Stefan Kießling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stefan Kießling
Maklumat peribadi
Nama penuh Stefan Kießling[1]
Tarikh lahir (1984-01-25) 25 Januari 1984 (umur 40)
Tempat lahir Lichtenfels, Jerman Barat
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3 in)[2]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayer Leverkusen
Nombor 11
Kerjaya remaja
1988–2001 1. FC Eintracht Bamberg
2001–2003 1. FC Nürnberg
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2006 1. FC Nürnberg 73 (15)
2006– Bayer Leverkusen 282 (121)
Pasukan kebangsaan
2003 Jerman B20 1 (0)
2004 Jerman 2006 1 (0)
2005–2006 Jerman B21 15 (4)
2007– Jerman 6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 April 2015

Stefan Kießling (lahir 25 Januari 1984) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Bayer Leverkusen di posisi penyerang.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

1. FC Nürnberg[sunting | sunting sumber]

Kießling memulakan kerjaya seniornya bersama kelab Nürnberg. Pada tahun 2002, beliau telah menandatangani kontrka enam tahun bersama Nurnberg selepas menjaringkna 13 gol dalam 21 perlawanan untuk kelab reserve. Beliau membuat debut untuk Nurnberg ketika tewas 4-0 kepada Hamburg pada April 2003. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Nurnberg semasa terikat seri 2-2 bertemu SpVgg Greuther Fürth pada 7 Mac 2004. Beliau kemudian membuat 77 kemunculan untuk kelab dalam semula kejohanan selain menjaringkan 17 gol.

Bayer 04 Leverkusen[sunting | sunting sumber]

Pemain muda berbakat ini telah menarik perhatian kelab Arsenall dan FC Bayern Munich tetapi beliau lebih minat bermain untuk kelab Bayer Leverkusen pada musim panas 2006 dan menandatangani kontrak empat tahun sehingga 30 Jun 2010. Pada 12 Ogos 2006, Kießling membuat debut untuk kelab barunya.

Selepas tiba di Leverkusen, beliau menjaringkan satu gol dalam semusim tetapi jaringannya membuatkan beliau penjaring kedua terbanyak Bundesliga pada musim 2008-09 di belakang Patrick Helmes. Pada 5 April 2009, beliau menjaringkan gol pertamanya dari sebelah tepi ketika menang 2-0 ke atas 1. FC Köln, dan berjaya menghidupkan peluang Leverkusen untuk layak ke Liga Europa pada musim berikutnya. Leverkusen kemudian gagal untuk menang pada perlawanan seterusnya dan kehilangan tempat untuk merebuti tempat kesembilan Bundesliga.

Pada Ogos 2009, beliau diundi sebagai Pemain Terbaik Bulanan Bundesliga. Beliua kemudian menjaringkan hatrik untuk Leverkusen semasa menentang Stuttgart oada 29 November 2009 dan menghantar Leverkusen ke tangga teratas liga selepas kejayaan 4-0 membenam Stuttgart. Pada 16 Mac 2010, Kießling melanjutkan kontraknya bersama Leverkusen sehingga 2015. Beliau meneruskan kerjayanya pada musim 2009-10 dengan menjaringkan 21 gol dalam 33 perlawanan dan menamatkan musim sebagai penjaring kedua terbanyak Bundesliga selepas Edin Džeko dengan 22 gol. Beliau termasuk dalam Pasukan Impian Bundesliga.

Pada 18 Februari 2012, Kießling menjaringkan dua gol dan membuat satu hantaran kepada André Schürrle pada perlawanan menentang FC Augsburg, Leverkusen menang 4-1. Pada 5 Mei, beliau menjaringkan hatrik pada hari terakhir musim 2011-12 dan membantu kelabnya menang 4-1 ke atas kelab lamanya, Nürnberg dan membantu kelabnya menduduki tempat kelima liga.

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Leverkusen pada musim 2012-13 pada hari pertama musim pada 25 Ogos 2012 dengan menjaringkan gol pembukaan dan membenam Eintracht Frankfurt, 2-1. Kießling menjaringkan gol tunggal Leverkusen pada perlawanan Liga Europa pada 4 Oktober semasa menentang kelab Norway, Rosenborg BK. Pada 15 Disember, Kießling menjaringkan gol pada perlawanan menentang Bayern Munich yang menjadikan beliau penjaring terbanyak pada separuh pertama musim Bundesliga. Kießling meneruskan aksi konsisten pada separuh kedua musim dengan menjaringkan tujuh gol pada enam perlawanan terakhir Bundesliga. Beliau akhirnya dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak Bundesliga untuk musim 2012-13 selepas menjaringkan 25 gol. Dengan menjaringkan 25 gol, 38% gol Leverkusen pada musim ini hasil daripada gol beliau. Beliua juga termasuk dalam Pasukan Impian Bundesliga dan diundi pemain keempat terbaik Bundesliga.

