Politik Selangor 2008-2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Politik Selangor 2008-2009 merujuk kepada senario kerajaan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menjadi ketua pembangkang di DUN Selangor.

Ladang babi teknologi Jerman[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Pakatan Rakyat berhasrat meneruskan pengumpulan ladang babi seluruh Selangor ke Ladang Tumbuk, Sepang . Exco Barisan Nasional terdahulu pernah ke Jerman untuk menggunakan teknologi ternakan babi Jerman yang mesra alam .[1]

Kecoh Teresa Kok[sunting | sunting sumber]

Teresa Kok merupakan Adun Kinrara dan ahli parlimen Seputeh. Beliau tidak disenangi orang Melayu berhubung azan di Masjid Bandar Kinrara dan isyarat 'good' semasa memasang papan tanda majmuk 'tulisan rumi,tulisan Cina dan tulisan Tamil'. Projek ladang babi moden berhampiran perkampungan Melayu di Sepang juga akan diteruskan. Akhirnya ISA telah digunakan untuk menahan beliau dan lain-lain. Beliau menyaman Utusan Malaysia kerana memburuk-burukkannya. Pengarang Chamil Wariya dan Zaini Hassan turut disaman.[2]

46 ekor lembu[sunting | sunting sumber]

Pada 27 April 2009, Khalid Ibrahim menfailkan writ saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta , Kuala Lumpur melalui firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua pesuruhjayanya Datuk Ahmad Said dan kerajaan Malaysia berhubung pendedahan hasil siasatan suruhanjaya pada 21 Februari.

Ia berkait dengan penyelengaraan bagi kereta peribadinya Lexus ,dan pembelian 46 ekor lembu (RM110,000) bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid. Lembu-lembu korban itu sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Disember 2008.

Lembu korban ini dibangkitkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) yang membuat aduan kepada SPRM Selangor .[3]

Bekalan air Syabas[sunting | sunting sumber]

Penswastaan bekalan air Selangor kepada Syabas dan Puncak Niaga dan rakan serta anak syarikat setelah Krisis air Lembah Kelang 1998. Harga air sepatutnya dinaikkan 37 % pada 1 Januari 2009. Sedangkan Pakatan Rakyat mahu memberi subsidi kepada rakyat sebagaimana manifesto PR. Abdul Khalid yang pernah menguruskan Permodalan Nasional Berhad dan Guthrie merasakan bekalan air patut diambilalih semula.

Perjanjian air Selangor ditandatangani pada 15 Dis 2004. Laporan dan audit konsesi tersebut adalah 'rahsia' dan hanya boleh dibuka untuk tatapan umum jika semua pihak bersetuju. Perjanjian itu mengandungi maklumat tentang terma dan syarat perjanjian di antara kerajaan Selangor, kerajaan Persekutuan dan SYABAS, serta laporan audit berkenaan akaun syarikat pemegang konsesi air tersebut.

Pada 2 Februari 2010, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia membantu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes permohonan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mendedahkan laporan perjanjian dan audit konsesi air . Keputusan itu dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 20 Janiari 2010.[4]

Dana RM9.9 juta Balkis ke Bakti[sunting | sunting sumber]

Pada 24 April 2008, Kerajaan negeri Selangor menulis surat kepada Pendaftar Pertubuhan agar tidak membubarkan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) .Pejabat Menteri Besar Selangor mendapati dana RM9.9 juta dipindahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Selain itu Balkis juga memohon Bakti mengambil alih projek Pendidikan Khas pertubuhan itu. Pada 11 Mac 2008, Balkis memohon Pendaftaran Pertubuhan membubarkan Balkis selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) memberi RM268,862 pada 2007. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi RM590,379 antara 2006-2007.

Yang Dipertua Balkis ialah Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Kini Zaharah bukan lagi Yang Dipertua Balkis.[5]

Khir Toyo digantung 12 bulan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2009, Teng Chang Khim selaku Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga Speaker DUN Selangor menyatakan Dr Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN Selangor selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.

