Jesús Navas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jesús Navas
Navas of Manchester City October 2014.jpg
Navas memanaskan badan bersama Manchester City pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Jesús Navas González[1]
Tarikh lahir (1985-11-21) 21 November 1985 (umur 32)
Tempat lahir Los Palacios, Sepanyol
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)[2]
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini Manchester City
Nombor 15
Kerjaya remaja
1998–2000 Los Palacios
2000–2003 Sevilla
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2003–2004 Sevilla B 33 (3)
2003–2013 Sevilla 285 (23)
2013– Manchester City 65 (4)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Sepanyol B21 5 (0)
2009– Sepanyol 34 (3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15:22, 29 Jun 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 00:00, 6 Mac 2014 (UTC)

Jesús Navas González (lahir 21 November 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Sepanyol yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City sebagai pemain sayap kanan.

Dia bermain kebanyakan kariernya bersama Sevilla, beraksi dalam 393 perlawanan dan memenangi enam trofi utama, termasuk dua Piala UEFA dan dua Copa del Rey. Pada tahun 2013, dia menyertai Manchester City.

Navas bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol sejak tahun 2009 dan membantu kelabnya memenangi Piala Dunia FIFA 2010 dan UEFA Euro 2012.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Sevilla[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Los Palacios y Villafranca, Seville, Navas menyertai pasukan belia Sevilla FC ketika berumur 15 tahun. Pada musim 2003–04, dia membuat penampilan sulung untuk pasukan utama (dan La Liga) apabila dia bermain untuk 12 minit ketika kekalahan 0–1 kepada RCD Espanyol pada 23 November 2003,[3] dan membuat empat lagi penampilan sebelum liga berakhir. Pada musim 2004–05, dia dinaikkan ke pasukan utama secara tetap, menjaringkan dua gol daripada 22 perlawanan. Dia juga membuat penampilan untuk pasukan Sepanyol bawah-21.

Navas bermain untuk Sevilla pada tahun 2010

Pada musim 2005–06, Navas sekali lagi cemerlang, memainkan peranan penting untuk kelab Andalusia itu yang memenangi Piala UEFA buat pertama kali. Dia beraksi dalam kesemua 12 perlawanan dalam pertandingan itu termasuk perlawanan akhir menentang Middlesbrough. Pada bulan Ogos 2006, satu perjanjian telah diatur untuk perpindahannya ke Chelsea, tetapi pemain itu menolak perpindahan tersebut.[4] Dalam liga, dia secara konsisten disenaraikan dalam ranking pemain terbaik, memasuki '50 Teratas' majalah Don Balón setiap tahun sejak 2005.

Untuk tiga tahun seterusnya, Navas terus menjadi pemain utama Sevilla, sentiasa menjadi pemain dengan bantuan gol terbanyak untuk kelab dan juga menjaringkan sembilan gol dalam liga. Dia juga membantu mereka menduduki tempat ketiga dalam liga musim 2008–09.

Pada musim 2009–10, Navas beraksi dalam lebih 50 perlawanan dan membantu mereka menduduki tempat keempat dalam liga[5]). Pada 19 Mei 2010, dia menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Copa del Rey untuk menewaskan Atlético Madrid 2-0.[6]

Pada musim 2010–11, Navas telah terlibat dengan kecederaan,[7][8] dan kurang beraksi untuk Sevilla. Pada 13 Mac 2011, dia menjaringkan satu-satunya gol dalam musim itu ketika seri 1–1 dengan FC Barcelona.[9]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Jun 2013, selepas spekulasi tentang masa depan Navas, Sevilla mengesahkan dalam laman web rasmi mereka bahawa dia akan meninggalkan kelab itu dan dijangka menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City.[10] Perpindahan itu dilaporkan bernilai £14.9 juta,[11] diselesaikan tujuh hari kemudian.[12]

Navas membuat penampilan sulung liga pada 19 Ogos 2013, bermain keseluruhan 90 minit ketika menang 4–0 ke atas Newcastle United.[13] Dia menjaringkan dua gol pertamanya dalam pertandingan itu pada 24 November, membantu kelabnya menang 6–0 ke atas Tottenham Hotspur.[14]

