Marsyal Tentera Udara Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Marsyal Tentera Udara Diraja Sir Hugh Trenchard.

Marsyal Tentera Udara Diraja (Marshal of the Royal Air Force atau singkatan MRAF) adalah pangkat tertinggi didalam Tentera Udara Diraja (RAF) British.[1] Pada masa aman ia telah dianugerahkan kepada para pegawai RAF yang menjadi Ketua Turus Pertahanan (CDS), dan kepada Ketua Turus Udara (CAS) yang bersara, yang telah dinaikkan ke pangkat itu pada hari terakhir perkhidmatan. Sementara marsyal-marsyal TUD yang masih hidup mengekalkan pangkat itu selama-lamanya,[2] pangkat tertinggi yang boleh dicapai pada masa ini ialah Ketua Marsyal Udara. Walaupun kenaikkan pangkat ke Marsyal Tentera Udara Diraja telahpun dihentikan sejak bajet pertahanan British dipotong pada 1990an, kenaikkan pangkat seterusnya masih boleh di buat pada masa perang, untuk anggota Keluarga Diraja dan pegawai udara RAF tertentu yang paling kanan pada masa aman mengikut budi bicara raja; walaubagaimanapun, semua kenaikkan pangkat tersebut pada masa aman hanyalah bersifat kehormat.[3] Pada tahun 2012, Charles, Putera Wales telah dinaikkan ke pangkat itu manakala pada tahun 2014 Lord Stirrup, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Turus Udara dan Ketua Turus Pertahanan selama lebih tujuh tahun, juga telah dinaikkan.

Marsyal Tentera Udara Diraja ialah satu pangkat lima bintang[4] dan tidak seperti pangkat Marsyal Udara, boleh dianggap betul sebagai pangkat Marsyal. MRAF mempunyai kod OF-10 NATO, setaraf dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Diraja atau Fil Marsyal dalam Tentera Darat British.[5]

Pangkat ini telah diwujudkan pada tahun 1919 dan pegawai pertama yang dinaikkan pangkat ke MRAF ialah Sir Hugh Trenchard pada tahun 1927. Sejak waktu itu, termasuk Trenchard, terdapat seramai 27 orang memegang pangkat ini. Daripada jumlah itu, 22 orang adalah pegawai profesional RAF dan lima lagi adalah anggota kanan Keluarga Diraja British. Raja George V secara rasmi tidak memegang pangkat marsyal RAF; sebaliknya baginda menyandang gelaran Ketua Tentera Udara Diraja.[6] Pada kapasiti ini dari masa ke semasa baginda memakai pakaian seragam RAF dengan lencana pangkat marsyal RAF. Baginda secara terbuka mula memakai pakaian seragam ini pada tahun 1935, setahun sebelum kemangkatannya.[7]

Tidak termasuk raja-raja dan anggota lain kerabat diraja, hanya dua pegawai RAF yang pernah memegang pangkat ini dengan tanpa berkhidmat sebagai Ketua Turus Udara iaitu Lord Douglas dari Kirtleside dan Sir Arthur Harris. Kedua-duanya menyandang jawatan tertinggi semasa Perang Dunia II. Harris menjadi Panglima Udara Pasukan Pengebom dan Douglas pula sebagai Panglima Udara Pasukan Pejuang, Markas Timur Tengah dan Pasukan Pantai.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Sebelum kewujudan gelaran pangkat pegawai RAF pada tahun 1919, ia telah dicadangkan dengan analogi seperti Fil Marsyal, gelaran pangkat tertinggi seharusnya Marsyal Udara. Ia kemudian mengambil keputusan menggunakan pangkat marsyal udara sebagai pangkat yang setaraf dengan Leftenan Jeneral[8] dan "marsyal langit" telah dikemukakan sebagai pangkat tertinggi RAF. Gelaran pangkat baru ini telah ditentang oleh Ketua Turus Am Imperial ketika itu, Sir Henry Wilson, yang menganggap gelaran tersebut sebagai "tidak masuk akal". Namun, Ketua Turus Udara, Sir Hugh Trenchard tidak berganjak dan gelaran tersebut telah diterima pakai. Walaupun tidak pernah disandang oleh pegawai Tentera Udara Diraja, gelaran pangkat marsyal langit berakhir sehingga April 1925, apabila ia ditukarkan kepada marsyal Tentera Udara Diraja.[9] Ketika ditanya dalam Dewan Rakyat, Setiausaha Negara bagi Udara Sir Samuel Hoare menyatakan bahawa alasan untuk menukar gelaran adalah kerana marsyal langit "bersifat agak tidak jelas" dan gelaran baru dianggap lebih sesuai.[10] Juga dilaporkan bahawa Raja George V tidak gembira dengan gelaran marsyal langit, merasakan ia mungkin mengimplikasikan sifat yang sepatutnya dikhaskan untuk Tuhan.[11]

