Haniza Mohamed Talha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Haniza binti Mohamed Talha

SMS (Selangor)
Pengerusi
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Memegang jawatan
2 April 2021
Didahului olehHasbullah Osman
Setiausaha
Wanita Perikatan Nasional
Memegang jawatan
2020
Ahli Dewan Negeri Selangor
N20 Lembah Jaya
Memegang jawatan
09 Mei 2018
Didahului olehKhasim Abdul Aziz
Majoriti14,790 (PRU-14)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan dan Kehidupan Bandar
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
09 Mei 2018 – 11 Julai 2020
Didahului olehIskandar Abdul Samad
Digantikan olehRodziah Ismail
Timbalan Speaker
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
20 April 2008 – 20 Jun 2013
SpeakerTeng Chang Kim
Didahului olehMohamed Satim Diman
Digantikan olehNik Nazmi Nik Ahmad
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N33 Taman Medan
Dalam jawatan
08 Mac 2008 – 05 Mei 2013
Didahului olehAB Wahab Ibrahim
Digantikan olehSyamsul Firdaus Mohamed Supri
Majoriti4,433 (PRU-13)
3,731 (PRU-12)
Ketua Angkatan Wanita
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
18 November 2018 – 14 April 2020
(digantung kemudian keluar parti)
Didahului olehZuraida Kamaruddin
Digantikan olehFuziah Salleh
Timbalan Ketua Angkatan Wanita
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
21 Ogos 2014 – 18 November 2018
Digantikan olehDr. Daroyah Alwi
Butiran peribadi
LahirHaniza binti Mohamed Talha
(1962-11-12) 12 November 1962 (umur 59)
Batu Gajah, Perak
Parti politikLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg BERSATU (2020-)
Pakatan-harapan-logo.jpg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg PKR (-2020)
PasanganShahrudin Omar
BapaMohamed Talha
PendidikanJurusan seni bina
Alma materUniversity of Sheffield, United Kingdom
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAhli seni bina
Penterjemah

Haniza Mohamed Talha adalah seorang ahli politik di Selangor, Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor[1] bagi kawasan Taman Medan, Petaling Jaya bermula dari tahun 2008 setelah memenangi DUN Taman Medan dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau sekali lagi memenangi DUN Taman Medan sekaligus menjadi wakil rakyat kawasan itu bagi penggal kedua berturut-turut. Pada PRU ke-14, beliau memenangi kerusi N20 Dun Lembah Jaya (kawasan negeri). Pada 29 Jun 2020, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim telah mengumumkan bahawa beliau dilucutkan keanggotaan PKR.

Pada tahun 2020, beliau telah dilantik secara rasmi sebagai Penasihat kepada Perbadanan PR1MA Malaysia. Tahun berikutnya, pada April 2, 2021, beliau dilantik sebagai Pengerusi bagi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menggantikan Datuk Hasbullah Osman yang merupakan ahli Parlimen Gerik.[2]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Haniza dilahirkan di Batu Gajah, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Perak dan Pulau Pinang, seterusnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan senibina di University of Sheffield, United Kingdom.

Beliau pernah bertugas sebagai penterjemah dan penulis di laman web Malaysia Today.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008 beliau telah dipilih untuk menjadi Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi kawasan Taman Medan, Selangor, sehingga tahun 2013. Beliau juga dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2008, lalu menjadi wanita pertama memegang jawatan itu.

Haniza juga pernah menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat). Di dalam Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Haniza merupakan Ketua Wanita Keadilan Negeri Selangor.[3]

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Shahrudin Omar dan dikurniakan tujuh orang anak.

Lembah Jaya Green Agenda[sunting | sunting sumber]

  1. Pembinaan Koridor Hijau Lembah Jaya.
    • Inisiatif bagi mewujudkan gaya hidup biofilik dikalangan masyarakat Lembah Jaya.
    • Meningkatkan persekitaran hidup berkualiti dan kondusif bagi masyarakat setempat.
    • Ke arah mencapai Bandar Rendah Karbon (Low Carbon City) di dalam kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
  2. Meningkatkan kempen mewujudkan Kebun Bandar (urban farming) dikalangan komuniti setempat.
    • Hasil lebihan akan dijual di Pasar Tani Lembah Jaya setiap bulan bagi menjamin pendapatan yang lebih.
    • Penternakan Ikan Keli adalah aktiviti terbaru yang dijalankan oleh komuniti di Kebun Bandar.
  3. Meningkatkan kempen kitar semula (recycling) dikalangan komuniti di Lembah Jaya.

Polisi & Tindakan[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor selama 26 bulan, isu-isu utama seperti Isu kemiskinan, terutamanya kemiskinan bandar serta green initiatives diberi penekanan.