Pada 26 Julai 2013, Kießling melanjutkan kontraknya bersama Leverkusen sehingga tahun 2017. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim 2013-14 pada pusingan pertama DFB-Pokal pada 3 Ogos 2013 menentang SV Lippstadt 08, menang 6-1. Pada perlawanan pertama Bundesliga, Kießling menjaringkan gol pembukaan ketika mengalahkan SC Freiburg 3-1. Pada 14 September, beliau menjaringkna dua gol pada separuh masa kedua untuk memberikan Leverkusen mudah menewaskan Wolfsburg yang bermain 10 orang dengan jaringan 3-1.

Pada 18 October, beliau menjaringkan gol berhantu pada perlawanan menentang Hoffenheim apabila beliau menjaringkan gol seperti yang kita lihat, bola itu telah jauh daripada gawang gol namun ia masuk dari tepi. Apabila dikesan, jaringan gol tersebut tidak koyak atau apa-apa lalu pengadil menandakan gol tersebut tidak diiktiraf. Leverkusen menang 2-1 ke atas Hoffenheim pada perlawanan itu. Lima hari kemudian, beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang FC Shakhtar Donetsk.

Pada 13 April 2014, Kießling menanduk masuk gol dalam masa 40 saat dan membantu kelabnya mendahului 1-0 ke atas Hertha BSC dan pasukannya menang 2-1 lalu pasukannya melonjak di tangga keempat liga. Pada 10 Mei, Leverkusen menewaskan Werder Bremen 2–1 dan menempah tiket ke pusingan play-off Liga Juara-Juara UEFA 2014-15.

Pada perlawanan pertama Leverkusen pada musim 2014-15 menentang SV Alemannia Waldalgesheim pada pusingan pertama DFB-Pokal, Kießling menjaringkan lima gol termasuk empat gol pada separuh masa kedua dan perlawanan berkesudahan Leverkusen menang 6-0. Pada perlawanan pertama play-off Liga Juara-Juara menentang FC Copenhagen, Kießling menjaringkan gol pembukaan bagi Leverkusen dan pasukannya menang 3-2 di tempat lawan. Pada perlawanan pertama Bundesliga, beliau menerima hantaran Karim Bellarabi dan menjaringkan gol untuk melengkapkan kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund. Pada perlawanan kedua play-off Liga Juara-Juara menentang Copenhagen, Kießling menjaringkan dua gol untuk Leverkusen mara ke peringkat kumpulan dengan agregat 7-2. Beliau menjaringkan gol ke-10nya pada musim ini selepas menjaringkan penalti pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara ketika menentang Benfica pada 1 Oktober. Leverkusen menang 3-1 di halaman sendiri.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kießling membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman pada perlawanan persahabatan menentang Denmark pada 28 Mac 2007. Beliau dipanggil oleh jurulatih Joachim Löw selepas memaperkan aksi terbaik pada musim 2009-10 untuk menerima kaps keempatnya pada 13 Mei 2010 pada perlawanan persahabatan menentang Malta. Beliau bermain sehingga tamat perlawanan dan menang 3-0. Beliua termasuk dalam senarai 23 pemain ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Beliau menjadi pemain gantian pada dua perlawanan iaitu pada perlawanan menentang England selepas menggantikan Mesut Özil pada minit ke-83 dan menggantikan Cacau pada minit ke-73 semasa menentang Uruguay.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 29 September 2013
Jerman
Tahun Kmncln Gol
2007 1 0
2009 2 0
2010 3 0
Jumlah 6 0

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

1. FC Nürnberg

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Bulanan Bundesliga: Ogos 2009
  • Pasukan Pilihan Musim Bundesliga: 2009–10, 2012–13
  • Penjaring Terbanyak Bundesliga: 2012–13 (25 gol)

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 12 June 2010. m/s. 11. Dicapai pada 8 December 2013.
  2. ^ "Stefan Kießling". Bayer 04 Leverkusen. Dicapai pada 11 May 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]