Siniar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ikon suapan RSS, yang biasanya digunakan sebagai suapan kepada podcast

Siniar (podcast)[1] merupakan sejenis media digital yang mengandungi episod bersiri fail-fail komputer (sama ada audio atau video) yang boleh dilanggan dan dimuat turun melalui suapan sesawang.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Perkataan asal "podcasting" pertama kali muncul dalam sebuah karangan nukilan Ben Hammersley dalam akhbar The Guardian pada Februari 2004[2] gabungan kata "pod" — "playable on demand" (dimainkan atas permintaan), yang kelak digunakan Apple Computer (sekarang Apple) untuk pemain media mudah alih iPod keluaran mereka — dan "broadcasting" (penyiaran).[3] Nama ini dapat mengelirukan kerana media suapan dapat dimainkan dengan sebarang peranti yang dapat memainkan sebarang fail media.[4] Ada beberapa orang yang mewujudkan istilah "netcast" sebagai kata pengganti "podcast"- untuk menghindari keterkaitannya dengan nama khas gajet "iPod".[5]

Istilah "siniar" sebagai terjemahan kepada kata asal dicipta di Indonesia melalui penyisipan imbuhan dalaman -in- ke dalam kata kerja siar,[1] lalu digunakan secara tidak rasmi tapi meluas di negara tersebut.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Cara pengiriman siniar berbeda dengan cara-cara lain – seperti pemuatturunan langsung atau penyiaran web beralir (web streaming) – untuk memperoleh fail media melalui Internet. Daftar semua fail audio atau video yang berkaitan dengan rententan atau siri (series) tertentu itu dipelihara secara terpusat pada pelayan pengedar (distributor's server) sebagai sambungan web, dan para pendengar atau penonton menggunakan pemuat turun siniar (podcatcher) untuk mendapatkan sambungan dalam talian memeriksa pemutakhiran baru, dan memuat turun fail baru dalam rentengan tersebut. Cara-cara ini dapat diatur untuk berjalan sendiri sehingga fail baru dapat dimuat turun dengan sendirinya. Fail tersebut disimpan secara setempat pada komputer pengguna atau peranti lain siap untuk pemakaian di luar talian: guna memberikan capaian-masuk (access) yang mudah dan senang bagi isi kandungan yang diterbitkan sekali-sekala.[6][7] Jenis fail audio yang umum digunakan dalam media siniar mencakupi fromat yang popular seperti Ogg Vorbis dan MP3.[8]

Sejarah pembangunan[sunting | sunting sumber]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Siniar novel[sunting | sunting sumber]

Siniar video[sunting | sunting sumber]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Syarikat-syarikat tertentu seperti IBM dan EMC menggunakan teknologi siniar sebagai suatu saluran atau medium mengajar dan komunikasi.[9][10]

Siniar merupakan antara medium paling senang dikendalikan dan mudah mendapatkan keuntungan kerana kos yang diperlukan untuk persediaan menyiar (mikrofon, komputer, serta teknologi peredaman bunyi sekitar) agak sedikit, malah banyak individu dan kelompok yang melibatkan diri dalam penggunaan teknologi ini.[11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ivan Lanin. "Sisipan". Dicapai 30 Mei 2011. ...Mungkin kita dapat menurunkan kata siniar dari siar sebagai padanan podcast... 
  2. ^ Ben Hammersley: "Audible revolution", The Guardian, 12 February 2004.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan oup tidak disediakan
  4. ^ "What is PodCasting?". PCReview.co.uk. 2005-06-09. Dicapai 2010-02-08. 
  5. ^ "A Cast By Any Other Name..." 2006-09-22. Dicapai 2010-02-08.  Teks "publisher:TWiT.tv" diabaikan (bantuan)
  6. ^ "Podcast Production". President and Fellows of Harvard College. Dicapai 2009-08-21.  Teks ""episodes of a particular podcast"" diabaikan (bantuan)
  7. ^ "Oxford University Press | Podcast". Oup.com. Dicapai 2010-01-15. 
  8. ^ Gil de Zúñiga, H., Veenstra, A., Vraga, E., and Shah, D. (2010) 'Digital Democracy: Reimagining Pathways to Political Participation', Journal of Information Technology & Politics, 7: 1, 36 - 51
  9. ^ Gronstedt, Anders (June 2007). "Employees Get an Earful". Harvard Business Review. Dicapai November 15, 2017. 
  10. ^ Gronstedt, Anders (May 3, 2007). Basics of Podcasting (PDF). ASTD. ISBN 1-56286-488-2. Dicapai November 15, 2017. 
  11. ^ Smith, Steve (November 22, 2016). "Podcasts: Can They Hear Us Now". EContent. Jil. 39 no. 8. Information Today, Inc. m/s. 9. Dicapai 15 November 2017. 
  12. ^ Heffernan, Virginia (22 Julai 2005). "The Podcast as a New Podium". The New York Times. Dicapai 16 November 2012.