Suara Perkasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Suara Perkasa merupakan surat khabar dwi bulanan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA). Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyatakan baru menerima surat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri. Surat khabar itu dijangka menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam.[1]

Siasatan KDN[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2010, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa KDN bertindak menyiasat edisi pertama Suara Perkasa. Edisi sulungnya menyiarkan berita muka depan yang berunsur provokatif menerusi artikel "Tahan Ka Siong di Bawah ISA".[2]

Pada 2 Julai editor Suara Keadilan dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri berhubung artikel 'Tahan Wee Kah Siong Bawah ISA'. Pertemuan di antara Editor Suara Perkasa Amirudin Mohamad dengan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, dan Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran Datuk Zaitun Abd.Samad.[3] Timbalan Menteri Pelajaran mempersoalkan kewajaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditarik balik tetapi biasiswa MARA masih diteruskan.

Datuk Ibrahim Ali menyatakan sanggup ditahan ISA berhubung isu itu.

Setakat ini Suara Keadilan organ rasmi PKR tidak diperbaharui permit yang tamat pada 30 Jun 2010 kerana tajuk depannya 'Felda Bangkrap' tanpa tanda '?'. Editor Dzulkarnain Taib tidak datang pada masa yang ditetapkan.<refr>KDN Tidak Pilih Kasih Antara Suara Perkasa Dan Suara Keadilan</ref>

Tiada di pasaran[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Ogos 2010, ketua pengarang suara Perkasa, Daud Ibrahim menjelaskan bahawa tsabloid dwi bulanan itu masih dicetak tetapi pengedar enggan mengedarkan kerana takut 'amaran' KDN. Akibatnya edisi 1, 2 dan 3 akhbar itu tidak dapat dibaca termasuk di Pasir Mas, kawasan Datuk Ibrahim Ali sendiri. Setakat ini akhbar itu dijual hanya di Ayer Hitam, Bukit Mertajam dan Kuala Terengganu. Edisi ke-4 dikeluarkan pada 15 ogos 2010.

[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]