Pada 2 Mac 2014, Navas menjaringkan gol ketiga City ketika mereka menewaskan Sunderland 3-1 untuk memenangi Piala Liga.[15]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Selepas menembusi pasukan utama Sevilla, Navas membuat penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 pada bulan September 2004. Dia telah dikatakan sebagai bintang berpotensi untuk kelab dan negaranya, tetapi masalah ketakutan menyebabkan dia terpaksa berhenti bermain bola sepak antarabangsa. Pada bulan Ogos 2009, dia mengumumkan hasratnya untuk mengatasi masalahnya dalam usaha mencari tempat dalam skuad Piala Dunia FIFA 2010.[16]

Navas (kanan) di bangku simpanan semasa Euro 2012

Pada 9 November 2009, Navas dipanggil oleh Vicente del Bosque untuk perlawanan persahabatan menentang Argentina dan Austria.[17] Pada 14 November, dia membuat penampilan sulungnya menentang Argentina dimana mereka menang 2–1 di Madrid. Empat hari kemudian, dia bermain keseluruhan separuh masa kedua menentang Austria dimana mereka menang 5–1 di Vienna.

Dipanggil ke skuad Piala Dunia di Afrika Selatan, Navas menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 3 Jun 2010 dalam perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan. Semasa Piala Dunia, dia beraksi dalam tiga perlawanan termasuk masa tambahan 30 minit dalam perlawanan akhir menentang Belanda dan Sepanyol menang trofi Piala Dunia FIFA pertama mereka.

Navas juga dipilih untuk UEFA Euro 2012, dimana dia muncul dalam beberapa perlawanan sebagai pemain gantian. Pada 18 Jun 2012, dia menjaringkan satu-satunya gol perlawanan pada minit ke-87 dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Croatia.[18]

Dipilih untuk Piala Konfederasi FIFA 2013, Navas muncul dalam tiga perlawanan. Pada 27 Jun, dalam perlawanan separuh akhir menentang Itali, dia menyempurnakan sepakannya semasa penentuan penalti (0–0 selepas 120 minit).[19]

Navas merupakan salah seorang daripada tujuh pemain yang dikeluarkan daripada skuad terakhir Sepanyol untuk Piala Dunia FIFA 2014 bersama-sama rakan sepasukan City, Álvaro Negredo.[20]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 3 Jun 2010 Tivoli-Neu, Innsbruck, Austria  Korea Selatan 1–0 1–0 Persahabatan
2. 18 Jun 2012 PGE Arena, Gdańsk, Poland  Croatia 0–1 0–1 UEFA Euro 2012
3. 10 September 2013 Stade de Genève, Geneva, Switzerland  Chile 2–2 2–2 Persahabatan

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sevilla
Manchester City

Negara[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Dekorasi[sunting | sunting sumber]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 29 Jun 2015[23][24]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain-lain Jumlah
Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol
Sevilla 2003–04 8 0 0 8 0 0
2004–05 21 2 1 1 1 0 5 0 1 27 3 2
2005–06 34 2 1 2 0 0 12 0 2 48 2 3
2006–07 29 1 0 5 1 0 7 0 1 1 0 2 42 2 2
2007–08 36 4 9 4 0 1 10 0 2 3 0 0 53 4 12
2008–09 35 4 13 8 1 2 6 0 0 49 5 15
2009–10 34 4 13 9 4 3 8 2 2 51 10 18
2010–11 15 1 5 5 0 1 6 1 1 2 0 0 28 2 7
2011–12 37 5 14 4 0 0 2 0 0 43 5 14
2012–13 36 0 6 7 1 3 0 0 0 43 1 9
Jumlah 280 23 62 46 8 7 56 3 9 6 0 1 388 34 77
Manchester City 2013–14 30 4 7 10 2 3 8 0 3 48 6 13
2014–15 35 0 9 4 1 2 7 0 0 1 0 0 47 1 11
Jumlah 65 4 16 14 3 5 15 0 3 1 0 0 95 7 24
Jumlah Karier 345 27 78 60 11 12 71 3 12 7 0 1 482 41 101

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 6 Mac 2014
Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2009 2 0
2010 9 1
2011 3 0
2012 8 1
2013 12 1
2014 1 0
Jumlah 35 3

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Abang Navas, Marco juga merupakan seorang pemain bola sepak. Selepas beraksi dengan akademi belia Sevilla, dia bejaya membuat tiga penampilan untuk pasukan utama.[25][26]

