Suso (pemain bola sepak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suso
Maklumat peribadi
Nama penuh Jesús Joaquín Fernández Sáenz de la Torre[1]
Tarikh lahir (1993-11-19) 19 November 1993 (umur 30)
Tempat lahir Cádiz, Sepanyol
Ketinggian 1.77 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang / Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sevilla (dipinjam dari Milan)
Nombor 14
Kerjaya remaja
2004–2010 Cádiz
2010–2012 Liverpool
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2015 Liverpool 14 (0)
2013–2014Almería (pinjam) 33 (3)
2015– Milan 126 (21)
2016Genoa (pinjam) 19 (6)
2020–Sevilla (pinjam) 6 (1)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 Sepanyol B17 7 (5)
2011–2012 Sepanyol B18 5 (0)
2012 Sepanyol B19 9 (1)
2013 Sepanyol B20 8 (1)
2012–2013 Sepanyol B21 5 (0)
2017– Sepanyol 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Mac 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 September 2019

Jesús Joaquín Fernández Sáenz de la Torre (Sebutan Sepanyol: [xeˈsus xoaˈkim feɾˈnandeθ ˈsaenθ ðe la ˈtore]; lahir 19 November 1993), atau hanya dikenali sebagai Suso Sebutan Sepanyol: [ˈsuso], merupakan seorang pemain bola sepak Sepanyol yang bermain di posisi sayap dan pemain tengah menyerang untuk kelab Sevilla secara pinjaman dari Milan dan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Dikesan oleh pencari bakat Liverpool semasa usia remaja, beliau melakukan penampilan sulungnya di sana pada tahun 2012. Seterusnya, beliau dipinjam ke kelab Almería selama satu musim sebelum berpindah ke Milan pada Januari 2015. Beliau juga dipinjam ke kelab Serie A, Genoa pada Januari 2016.

Suso mewakili pasukan Sepanyol di pelbagai peringkat. Beliau telah mewakili pasukan bawah-21 Sepanyol yang berjaya merangkul Kejuaraan Eropah bawah-21 2012.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Suso pada mulanya telah menyertai Liverpool Academy secara pinjaman sehingga beliau berjaya memperoleh permit untuk beraksi bersama mereka. Pada 19 November 2010, beliau menyambut ulang tahun ke-17 kelahirannya dengan menandatangani kontrak bersama pasukan Reds.[3][4] Suso melakukan penampilan pertamanya untuk skuad Liverpool dalam perlawanan pra-musim menentang Borussia Mönchengladbach pada 1 Ogos. Beliau juga beraksi dalam perlawanan amal Jamie Carragher pada 4 September. Untuk menghadapi perlawanan-perlawanan kompetitif, beliau segera diletakkan ke dalam pasukan simpanan dan Academy. Untuk musim 2010–11, beliau telah beraksi dalam 17 perlawanan dan meledak tiga biji gol. Pada musim seterusnya, beliau menjaringkan lima gol di dalam 17 perlawanan.

Suso menjalani latihan bersama Liverpool pada 2012.

Pada 20 September 2012, Suso melakukan penampilan sulungnya untuk Liverpool dalam perlawanan Liga Europa menentang Young Boys. Beliau beraksi penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris pada tiga hari kemudian ketika menentang Manchester United. Beliau mempamerkan prestasi yang menakjubkan dengan berjaya melengkapkan hantaran bola biarpun Liverpool tewas pada perlawanan tersebut. Beliau seterusnya beraksi dalam perlawanan Liverpool yang seterusnya iaitu menentang West Bromwich Albion dalam perlawanan Piala Liga Inggeris. Beliau seterusnya diletakkan ke dalam kesebelasan utama bagi menghadapi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Norwich City pada 29 September. Beliau telah membuat hantaran kepada Luis Suárez untuk menjaringkan gol ketiga peribadi.[5]

Pada 19 Oktober 2012, Suso menandatangani kontrak lanjutan bersama Liverpool dan beliau menerima pujian oleh pengurus Brendan Rodgers kerana "kematangan dan komitmen dirinya."[6]

Pada 18 Disember 2012, Suso telah didenda sebanyak £10,000 kerana kenyataan yang dibuatnya kepada rakan sepasukannya di Liverpool, José Enrique menerusi laman Twitter, di mana Persatuan Bola Sepak Inggeris menganggap ia berunsur homofobia.[7] José Enrique membalas hukuman tersebut dengan menyatakan ia hanyalah gurauan semata-mata.[8]

Pada 25 Februari 2013, setelah digugurkan daripada skuad utama setelah pembelian Daniel Sturridge dan Philippe Coutinho, Suso beraksi dengan hambar untuk pasukan bawah-21 menentang Manchester United. Perlawanan berkesudahan Manchester United menang 1-0 menentang pasukan Liverpool yang jauh lebih unggul dibintangi Raheem Sterling, Andre Wisdom dan Jonjo Shelvey.[9]