Insignia, bendera pemerintah dan plat bintang[sunting | sunting sumber]

Insignia pangkat mengandungi empat baris sederhana berwarna biru muda (setiap satu pada baris lebih lebar yang berwarna hitam) diatas satu baris berwarna biru muda pada baris lebar berwarna hitam. Insignia ini berasal daripada jalur lengan seorang laksamana armada dan dipakai pada hujung kedua-dua pergelangan lengan tunik atau pada bahu sut terbang atau pakaian seragam perkhidmatan. Marsyal Tentera Udara Diraja memakai papan bahu berserta pakaian perkhidmatan mereka pada upacara istiadat. Lencana bahu ini memaparkan helang pegawai udara yang dikelilingi kalungan bunga, dua baton marsyal bersilang dan, semenjak pertabalan Ratu Elizabeth II, Mahkota St Edward mewakili kuasa diraja.[12] Sebelum tahun 1953, Mahkota Tudor (kadangkala dipanggil Mahkota Raja) telah digunakan.

Bendera pemerintah marsyal Tentera Udara Diraja mempunyai baris lebar melintang berwarna merah di tengah bendera dengan baris sederhana berwarna merah yang mengapit atas dan bawah.

Plat bintang kenderaan bagi marsyal Tentera Udara Diraja memaparkan lima bintang putih (marsyal Tentera Udara Diraja adalah bersamaan dengan pangkat lima bintang) yang berlatar belakangkan warna biru tentera udara.

Insignia pangkat dan bendera wujud di beberapa tentera udara lain untuk pangkat yang setaraf dengannya. Gelaran pangkat sedikit berbeza, sering menjadi variasi pada Marsyal Tentera Udara, biasanya dengan nama tentera udara yang berkenaan bagi menggantikan perkataan 'Tentera Udara Diraja'. Satu contoh ketara amalan ini ialah pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja Australia.

Para Marsyal Tentera Udara Diraja[sunting | sunting sumber]

