Pergi ke kandungan

Senarai Marsyal Tentera Udara Diraja Thai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marsyal Tentera Udara Diraja Thai
จอมพลอากาศ

Bendera rasmi Marsyal Tentera Udara

Insignia epaulet Marsyal Tentera Udara
Negara
Thailand
Cabang perkhidmatan Tentera Udara Diraja Thai
Singkatan
Pangkat Pangkat lima bintang
Diperkenalkan 1937
Persamaan
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya

Ketua Utama Angkatan Tentera

Pangkat rendah seterusnya Ketua Marsyal Udara
Persamaan pangkat tentera darat Fil Marsyal (RTA)
Persamaan pangkat tentera laut Laksamana Armada (RTN)

Chom Phon Akat (Bahasa Thai: จอมพลอากาศ) atau Marsyal Tentera Udara Diraja Thai adalah pangkat lima bintang dan pegawai paling kanan dalam Tentera Udara Diraja Thai. Ia setaraf dengan Fil Marsyal (atau Chom Phon) dalam Tentera Darat Diraja Thai dan Laksamana Armada (atau Chom Phon Ruea) dalam Tentera Laut Diraja Thai. Pangkat Marsyal TUDT juga setaraf dengan pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja British.

Raja Thai selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai secara automatik dijadikan Chom Phon selepas naik takhta.[1] Pangkat tersebut secara rasminya dizahirkan pada tahun 1937, dengan asas formal Tentera Udara Diraja Siam. Bersama dengan semua pangkat tentera udara bebas yang lain.

Ketua Utama Angkatan Tentera

[sunting | sunting sumber]
Potret Nama Memerintah dari Memerintah hingga Mangkat
Raja Ananda Mahidol
(Rama VIII)
2 Mac 1935 9 Jun 1946
Raja Bhumibol Adulyadej
(Rama IX)
9 Jun 1946 13 Oktober 2016
Raja Vajiralongkorn
(Rama X)
13 Oktober 2016 Penyandang terkini

Senarai Marsyal Tentera Udara Diraja Thai

[sunting | sunting sumber]
No. Imej Nama Hayat Tarikh pelantikan Nota Ruj
1
Plaek Phibunsongkhram 1897–1964 1941 Perdana Menteri Thailand (1938–1944 dan dari 1948–1957). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Thai. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada pada tahun yang sama. Dikenali popular sebagai Chom Phon Por (Fil marsyal Por). Sebelum itu memegang pangkat Mejar Jeneral dalam tentera darat. [2][3]
2
Fuen Ronnaphagrad Ritthakhanee 1900–1987 1954 Timbalan Perdana Menteri Thailand (1955–1957). Menyandang jawatan Panglima Tentera Udara Diraja Thai (1949–1957). Juga berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan dan sebagai Kementerian Kesihatan Awam dibawah PM Plaek Phibunsongkhram. [4]
4
Sarit Thanarat 1908–1963 1959 Perdana Menteri Thailand (1958–1963). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Menerima pangkat Fil Marsyal pada 1956.[5] Kemudian juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara pada 1959. Sebelum itu memegang pangkat Jeneral dalam tentera darat, Laksamana dalam tentera laut dan Ketua Marsyal Udara dalam tentera udara.[6] [7][8]
3
Chalermkiat Vatthanangkun 1914–1960 1960 Dikurniakan selepas mati oleh Titah Diraja. Pesawat terhempas di gunung berhampiran Taipei, sewaktu membuat lawatan kerja sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Thai (1957–1960). Sebelum itu memegang pangkat Marsyal Udara. [9]
5
Thanom Kittikachorn 1911–2004 1964 Perdana Menteri Thailand (Januari hingga Oktober 1958 dan dari 1963–1973). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada pada masa yang sama. Sebelum itu memegang pangkat Jeneral dalam tentera darat. [10][11]
6
Praphas Charusathien 1912–1997 1973 Timbalan Perdana Menteri Thailand (1958–1958). Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada pada masa yang sama. Menyandang jawatan Panglima Tentera Darat Diraja Thai. Sebelum itu memegang pangkat General dalam tentera darat. [12][13]
7
Permaisuri Bonda Sirikit 1932–kini 1992 Permaisuri Raja Bhumibol Adulyadej. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada pada masa yang sama. Mungkin satu-satunya wanita dalam sejarah yang mencapai pangkat tersebut. [14]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "70 ปี 'องค์จอมทัพไทย' พระราชกรณียกิจ รัชกาลที่ 9 ด้านการทหาร". 21 October 2017.
  2. ^ Royal Gazette, Announcement of Royal Decree, Volume 58, Page 981, 28 July 2484 B.E.
  3. ^ Royal Thai Army. "จอมพล หลวงพิบูลสงคราม ( จอมพล แปลก พิบูลสงคราม )". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2002. Dicapai pada 27 July 2016.
  4. ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 71, Chapter 47, Page 1672, 27 July 2497 B.E.
  5. ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 73, Chapter 26, Page 1, 27 March 2499 B.E.
  6. ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 72, Chapter 20, Page 660, 15 March 2498 B.E.
  7. ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 76, Chapter 28, Page 12, 28 February 2502 B.E.
  8. ^ Royal Thai Army. "จอมพล สฤษดิ์ ธนะรัชต์". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2002. Dicapai pada 27 July 2016.
  9. ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 77, Chapter 43, Page 2474, 24 May 2503 B.E.
  10. ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 81, Chapter 3, Page 1, 11 January 2507 B.E.
  11. ^ Royal Thai Army. "จอมพล ถนอม กิตติขจร". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2012. Dicapai pada 27 July 2016.
  12. ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 90, Chapter 64, Page 1, 6 June 2516 B.E.
  13. ^ Royal Thai Army. "จอมพล ประภาส จารุเสถียร". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
  14. ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 109, Chapter 111, Page 1, 4 August 2535 B.E.

Templat:Military of Thailand