Almería (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Julai 2013, Suso dipinjam ke kelab La Liga, Almería selama satu musim. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 19 Ogos ketika menentang Villarreal.[10]

Pada 21 September, Suso menjaringkan gol sulungnya di liga tertinggi ketika menentang Levante.[11] Pada 30 Oktober, beliau membantu pasukannya untuk menamatkan kemarau kekalahan sepanjang lima perlawanan berturut-turut dengan berjaya menewaskan Valencia 1-2.[12]

Pada 2 November, Suso membuat hantaran lintang kepada Rodri untuk menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Real Valladolid.[13] Pada hujung bulan tersebut, Suso menghasilkan gol keduanya untuk Almerika ketika pasukannya kecundang 1-3 kepada Celta de Vigo.[14] Beliau juga dikenakan denda kerana terlepas sesi latihan gara-gara tidur berlebihan.[15]

Suso kemudiannya diletakkan di bangku simpanan bagi perlawanan seterusnya menentang Real Betis, Granada, Athletic Bilbao dan Villarreal,. Beliau kembali ke kesebelasan utama pasukan pada 26 Januari pada tahun berikutnya ketika menentang Getafe.[16]

Kembali ke Liverpool[sunting | sunting sumber]

Suso kembali semula ke Liverpool ketika pasukannya memulakan kempen Liga Juara-Juara pada 16 September 2014 ketika menentang wakil Bulgaria, Ludogorets Razgrad walaupun khidmatnya tidak digunakan.[17] Seminggu kemudian iaitu dalam perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Middlesbrough, beliau telah menggantikan Lazar Marković pada minit ke-98 dan menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool selepas 11 minit beraksi. Beliau berjaya menyudahkan tendangan penalti di dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 2-2. Liverpool akhirnya memenangi perlawanan tersebut hasil keputusan 14–13 menerusi penentuan penalti.[18]

Milan[sunting | sunting sumber]

Musim 2014–15[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Januari 2015, Suso menandantangani kontrak empat tahun bersama Milan setelah kontraknya bersama Liverpool akan tamat pada Julai 2015.[19] Beliau akan menyertai Rossoneri dengan segera setelah Riccardo Saponara menyertai Empoli secara pinjaman sehingga penghujung musim. Oleh kerana pembatalan kontrak Suso bersama Liverpool, Milan membayar pampasan sebanyak €1.3 juta kepada Liverpool.[20]

Suso melakukan penampilan sulungnya pada 27 Januari dalam perlawanan suku akhir Coppa Italia apabila beliau menggantikan Michelangelo Albertazzi menentang Lazio.[21] Penampilan sulungnya di Serie A hadir pada 4 April apabila Milan berjaya menewaskan Palermo 2-1.[22] Pada 15 Mei, beliau melakukan hantaran kepada Alex untuk menjaringkan gol ketika pasukannya tewas 3-2 kepada Sassuolo. Dalam perlawanan tersebut juga, beliau dilayangkan kad merah setelah mengenakan faul ke atas Francesco Magnanelli.[23]

Dipinjam ke Genoa[sunting | sunting sumber]

Selepas Siniša Mihajlović menggantikan Filippo Inzaghi sebagai ketua jurulatih Milan yang baru, Suso tidak dapat merebut tempat di dalam kesebelasan utama Milan setelah hanya melakukan dua kemunculan. Beliau seterusnya dipinjam ke Genoa semasa jendela perpindahan Januari.[24]

Pada 4 Januari 2016, Suso menyertai Genoa secara pinjaman sehingga penghujung musim. Beliau telah diberi jersi bernombor 17. Pada 3 April, setelah hanya menjaringkan satu gol di dalam 12 perlawanan, beliau menjaringkan hatrik pertamanya ketika menewaskan Frosinone 4-0.[25] Beliau merupakan pemain Sepanyol pertama yang menjaringkan hatrik di Serie A Itali sejak Luis Suárez untuk Internazionale ketika menentang Genoa pada 1963.