Tahun kenaikkan Imej Pegawai Tahun lahir Tahun mati Nota
1927 Sir Hugh Trenchard (cropped).jpg Hugh Trenchard, 1st Viscount Trenchard 1873 1956 Promoted 1 January 1927.[13][14]
1933 Sir John Salmond in 1925.jpg Sir John Salmond 1881 1968 Promoted 1 January 1933.[15]
1936 Edward Prince of Wales during his visit to Canada in 1919.jpg HM King Edward VIII 1894 1972 Assumed the rank 21 January 1936.[16]
1936 HM King George VI in MRAF uniform.jpg HM King George VI 1895 1952 Assumed the rank 11 December 1936.[17]
1937 Marshal of the RAF Sir Edward Ellington.jpg Sir Edward Ellington 1877 1967 Promoted 1 January 1937.[18]
1940 Air Chief Marshal Sir Cyril Newall (close-up).jpg Cyril Newall, 1st Baron Newall 1886 1963 Promoted 4 October 1940. Retired only 20 days later.[19]
1944 MRAF Sir Charles Portal.jpg Charles Portal, 1st Viscount Portal of Hungerford 1893 1971 Promoted 1 January 1944.[20]
1945 Tedder1943 detail.jpg Arthur Tedder, 1st Baron Tedder 1890 1967 Promoted 12 September 1945.[21]
1946 Air Chief Marshal Sir Sholto Douglas.jpg Sholto Douglas, 1st Baron Douglas of Kirtleside 1893 1969 Promoted 1 January 1946.[22]
1946 Air Chief Marshal Sir Arthur Harris.jpg Sir Arthur "Bomber" Harris 1892 1984 Promoted 1 January 1946, several months after retirement.[23]
1950 Air Marshal Sir John Slessor.jpg Sir John Slessor 1897 1979 Promoted 8 June 1950.[24]
1953 Prince Philip by Allan Warren 1992.jpg HRH Prince Philip, Duke Edinburgh 1921 - Honorary rank.
Promoted 15 January 1953.[25]
1954 Air Vice-Marshal Dickson near Venafro, Italy (cropped).jpg Sir William Dickson 1898 1987 Promoted 1 June 1954.[26]
1958 Dermot Boyle.jpg Sir Dermot Boyle 1904 1993 Promoted 1 January 1958.[27]
1958 Dukeofgloucester.jpg HRH Prince Henry, Duke of Gloucester 1900 1974 Honorary rank.
Promoted 12 June 1958.[28]
1962 Air Marshal Sir Thomas Pike.jpg Sir Thomas Pike 1906 1983 Promoted 6 April 1962.[29]
1967 100px Charles Elworthy, Baron Elworthy 1911 1993 Promoted 1 April 1967.[30]
1971 Sir John Grandy 1913 2004 Promoted and retired on the same day (1 April 1971).[31]
1974 Sir Denis Spotswood 1916 2001 Promoted and retired on the same day (31 March 1974).[32]
1976 Sir Andrew Humphrey 1921 1977 Promoted 6 August 1976.[33]
1977 Neil Cameron, Baron Cameron of Balhousie 1920 1985 Promoted 31 July 1977.[34][35]
1982 Flt Lt M Beetham.jpg Sir Michael Beetham 1923 2015 Promoted and retired on the same day (14 October 1982).[36]
1985 No image.svg Sir Keith Williamson 1928 - Promoted and retired on the same day (15 October 1985).[37]
1988 No image.svg David Craig, Baron Craig of Radley 1929 - Promoted 14 November 1988.[38]
1992 No image.svg Sir Peter Harding 1933 - Promoted 6 November 1992.[39] Resigned commission 14 June 1994.[40]
2012 Carlos de Gales (2011).jpg HRH Putera Charles, Putera Wales 1948 - Honorary rank. Promoted 16 June 2012.[41]
2014 Stirrup in Istanbul.jpg Jock Stirrup, Baron Stirrup 1949 - Honorary rank. Promoted 13 June 2014.[42]
Raja George V berpakaian seragam Marshal of the RAF

