Simposium Antarabangsa Sekolah-sekolah Berasrama Penuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Simposium Antarabangsa Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (bahasa Inggeris: Fully Residential Schools International Symposium, dipendekkan FRSIS; Jawi: سيمڤوسيوم انتارابڠسا سكوله-سكوله براسراما ڤنوه) ialah program simposium yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia. Acara tahunan antarabangsa ini melibatkan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Malaysia bersama-sama dengan pelajar dari negara lain seperti Indonesia, Vietnam, Turki, India dan Filipina.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Penglibatan pelajar dari negara berbeza dalam program antarabangsa ini membolehkan mereka berinteraksi dan berfikir secara global sambil mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh mengikut norma negara tuan rumah.

Program ini juga mengasah sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar untuk menganjurkan program di peringkat antarabangsa, melalui penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerja, sebagai asas yang memastikan kelancaran program ini.

Simposium Antarabangsa Sekolah Berasrama Penuh (FRSIS) membawa impak yang ketara dalam memupuk individu yang mempunyai tahap daya saing yang tinggi, meningkatkan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar di peringkat antarabangsa, serta membentuk mereka menjadi pemimpin global.

Hos (Tuan Rumah)[sunting | sunting sumber]

Tahun Lokasi Tema
2011 Sekolah Tun Fatimah A Catalyst of Change for a Better Tomorrow
2012 SMS Muzaffar Syah Global Culture Generates World Unity[1]
2013 Sekolah Seri Puteri Go Green : Initiatives for the Future[2]
2014 SMS Tengku Muhammad Faris Petra Tourism : Education Gateway
2016 SM Sains Selangor Education Nurtures Solidarity and Harmony
2017 Sekolah Sultan Alam Shah Voluntarism echoes Unity and Humanity
2018 Kolej Tunku Kurshiah Digital Transformation[3]
2019 SBP Integrasi Gombak Smart Industry: Reforming the World[4]
2021 Sekolah Seri Puteri Covid-19 Pandemic: Gains and Losses[5]
2022 Sekolah Dato' Abdul Razak From Pandemic to Endemic[6]
2023 SMS Sultan Mahmud Global Peace and Prosperity
  • FRSIS tidak berlangsung pada tahun 2015 dan 2020.
  • Setiap tema akan diikuti dengan beberapa sub tema.

Rujukan[sunting | sunting sumber]