Musim 2016–17: Kembali ke Milan[sunting | sunting sumber]

Suso beraksi untuk Milan pada 2016

Setelah dipinjamkan ke kelab luar kerana jurulatih Milan pada masa itu iaitu Siniša Mihajlović tidak yakin akan kebolehan Suso, beliau mula mendapat minit permainan yang lebih banyak di bawah kendalian pengurus baru, Vincenzo Montella. Setelah mempamerkan persembahan yang cemerlang pada aksi pra-musim dan perlawanan pembukaan Serie A, beliau menjadi tonggak utama Milan pada musim itu.[26] Suso menjaringkan gol pertama Milan di Serie A dalam perlawanan kedua liga ketika menentang Napoli.[27] Pada 16 September 2016, beliau melakukan hantaran kepada jaringan gol oleh Carlos Bacca semasa menentang Sampdoria.[28] Beliau juga membuat hantaran kepada Manuel Locatelli untuk menjaringkan gol tunggal permainan semasa menewaskan Juventus pada 22 Oktober.[29] Beliau membantu Milan untuk meraih kemenangan ke atas Palermo pada 6 November dengan menjaringkan satu gol dan melakukan satu hantaran gol.[30] Pada musim berikutnya, beliau menjaringkan gol dalam pertembungan menentang musuh tradisi, Inter Milan.[31] Pada perlawanan seterusnya, beliau memainkan peranan penting dalam kemenangan Milan ke atas Empoli 4–1 apabila beliau mencipta satu gol dan dua hantaran gol.[32]

Pada 23 Disember 2016, Suso melakukan hantaran kepada jaringan gol penyamaan permainan oleh Giacomo Bonaventura dalam aksi Supercoppa Italiana menentang Juventus. Seterusnya, beliau menyudahkan tendangan penalti dalam penentuan penalti yang menyaksikan Milan menang 4–3.[33]

Suso menghabiskan musim 2016-17 dengan menghasilkan tujuh gol dan sembilan hantaran gol sekali gus menjadikannya sebagai pemain yang melakukan hantaran gol terbanyak.[34]

Musim 2017–18[sunting | sunting sumber]

Suso memulakan musim 2017–18 dengan melakukan hantaran kepada jaringan gol Patrick Cutrone sebelum beliau sendiri menjaringkan gol ketika menentang Crotone.[35] Pada 14 September, beliau menjaringkan gol memukau dari jarak jauh semasa menentang Austria Wien. Jaringan gol tersebut merupakan gol pertamanya untuk Milan bagi perlawanan Eropah.[36]

Pada 25 September 2017, Suso menandatangani kontrak baru bersama Milan yang meletakkan beliau sebagai pemain Milan sehingga tahun 2022.[37]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Suso mewakili pasukan bawah-21 Sepanyol pada tahun 2012.

Suso telah mewakili pasukan Sepanyol di peringkat bawah-17, bawah-18, bawah-19, bawah-20 dan bawah-21. Pada tahun 2012, Suso beraksi dalam setiap perlawanan Sepanyol yang berjaya merangkul Kejuaraan Eropah bawah-19, iaitu pencapaian pertama diraih Suso bersama Sepanyol.[38] Pada 9 Oktober 2012, Suso mendapat panggilan pertama oleh pasukan bawah-21 bagi perlawanan menentang Itali.

Suso telah dijadikan sebagai kapten pasukan bawah-20 Sepanyol yang beraksi dalam kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2013.

Pada Ogos 2017, Suso telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sepanyol buat kali pertama bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Itali. Jurulatih Julen Lopetegui yang telah memanggil Suso ke skuad senior selain Lopetegui juga merupakan bekas pengendali Suso dalam pasukan bawah-20 dan pasukan bawah-21 Sepanyol.[39][40] Beliau akhirnya melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan persahabatan menentang Rusia pada 14 November 2017.[41]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Ogos 2019.[42]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
England Liverpool 2012–13 14 0 2 0 4 0 20 0
2014–15 0 0 1 1 1 1
Jumlah 14 0 3 1 4 0 21 1
Sepanyol Almería 2013–14 33 3 2 0 35 3
Itali Milan 2014–15 5 0 1 0 6 0
2015–16 1 0 1 0 2 0
2016–17 34 7 2 0 1 0 37 7
2017–18 35 6 5 1 10 1 50 8
2018–19 35 7 2 0 4 1 41 8
2019–20 1 0 0 0 1 0
Jumlah 111 20 11 1 14 2 1 0 137 23
Itali Genoa 2015–16 19 6 0 0 19 6
Jumlah kerjaya 179 29 16 2 18 2 1 0 212 33
  1. ^ Termasuk kejohanan Supercoppa Italiana

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 Oktober 2018.
Pasukan kebangsaan Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2017 1 0
2018 3 0
Jumlah 4 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Milan