Tidak seperti MRAF lain yang hanya melepaskan pelantikkan mereka, Sir Peter Harding meletakkan jawatan daripada RAF pada tahun 1994.[43] Oleh itu, namanya tidak lagi boleh didapati dalam Senarai Tentera Udara.[44]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2007. Dicapai 1 December 2007. 
  2. ^ "Telegraph style book: the Services". The Daily Telegraph. London. 12 April 2008. Dicapai 12 May 2010. 
  3. ^ "2014 Birthday Honours for service personnel and defence civilians". Ministry of Defence. 13 June 2014. Dicapai 22 June 2014. 
  4. ^ Barrass, Malcolm (8 September 2007). "Glossary". Air of Authority - A History of RAF Organisation. Dicapai 21 March 2008. 
  5. ^ "Chapter 2 Part 4". The Queen's Regulations for the Army (pdf). Norwich: HMSO. 28 February 2000 [28 February 2000]. m/s. 2–4/7. Dicapai 21 March 2008. 
  6. ^ "From All Quarters" (pdf). Flight. LXIII (2296): 86. 23 January 1953. Dicapai 1 May 2009. 
  7. ^ "The King and the Sea". Time. 29 July 1935. Dicapai 2 April 2008. 
  8. ^ Barrass, Malcolm (11 June 2007). "Commissioned Ranks of the Royal Air Force 1919 – present". Air of Authority - A History of RAF Organisation. Dicapai 31 December 2007. 
  9. ^ "New Royal Air Force Title", Flight, 17 (17): 249, 1923 
  10. ^ Templat:Cite hansard
  11. ^ Laffin, John (1964). Swifter than Eagles. A biography of Marshal of the RAF Sir John Salmond. William Blackwood & Sons Ltd. m/s. 149. 
  12. ^ Raf 1
  13. ^ Templat:LondonGazette
  14. ^ Barrass, Malcolm (9 October 2007). "Marshal of the RAF The Viscount Trenchard of Wolfeton". Air of Authority - A History of RAF Organisation. Dicapai 25 May 2009. 
  15. ^ Templat:LondonGazette
  16. ^ Templat:LondonGazette
  17. ^ Templat:LondonGazette
  18. ^ Templat:LondonGazette
  19. ^ Baron Newall
  20. ^ Templat:LondonGazette
  21. ^ "No. 37261". The London Gazette. 11 September 1945.  London Gazette uses unsupported parameters (help)
  22. ^ "No. 37414". The London Gazette (invalid |supp= (help)). 28 December 1945.  London Gazette uses unsupported parameters (help)
  23. ^ Barrass, Malcolm (29 September 2007). "Marshal of the RAF Sir Arthur Harris". Air of Authority - A History of RAF Organisation. Dicapai 31 March 2008. 
  24. ^ Templat:LondonGazette
  25. ^ Templat:LondonGazette
  26. ^ Templat:LondonGazette
  27. ^ "No. 41266". The London Gazette (invalid |supp= (help)). 27 December 1957.  London Gazette uses unsupported parameters (help)
  28. ^ Templat:LondonGazette
  29. ^ Barrass, Malcolm (1 September 2007). "Marshal of the RAF Sir Thomas Pike". Air of Authority - A History of RAF Organisation. Dicapai 20 April 2008. 
  30. ^ Barrass, Malcolm (16 June 2007). "Marshal of the RAF The Lord Elworthy of Timaru". Air of Authority - A History of RAF Organisation. Dicapai 18 April 2008. 
  31. ^ Barrass, Malcolm (16 June 2007). "Marshal of the RAF Sir John Grandy". Air of Authority - A History of RAF Organisation. Dicapai 1 April 2008. 
  32. ^ Barrass, Malcolm (7 October 2007). "Marshal of the RAF Sir Denis Spotswood". Air of Authority - A History of RAF Organisation. Dicapai 2 April 2008. 
  33. ^ Probert, Henry (1991). High Commanders of the Royal Air Force. London: HMSO. m/s. 133. ISBN 0-11-772635-4. 
  34. ^ Probert, Henry (1991). High Commanders of the Royal Air Force. London: HMSO. m/s. 135. ISBN 0-11-772635-4. 
  35. ^ Templat:LondonGazette
  36. ^ Probert, Henry (1991). High Commanders of the Royal Air Force. London: HMSO. m/s. 137. ISBN 0-11-772635-4. 
  37. ^ Probert, Henry (1991). High Commanders of the Royal Air Force. London: HMSO. m/s. 139. ISBN 0-11-772635-4. 
  38. ^ Probert, Henry (1991). High Commanders of the Royal Air Force. London: HMSO. m/s. 141. ISBN 0-11-772635-4. 
  39. ^ Templat:LondonGazette
  40. ^ Templat:LondonGazette
  41. ^ "Prince Charles awarded highest rank in all three armed forces". Daily Telegraph. 16 June 2012. Dicapai 17 June 2012. 
  42. ^ "2014 Birthday Honours for service personnel and defence civilians". Ministry of Defence. 13 June 2014. Dicapai 22 June 2014. 
  43. ^ Rallings, Colin; Broughton, David (1996). "Reference Section". British Elections and Parties Yearbook. Farrell, David. Taylor & Francis. m/s. 179. ISBN 0-7146-4243-6. 
  44. ^ The Air Force List, 2006. HMSO ISBN 0-11-773038-6

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

 Kategori berkenaan Marshals of the Royal Air Force di Wikimedia Commons

Templat:UK officer ranks