Shamsuri Arshad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fail:Shamsuri Arshad.jpg
Shamsuri Arshad

Tan Sri Shamsuri Arshad adalah bekas Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia.Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) .[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Shamsuri Arshad dilahir pada 05 Mei 1942 di [[Mersing][], Johor. Beliau berkahwin dengan Puan Sri Noraini Yahya.

Beliau mendapat pendidikan di Sek Menengah Kebangsaan Sri Mersing, Johor ;English College, Johor Bahru, Johor dan ijazah undang-undang dari University of London, United Kingdom(LLB).

Semasa berkhidmat sebagai jeneral PDRM, beliau belajar di Universiti Harvard di Royal College of Defence Studies, selama setahun bersama 70 orang jeneral dari seluruh dunia. Ada yang dari Amerika Syarikat (AS), Israel dan pelbagai lagi. Saya dan beberapa orang dari Pakistan sahaja Muslim.Sebagai seorang jeneral, beliau mengekalkan jati diri Melayu dengan mendirikan solat walau berada di negara orang , berpuasa di bulan Ramadan, tidak minum arak dan sebagainya.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mulai 1 November 1962 beliau menyertai polis PDRM. Dari 29 Nov 1963-1 Jan 1966 menjadi Inspektor; Ketua Polis Selangor(1 Feb 1966- 4 Jan 1968) ; dipindahkan ke Platoon ke-6 Pasukan Polis Hutan, Cheras.Kemudian naik pangkat sebagai Assistant Superintendent (ASP)(22 Jun 1969-26 Dis 1971; Ketua Balai Polis Tapah, .27 Dis 1971-11 Dis 1973 Jurulatih di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.

1972 ,menghadiri kursus 'International General Interpol (Australia).12 Dis 1973 - 24 Dis 1975 dipindahkan ke Kelantan sebagai DSP. 25 Dis 1975 - 13 Jun 1976 Ketua Balai Polis Batu Pahat, Johor. 14 Jun 1976 - 7 Ogos 1978 Setiausaha Polis Bukit Aman. 8 Ogos 1978- 11 Jan 1981 Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Perak.

1979 menghadiri kursus 'Administration of Criminal Justice (Jepun). 12 Jan 1981- 3 Feb 1982 menjadi Assistant Commissioner, JSJ Perak. 4 Feb 1982 - 10 Mei 1984 Commandan, Maktab Polis Kuala Kubu Baru.. 11 Mei 1984- 9 Sep 1987 menjadi Senior Assistant Commissioner II, Maktab Polis Kuala Kubu Baru dan terakhir sebagai Timbalan Pengarah (Latihan) PDRM Bukit Aman..1987-1988 menghadiri kursus di Institut Tadbiran Negara (INTAN).1989 menghadiri kursus perlembagaan dan pentadbiran di Universiti Malaya. 10 Sep 1987- 1 Feb 1989 Senior Assistant Commissioner I dan menjadi Ketua Polis Selangor.2 Feb 1989 - 10 Jan1991 Timbalan Pengarah CID I .1990 mnghadiri kursus eksekutif di Korea Selatan. 1990 menghadiri kursus Jenayah Kolar Putih diUnited Kingdom).

11 Jan 1991-10 Dis 1991 Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.1992 sambung belajar di United Kingdom).5 Jan 1993-Jul 15,1993 Ketua Polis Perak. 17 Jul 1993- 15 Jan 1994 Pengarah Pentadbiran .16 Jan 1994- Mei 1997 Timbalan Ketua Polis Negara .

1996 belajar lagi di Harvard University, Amerika Syarikat.

Aktiviti perniagaan[sunting | sunting sumber]

20 Sep 1997 pengerusi Aokam Perdana Berhad ; 1 Dis 1997 Pengarah George Town Holdings Berhad; 1 Dis 1997 pengarah George Town Chemist Sendirian Berhad; 8 Jul 1997-10 Feb 1999 pengarah Arus Murni Corporation Berhad.26 Mac 1998 pengarah Unisem (M) Berhad ; 20 Okt 1999 pengarah Avenue Assets Berhad ; LONG-TRANS Global Media (M) Sdn Bhd. Pengerusi LONG-Trans Education Sdn Bhd; 19 Nov 2001 Pengarah dan pengerusi Avenue Assets Berhad ; Pengerusi Luxor Network Sdn Bhd; Jul 1997 ahli Lembaga pemegang amanah Yayasan Salam Malaysia

Pengaman[sunting | sunting sumber]

Shamsuri Arshad dilantik menjadi Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman), sebuah NGO yang memperjuangkan nasib anggota polis , pesara polis, anak-anak dan isteri mereka. Kini terdapat 60,000 pesara dan 140,000 anggota polis PDRM yang sedang bertugas.Akhir-akhir ini PDRM menghadapi cabaran getir seperti gerakan bawah tanah, media baru yang digunakan untuk menabur fitnah dan penipuan.[3]

Dewan Tertinggi Perkasa[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2012, beliau diumumkan oleh Presiden Perkasa sebagai ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Ahli lain ialah Left-Jen (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail ; Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah ; Brig-Jen (B) Datuk Sujak Abok ; bekas timbalan ketua polis negara, Tan Sri Shamsuri Arshad; Prof Datuk Dr Halim Sidek ; Prof Datuk Ramlah Adam; Datuk Rauf Husein (bekas timbalan pengarah pendidikan Malaysia), ; Prof Madya Dr Ashraf Wajidi Dasuki ; Dr Zubir Harun ; Datuk Zulkifli Nordin (naib presiden); Datuk Salahudin Saidin dan Datuk Hamzah Kasim. [4] [5]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 1989 beliau menerima anugerah D.S.S.A. Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; 5 Jun 1991 menerima J.M.N. Johan Mangku Negara, Agong ; 28 Mac 1996 menerima `Pingat Kehormat Panglima Gagah Pasukan Polis Kelas Pertama' .[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]