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sepanyol B19

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Suso: Jesús Joaquín Fernández Sáenz de la Torre". BDFutbol. Dicapai pada 22 October 2014.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2015. Dicapai pada 20 Julai 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ "Jesus Fernandez Saenz". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Player Profile: Suso – Liverpool's Spanish flyer". ITV Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2012. Dicapai pada 17 July 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Norwich 2–5 Liverpool" BBC Sport. 29 September 2012. Retrieved 1 October 2012.
  6. ^ "Suso signs new long-term Liverpool deal". Goal.com. 19 October 2012. Dicapai pada 20 October 2012.
  7. ^ "Suso fined £10,000 for homophobic outburst". dailymail.com. 18 December 2012. Dicapai pada 18 December 2012.
  8. ^ "Jose Enrique defends Liverpool team-mate Suso after he's fined £10,000 by FA for 'gay' Twitter comment". Metro. 18 December 2012. Dicapai pada 9 August 2013.
  9. ^ John Drayton (25 February 2013). "FA to investigate after flares, smoke bombs and pitch invaders mar Liverpool v Man United Under 21 clash". dailymail.com. Dicapai pada 26 February 2013.
  10. ^ "Valiant Villarreal open with win". ESPN FC. 19 Ogos 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Levante fight back for point". ESPN FC. 21 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Almeria shock Los Che". ESPN FC. 30 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "Controversial win for Almeria". ESPN FC. 2 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "Celta fight back to end losing run". ESPN FC. 30 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "Francisco 'indultó' a Suso por dormirse" [Francisco ‘pardoned’ Suso for oversleeping] (dalam bahasa Spanish). Marca. 26 November 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Almeria 1 Getafe 0". ESPN FC. 26 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Sheringham, Sam (16 September 2014). "Liverpool 2–1 Ludo Razgd". BBC Sport. Dicapai pada 17 September 2014.
  18. ^ "Reds through after true penalty drama". Liverpool F.C. Dicapai pada 23 September 2014.
  19. ^ "SUSO SET FOR MILAN MOVE". Sky Sports News. 12 January 2015. Dicapai pada 12 January 2015.
  20. ^ "Liverpool midfielder Suso seals £1m AC Milan transfer on four-and-a-half-year deal". Daily Mail. 17 January 2015.
  21. ^ "AC Milan 0-1 Lazio: Biglia sends 10-man visitors into last four". Goal.com. 27 January 2015. Dicapai pada 8 April 2015.
  22. ^ Fenn, Alec (4 April 2015). "Palermo 1-2 AC Milan: Menez magic snatches late winner". Goal.com. Dicapai pada 10 April 2015.
  23. ^ "Sassuolo 3 - 2 Milan Match report - 17/05/2015 Serie A - Goal.com". www.goal.com.
  24. ^ "The Impact of Suso's Loan to Genoa - IFD". 5 January 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-20. Dicapai pada 2019-08-31.
  25. ^ Walsh, Kristian (3 April 2016). "Watch former Liverpool FC midfielder Suso net first career hat trick". Liverpool Echo. Dicapai pada 3 April 2016.
  26. ^ "Suso set to play leading role in Vincenzo Montella's AC Milan". 7 September 2016. Dicapai pada 29 November 2016.
  27. ^ "Stagione 2016-17 | 2^ Giornata" (dalam bahasa Italian). Lega Serie A. 27 August 2016. Dicapai pada 1 December 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  28. ^ "Sampdoria 0-1 AC Milan: Carlos Bacca scores winner for visitors". Sky Sport. 16 September 2016.
  29. ^ "Manuel Locatelli's goal helped AC Milan beat Juventus for the first time since November 2012 and close the gap at the top of Serie A to two points". BBC. 22 October 2016.
  30. ^ "Gianluca Lapadula grabs AC Milan winner in Sicily". ESPN. 6 November 2016.
  31. ^ "Stagione 2016–17 | 13^ Giornata" (dalam bahasa Italian). Lega Serie A. 20 November 2016. Dicapai pada 29 November 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ "AC Milan decimate Empoli to go second in Serie A". ESPN. 27 November 2016.
  33. ^ "Milan beat Juve in Super Cup shoot-out". Football Italia. 23 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-23. Dicapai pada 24 December 2016.
  34. ^ "Serie A Player Statistics". whoscored. Dicapai pada 26 August 2017.
  35. ^ "Milan demolish 10-man Crotone". Football Italia. 20 August 2017. Dicapai pada 26 August 2017.
  36. ^ "Austria Wien 1–5 Milan". UEFA.com. 14 September 2017. Dicapai pada 14 September 2017.
  37. ^ "Official: SUSO-AC MILAN TOGETHER THROUGH TO 2022". A.C. Milan. 25 September 2017. Dicapai pada 25 September 2017.
  38. ^ "Suso". UEFA.
  39. ^ "Suso deserves spain call". Football Italia. 25 August 2017. Dicapai pada 26 August 2017.
  40. ^ "Spain: Suso to face Italy". Football Italia. 25 August 2017. Dicapai pada 10 October 2017.
  41. ^ "Russia vs Spain LIVE SCORE: Latest updates from international friendly clash". www.thesun.co.uk.
  42. ^ "Spain - Suso - Profile with news, career statistics and history - Soccerway". int.soccerway.com.
  43. ^ "Technical report" (PDF). UEFA. m/s. 13. Dicapai pada 3 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]