  1. Memfokuskan penyediaan rumah mampu milik (Rumah Selangorku) di Negeri Selangor.
    • Mensasarkan 30,000 unit Rumah Selangorku siap dibina menejelang tahun 2023.
    • 10,615 unit Rumah Selangorku siap dibina bagi tempoh 2018-2020.
  2. Menubuhkan Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Terbengkalai di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor pada tahun 2019.
    • 37 projek fokus (daripada 114 projek terbengkalai) untuk dipulikhan di seluruh Negeri Selangor.
    • 3 projek telah berjaya dipulihkan (2019-2020).
  3. Merangka dan meluluskan Garis Panduan Pembaharuan Semula Penempatan Bandar di Negeri Selangor.
    • Tujuannya adalah untuk menggalakkan pembangunan semula kawasan perumahan lama, bagi menambah baik sosioekonomi kawasan tersebut.
  4. Menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Bandar Berdaya Huni Negeri Selangor.
    •  Menyelaraskan bagi ke arah mencapai Sustainable Development Goals 2030, terutamanya Goal 11: Sustainable Cities And Communities.
    • Mencetuskan penubuhan Selangor Urban Agenda (SUA), iaitu pelan tindakan bagi mencapai bandar berdaya huni Negeri Selangor.
  5. Mencetuskan Pelan Pembangunan Jaringan Hijau Selangor.
    • Melaksanakan projek perintis iaitu Model Jaringan Hijau di 3 flat kos rendah.
  6. Memfokuskan penyediaan ruang komunal (projek revitalization melalui kaedah placemaking) di flat-flat kos rendah.
  7. Menangani isu kemiskinan bandar melalui;
    • Projek penjanaan ekonomi tambahan kepada penduduk.
      • Laman Hijau 2.0 – projek kebun komuniti bandar yang dilaksanakan bagi tujuan komersial.
      • Kitar Strata – projek kitar semula di flat-flat.
    • Mewujudkan Program ‘Inisiatif Nutrisi Dan Diet Untuk Kanak-Kanak Harapan Selangor’ (INDAH) bagi mengatasi isu malnutrisi di kalangan anak-anak yang menetap di flat kos rendah.
    • Mencetuskan program Foodbank Negeri Selangor bagi memberikan bantuan makanan asas kepada keluarga B40 di Negeri Selangor.

Inisiatif[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008 sehingga 2017, ketika menjadi seorang ADUN Taman Medan, beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif sepanjang perkhidmatan beliau.

  1. Program revitalization flat kos rendah di DUN Taman Medan.
    • Program mengecat bangunan flat dengan usahasama pihak Kerajaan dan CSR pihak swasta.
    • Program ini kemudiannya diangkat oleh Keraajaan Negeri untuk dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor dan dinamakan sebagai Skim Ceria.
  2. Penyediaan ‘Dataran Anak Muda’.
    • Penyediaan kawasan awam terbuka (open public spaces) untuk anak muda berekreasi.
    • Kemudian, Kerajaan Negeri juga mengangkat idea ini dan dilaksanakan di setiap DUN di Negeri Selangor.
  3. Mewujudkan 2 buah Homework Room di DUN Taman Medan bagi menyediakan ruang untuk pembelajaran yang kondusif bagi anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.
  4. Mewujudkan 2 buah perpustakaan di DUN Taman Medan
    • Perpustakaan AWAM PPAS – mewujudkannya dengan kerjasama Perbadanan Perpustkaan Awam Selangor (PPAS).
    • Perpustakaan Komuniti MBPJ – mewujudkannya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Bangunan lama MBPJ yang tidak digunakan dan tidak berfungsi telah ditukarkan fungsinya kepada perpustakaan.
  5. Menyediakan Kelas Bahasa Inggeris untuk anak-anak dan wanita dengan kerjasama SOLS 24/7.
  6. Mewujudkan Program Anak Angkat bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan dengan menyediakan kelas tambahan dan program motivasi.
  7. Menyediakan kelas keperluan istimewa untuk anak-anak yang mempunyai kesukaran untuk belajar seperti Dyslexia, ADHD, dan pembelajaran lambat.
  8. Menaiktaraf infrastruktur di PDK Kanagapuram bagi memastikan proses rehabilitasi, latihan, pendidikan dan integrasi sosial untuk anak-anak kelainan kurang upaya di DUN Taman Medan adalah dalam keadaan efektif dan kondusif.
  9. Melaksanakan program ekonomi bagi menjana pendapatan tambahan melalui projek penghasilan produk kraf daripada barangan kitar semula di Flat PKNS PJS 2.
  10. Melaksanakan Program Inovasi Agrobox iaitu program pertanian komuniti bandar di dalam kontena dengan kerjasama Universiti Malaya.
  11. Mewujudkan Akademi Bolasepak Haniza Talha bagi program pembangunan sosial dan bakat dikalangan anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah.

Tokoh Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Sebagai wakil rakyat Haniza amat disegani dengan keprihatinannya menangani isu-isu masyarakat setempat di Taman Medan. Beliau amat prihatin dengan kebajikan warga emas dengan melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan bersama mereka, termasuk Skim Mesra Usia Emas dan program Jom Shopping.

Golongan OKU turut disantuni beliau melalui pemberian kad kesihatan percuma dan penyediaan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti 'ramp' untuk kerusi roda, dan kawasan parkir khas di Pusat Khidmat Rakyat Taman Medan.