Khir Toyo bersalah kerana tidak menghadiri sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Mac 2009. SELCAT ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada pertengahan Mac 2009.

Dr Khir juga didapati bersalah atas tiga lagi tuduhan iaitu mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar, mengutuk integriti jawatankuasa SELCAT dan menuduh SELCAT sebagai alat politik untuk memburukkan dirinya. Oleh itu hukuman gantung perkhidmatan dan elaun ahli DUN selama enam bulan bagi setiap daripada tiga pertuduhan itu. Hukuman dijalankan serentak. Tindakan ini selaras dengan kes-kes lampau di Dewan Rakyat.

Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun mereka selama enam bulan. Kesalahan mereka ialah menuduh SELCAT sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan alat politik untuk membalas dendam terhadap wakil Barisan Nasional.[6]

Dr Khir Toyo menyifatkan siasatan terbuka ini tidak adil dan zalim. Teng Chang Khim dahulu digantung selama 18 bulan kerana kesalahan mencampakkan buku peraturan dewan. Kalau siasatan terbuka, TV3 patut buat liputan.[7]

Menteri Besar sokong perhimpunan haram[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Mei 2009, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan Selangor menyokong tindakan pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan perhimpunan haram.[perlu rujukan]

Pada 27 Mei 2009, Azwanddin Hamzah, 36, dari Ampang tidak setuju lalu membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur. Baginya Malaysia dengan masyarakat berbilang kaum, harus mengutamakan keharmonian negara. Perhimpunan haram boleh mencetuskan suasana huru-hara.[8]

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur. Pewaris diwakili oleh Syed Mohd Firdaus Khadry Syed Abdul Aziz, manakala laporan IRIMM dibuat ahli majlis tertingginya, Mohd Hussien Abu Bakar pada kira-kira jam 2.55 petang. Mengkaji semula perhimpunan awam tidak akan membawa kepada keamanan. Ia akan membawa kepada kemudaratan dan huru-hara yang tidak menentu dan ia juga akan menggugat kedudukan ekonomi negara.[9]

Arak[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mei 2009, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu menyatakan garis panduan penjualan minuman keras bagi seluruh negeri Selangor sedang digubal. Peraturan penjualan minuman keras yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekarang akan dikekalkan dalam tempoh dua bulan sementara menunggu garis panduan baru digubal.Orang ramai merungut tentang penjualan arak tanpa kawalan boleh membawa kesan buruk khusus kepada belia.

Pada 30 Ogos 2009, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8 setelah merampasnya dalam satu operasi .Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA menerima rungutan penduduk dan melakukan serbuan ke atas kedai 24 jam itu .Ronnie Liu menyangkal dakwaan PAS Selangor bahawa beliau mencampuri urusan dalam satu operasi membanteras aktiviti penjualan arak di Bandar Sunway.

Pada 4 Ogos 2009, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mencadangkan agar Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.[10] Hasan menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor.Kerajaan negeri Selangor hendaklah serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam seperti di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.Garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 hendaklah dikeluarkan segera. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam. [11]

Kemudahan Internet[sunting | sunting sumber]

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail mahu kadar penggunaan internet di Selangor pada paras 30 % dapat ditingkatkan sehingga 100 %.Teknologi internet hibrid yang menggabungkan teknologi talian dan tanpa wayar akan diutamakan dengan inisiatif pihak swasta dan terbuka kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dari dalam dan luar negara.[12]

