Selcat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor atau singkatannya Selcat, ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat. Tujuannya antara lain untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa lalu dan masa kini. Sehingga kini Selcat telah menjalankan dua tugasan:[1]

  1. berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis)
  2. berhubung perbelanjaan wang peruntukan ADUN bagi tempoh Januari hingga Mac untuk tahun 2008 dan 2009.

Sistem Selcat diamalkan di Negara-Negara Komanwel, meliputi pengurusan kewangan, rang undang-undang dan pentadbiran seperti di England, Kanada, New Zealand dan lain-lain.[2]

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Ahli Selcat terdiri daripada Adun Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Teng Chang Kim,Timbalan Speaker Haniza Mohamed Talha, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Saman[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 2009, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir memfailkan sama terhadap pengerusi Selcat, Teng Chang Kim. Pada 15 Julai 2009, Dr Khir digantung selama setahun dan semua dikeistimewaan sebagai wakil rakyat ditarik. Puncanya beliau gagal hadir dalam siasatan awam Selcat pada Mac 2009 berhubung Balkis.

Turut digantung ialah Datuk Warno Dogol (Tandahimba), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil).[3] Ini kerana mereka menghina Selcat dalam media.[4]

Pada 9 November 2009, saman pemula dikemukaan oleh Adun Sungai Air Tawar Raja Datuk Ideris Raja Ahmad, Adun Morib Hasiman Sidom dan Adun Kuala Kubu Baharu Wong Koon Mun terhadap Teng Chang Kim dan enam JK Selcat. Saman dikemukakan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam. Peguam mereka ialah Datuk V. Sithambaram , Kamarul Hisham Kamaruddin and Balvinder Singh Kenth. Turut disaman ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Setiausaha DUN Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.

Artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang prosiding dewan undangan tidak boleh ditimbulkan di mahkamah.Jadi saman ini tidak menepati locus standi.[5]

Contohi PAC[sunting | sunting sumber]

Selcat perlu mencontohi prosiding oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor. Pada 26 September 2009 , Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma’amor Osman mahu prosiding Selcat diubahsuai agar tidak wujud penganiayaan mental dan fizikal, dibuli, diperbodohkan dan diaibkan.

Pegawai Daerah Klang Bakhtiar Hussin menuduh Selcat menimbulkan drama politik dan memalukan dalam siasatan.Siasatan itu bagaikan beliau melakukan jenayah.[6] Semua 9 pegawai daerah dipanggil ke Bangunan Annex untuk menjawab soalan-soalan daripada Selcat. Mereka dipanggil pada 8 hingga 14 September 2009. Pegawai daerah adalah pengawal kewangan peringkat daerah yang meluluskan sebarang peruntukan untuk Adun.

Tuduhan berat sebelah[sunting | sunting sumber]

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat- Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali turut mengkritik Selcat secara terbuka. Pegawai kerajaan tidak patut dimalukan. Hassan mahu tata cara dan jawatankuasa Selcat dirombak dan ahli panel terdiri daripada golongan profesional dan bukannya ahli politik. Kritikan Hassan Ali dilihat mencabar integriti Selcat dan DUN Selangor. Teng Chang Kim tidak boleh memejamkan mata terhadap kritikan Hassan Ali. Hassan Ali pun patut digantung sebagaimana ADUN BN.[7]

Akibatnya Hassan Ali dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat dan partinya sendiri PAS. Charles Santiago mendakwa sepatutnya sebagai seorang Exco Selangor, kritikan tidak boleh secara terbuka. Sebenarnya prosiding Selcat secara terbuka itu menepati standard antarabangsa. [8] Beberapa pihak mencadangkan PAS berundur dari Pakatan Rakyat Selangor.[9]

Khir Toyo turut mencabar agar Hassan Ali dan Iskandar Abdul Samad turut digantung kerana mengkritik Selcat. Jika tidak bubarkan sahaja Selcat kerana berat sebelah dan mengamalkan hukuman berpilih. [10]Moral penjawat awam khususnya orang Melayu akan terjejas [11]. Mereka tidak berani membuat keputusan kerana bimbang dipersalahkan. Sepatutnya Selcat lapor terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hina Selcat juga patut dihukum Utusan Online
  2. ^ Selcat Tonjol Selangor Sebagai Negeri Pertama Peneraju Sistem Negara Komanwel SelangorKini
  3. ^ Three Adun BN Selangor Files Summons Pertikai validity Selcat
  4. ^ Tiga ADUN BN Selangor saman Selcat
  5. ^ Tiga Adun BN S'ngor Tiada Locus Standi Untuk Saman Selcat - Pengerusi
  6. ^ Selcat perlu contohi prosiding siasatan PAC - PPIM
  7. ^ Hina Selcat juga patut dihukum
  8. ^ Hassan Jangan Campur Urusan Selcat
  9. ^ Kerajaan negeri bincang kritikan Hassan Ali Isnin ini
  10. ^ Khir cabar Selcat bertindak terhadap Hassan, Iskandar
  11. ^ Gabungan Kontraktor Bumiputera Wibawa sokong Hassan