniagaan
    • Pengerusi Lembaga Pengelola SMK Tinggi Melaka






  • Datuk Hj. Ibak bin Abu Husin
    • Bekas Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara


  • Dr. MC Umapathy
    • Bekas Pakar Bedah Negeri Melaka


  • Mejar Jeneral Dato’ Shahrudin bin Mohd Ali




  • Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Mat
    • Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia


  • Tan Sri Hasmy Agam
    • Duta Besar Malaysia


  • Dato’ Md Said Mohd Ali


  • Allahyarham Tan Sri Hj. Abdul Rafiee Hj. Mahat
    • Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
    • Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Melaka
    • Bekas Pengetua Sekolah Tinggi Melaka


  • Datuk Wira Mohd Ali bin Mohd Rustam
    • Bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
    • Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia
    • Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
    • Ketua Menteri Melaka
    • Naib Presiden UMNO








Galeri warisan[sunting | sunting sumber]

gambar galeri warisan
galeri warisan sejarah dirasmikan pada 1 ogos 2002
koleksi baju sukan dan baju rumah sukan
|
koleksi piala yang terdapat di galeri warisan
|
koleksi barangan yang pernah digunakan oleh pasukan pancaragam
|


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Mentor[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]