Hapuskan tol kawasan bandar[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mei 2009, Dr Mohamad Khir Toyo mahu tol kawasan bandar dihapuskan. Antaranya ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Cheras-Kajang dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas). Laman blognya www.drkhir.com menyatakan rakyat semakin sakit dan perit dengan kewujudan tol-tol yang tidak bertimbang rasa ini. Kakitangan biasa membelanjakan hampir satu per tiga pendapatan mereka untuk tol dan petrol setiap bulan untuk berulang alik ke tempat kerja dan urusan harian. Itu belum termasuk kos penjagaan anak, hutang rumah dan kereta serta hutang pendidikan PTPTN. Ditambah lagi dengan kenaikan tarif letrik dan harga barangan. Pekerja yang tinggal di Shah Alam dan bekerja di Bukit Jalil perlu menggunakan Kesas setiap hari dengan bayaran RM8.40 sehari dan dalam tempoh sebulan membelanjakan hampir RM200, manakala mereka yang tinggal di Sunway dan bekerja di Putrajaya pula terpaksa membayar sebanyak RM6.40 sehari.[13]

Agihan peruntukan kerajaan Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Julai 2009,Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan agihan peruntukan kerajaan persekutuan meniru sistem di Kanada dan Australia.Di Kanada, peruntukan oleh kerajaan persekutuan diagihkan kepada negeri-negeri berdasarkan tahap kemajuan sesebuah negeri itu. Agihan diberikan kepada semua negeri, namun bagi negeri yang maju, peruntukan dikurangkan berbanding dengan negeri yang kurang maju yang diberi peruntukan yang lebih.[14]

Peruntukan Kerajaan Selangor Diaudit[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2009, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa audit dalaman akan dibuat bagi memastikan perbelanjaan peruntukan kerajaan negeri Selangor oleh wakil rakyat mematuhi prosedur ditetapkan. Rakyat perlu tahu dan diyakinkan bahawa ketelusan berlaku.

Teresa Kok mendedahkan SPRM merampas beberapa fail perbelanjaan tujuh wakil rakyat pakatan daripada Pejabat Daerah Petaling. Fail itu termasuk tentang Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

Selepas itu Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Mazalam pada 16 Julai 2009.Kemudian Exco daripada DAP Ronnie Liu Tian Khiew dihadapkan ke mahkamah pada 17 November 2008 atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel di Puchong pada 2007.[15] Ean Yong Hian Wah dikaitkan juga. [16] Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Selangor mendakwa BN Selangor merancang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Perhubungan UMNO Selangor diketuai sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peruntukkan RM500,000 kepada setiap Adun memang ada dan peruntukan ini bukan berada di bawah meja Adun, tetapi diletakkan di pejabat daerah.Setiap peruntukan yang dikeluarkan mestilah ada perjanjian hitam putih .Beberapa Adun Adun tidak memdapat peruntukkan ini atas beberapa-beberapa sebab yang menghalang peruntukkan disalurkan. Peruntukkan hanya disalurkan selepas sesuatu acara program dilaksanakan. Pegawai daerah mengesahkan bahawa peruntukkan ini adalah hak adun untuk membelanjakan untuk kepentingan rakyat. Oleh itu Adun Meru, Dr. Abdul Rani Osman berpendapat bahawa peruntukkan Adun adalah hak mereka dan perkara ini tidak perlu siasatan lagi.

Setiap penyelaras parlimen Barisan Nasional juga diperuntukkan sebanyak RM 2 juta ringgit untuk setiap kawasan parlimen. Malangnya cara penggunaannya tidak jelas iaitu digunakan untuk kepentingan parti sedangkan peruntukkan ini adalah milik rakyat.[17]

Cadangan rombak exco[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Julai 2009, YB Azmin Ali mencadangkan rombakan exco kerajaan Selangor.Fungsi dan tanggungjawab Exco mestilah berjalan seperti yang sepatutnya. Rungutan dari SMS yang diterima Azmin menyatakan terlalu sukar untuk rakyat berjumpa dengan sesetengah ADUN bagi menyuarakan masalah mereka.Kedudukan Exco bukan istimewa sehingga tidak boleh ditegur.[18][19]

Banglo 24 juta[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Ogos 2009, Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim bersama 40 pengundi Sekinchan dan Sungai Panjang meninjau banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam. [20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]