Di dalam sektor pendidikan, beliau banyak mengusahakan bantuan kepada sekolah-sekolah termasuk SJK(C) Chen Moh, SJK(C) Yuk Chun, SRA Ibnu Rushd dan KAFA Integrasi.

Untuk menjaga kebajikan anak muda, Haniza berjaya mewujudkan Dataran Anak Muda untuk kemudahan sukan dan rekreasi belia. 'Homework Room' dibina untuk membantu anak-anak penduduk melakukan tugasan akademik sambil dipantau oleh petugas-petugas sukarelawan. Haniza juga mengambil berat tentang pembinaan remaja yang seimbang, dengan melaksanakan Program Pelajar Progresif Taman Medan dan Program Generasi Idaman Selangor (GeMS).

Timbalan Speaker Dewan Negeri[sunting | sunting sumber]

Pelantikan Haniza sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 telah mencatat sejarah di negara Malaysia sebagai wanita pertama yang menjawat jawatan itu di mana-mana negeri. Pengumuman mengenai pelantikan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 20 April 2008.

Pencapaian Haniza ini disebut sebagai menjadi kebanggaan golongan wanita terutamanya di Taman Medan, samaada daripada partinya sendiri mahupun parti Barisan Nasional (BN).[4]

Pengurangan Tol NPE PJS2[sunting | sunting sumber]

Haniza menjuarai desakan rakyat Taman Medan untuk menghapuskan tol di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di PJS2. Tol ini yang mengenakan bayaran sebanyak RM1.60 dikatakan membebankan penduduk yang menjadikan NPE sebagai laluan utama. Tol itu juga dikatakan telah menyebabkan kesesakan dan kemalangan di kawasan tersebut. Melalui sidang media yang dibuat di pejabatnya pada 7 Mei 2008, Haniza telah mendesak kerajaan pusat meneliti isu ini.

Desakan ini turut disokong oleh penduduk setempat (termasuk mereka daripada parti UMNO) yang mengadakan tunjuk perasaan pada 7 Februari 2009.

Usaha-usaha desakan ini membuahkan hasil pada 14 Februari 2009 apabila kerajaan pusat bersetuju memansuhkan tol di jalan berkenaan, di lorong yang menghala ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun tol di lorong menghala Subang Jaya dan Kelana Jaya dikekalkan.

Haniza meneruskan usahanya melobi kerajaan pusat untuk memansuhkan tol di kedua-dua lorong kerana menurutnya, masalah kesesakan dan keselamatan tidak selesai dengan penutupan hanya sebuah lorong.

Akhirnya pada 17 Februari 2001 kerajaan pusat mengumumkan pengurangan tol di lebuh raya itu yang menghala ke Subang Jaya dan Kelana Jaya, daripada RM1.60 kepada RM1.00.

NPE adalah sepanjang 19.5 kilometer, dibuka sejak 30 April 2004. Ia bernilai RM1.2 bilion dan dikendalikan oleh syarikat konsesi New Pantai Express Way Sdn Bhd.

Keputusan pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum Malaysia ke-14 bertarikh 9 Mei 2018, Haniza berjaya merampas kerusi Dewan Negeri Lembah Jaya, Selangor dari PAS. Beliau memperoleh undi 22,512 dan menang dengan majoriti 14,790 undi menewaskan tiga calon lain - seorang daripada parti Barisan Nasional, seorang daripada parti PAS yang juga penyandang pada penggal sebelumnya, Khasim Abdul Aziz dan seorang lagi calon Parti Rakyat Malaysia.

Pada pilihan raya umum Malaysia ke-13 bertarikh 5 Mei 2013, Haniza mempertahankan Dewan Negeri Taman Medan, Selangor melawan empat orang calon lain - seorang daripada parti Barisan Nasional (BN), seorang daripada parti KITA dan dua lagi sebagai calon bebas. Keputusannya Haniza telah memenangi pertandingan ini dengan meraih sebanyak 20,478 undi (bersamaan 3,731 undi majoriti)[5], menunjukkan beliau telah berjaya memenangi kepercayaan penduduk Taman Medan yang diwakilinya pada penggal sebelumnya.

Pada pilihan raya umum Malaysia ke-12 tahun 2008, Haniza berjaya merampas kerusi Dewan Negeri Taman Medan, Selangor dari BN. Beliau memperoleh undi 16,803 undi dan menang dengan majoriti 4,433 undi menewaskan calon dari BN, Munaliza Hamzah.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Y.B. Puan Haniza binti Mohamed Talha". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-20. Dicapai pada 2018-11-20.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-20. Dicapai pada 2021-04-20.
  3. ^ Haniza sah jadi Ketua Wanita PKR baru.
  4. ^ Artikel Selangorku, diambil pada 18 April 2013.[pautan putus]
  5. ^ "Utusan Online, 'Maklumat Calon dan Kawasan N33 Taman Medan, Selangor' diambil pada 23 Mac 2014". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-23. Dicapai pada 2021-09-27.