Navas mengalami masalah kronik rindu tempat tinggal,[27] tsehinggakan dia tidak menghadiri kem latihan di luar Sepanyol kerana ia terlalu jauh dari Seville. Dia juga mengalami serangan kebimbangan dan sawan,[28] dan pada mulanya enggan untuk pergi bersama Sevilla semasa pra-musim ke Amerika Syarikat kerana rindu tempat tinggal, dia kemudiannya menukar fikirannya untuk membuang masalah ini.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 29. Dicapai pada 13 September 2013. 
  2. ^ "Jesus Navas". FIFA.com. Dicapai pada 21 January 2014. 
  3. ^ a b "Los fantasmas de Jesús Navas" [Jesús Navas' ghosts]. El Mundo. 16 September 2006. 
  4. ^ Gol! Spain turn to nervous Jesus Navas
  5. ^ Rodri fires Seviila into raptures; ESPN Soccernet, 15 May 2010
  6. ^ "Cup glory for Sevilla". ESPN Soccernet. 19 May 2010. Dicapai pada 28 February 2011. 
  7. ^ "Sevilla's Navas to undergo ankle surgery". USA Today. 1 November 2010. Dicapai pada 24 April 2011. 
  8. ^ "Injury could rule Jesus Navas out for season". Sports Illustrated. 13 April 2011. Dicapai pada 24 April 2011. 
  9. ^ "Barcelona suffer in Sevilla". ESPN Soccernet. 13 March 2011. Dicapai pada 24 April 2011. 
  10. ^ "Jesús Navas se marcha al City: adiós a una trayectoria fabulosa de triunfos y registros" [Jesús Navas goes to City: goodbye to amazing run of wins and records] (dalam bahasa Spanish). Sevilla FC. 3 June 2013. Dicapai pada 3 June 2013. 
  11. ^ "Transfer news: Manchester City complete signing of Spain winger Jesus Navas". Sky Sports. 11 June 2013. Dicapai pada 14 June 2013. 
  12. ^ "Jesus Navas completes City switch". Manchester City F.C. 11 June 2013. Dicapai pada 14 June 2013. 
  13. ^ "Manchester City 4 Newcastle 0". Daily Mail. 19 August 2013. Dicapai pada 20 August 2013. 
  14. ^ "Man City 6 Tottenham 0: Spurs hit for six as Navas and Aguero strike twice in rout". Daily Mail. 24 November 2013. Dicapai pada 27 November 2013. 
  15. ^ "Manchester City v Sunderland, Capital One Cup final: as it happened". The Daily Telegraph. 2 March 2014. Dicapai pada 3 March 2014. 
  16. ^ Navas hopes to overcome anxiety to play in the World Cup; Goal.com, 26 August 2009
  17. ^ "Navas handed Spain call-up". FIFA.com. 9 November 2009. 
  18. ^ "Navas strikes late to break Croatia resistance". UEFA.com. 18 June 2012. Dicapai pada 18 June 2012. 
  19. ^ "Navas holds nerve to send Spain through". FIFA.com. 28 June 2013. Dicapai pada 28 June 2013. 
  20. ^ "World Cup 2014: Spain drop Alvaro Negredo and Jesus Navas". BBC Sport. 31 May 2014. Dicapai pada 31 May 2014. 
  21. ^ "Ganadores de las cuatro ediciones de premios de la LFP" [Winners of the four editions of the LFP awards] (dalam bahasa Spanish). ABC. 13 November 2012. Dicapai pada 3 June 2014. 
  22. ^ "Los campeones del mundo de fútbol ya tienen la Real Orden del Mérito Deportivo" [The football World Champions already have the Royal Order of Sporting Merit] (dalam bahasa Spanish). El Mundo Deportivo. 5 January 2011. Dicapai pada 5 March 2013. 
  23. ^ "Jesús Navas". Soccerway. Dicapai pada 4 March 2014. 
  24. ^ Templat:ESPNsoccernet
  25. ^ Marcos [sic] Navas: "Lo que le pasa a Jesús es que tiene miedo a una nueva recaída" (Marcos Navas: "What's happening is that Jesús is afraid of relapsing again"); Público, 10 October 2008 (Sepanyol)
  26. ^ Rob Hughes (6 October 2009). "A free spirit who merits a look for the World Cup". The New York Times. Dicapai pada 6 November 2013. 
  27. ^ Wenger may gamble on nervy Navas; Mirror Football, 21 November 2006
  28. ^ "Jesus Navas gets a call up for Espana". La Liga Weekly. 13 November 2009. Dicapai pada 12 July 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]