Pergerakan Pemuda UMNO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pemuda UMNO)
Lompat ke: pandu arah, cari

Pergerakan Pemuda UMNO merupakan sayap kanan daripada kepimpinan politik UMNO. Fungsi pergerakan PEMUDA ini berubah-ubah semenjak dari sejarah UMNO itu sendiri bergantung kepada kepemimpinan pergerakan Pemuda UMNO pada masa itu. Ketua Pergerakan UMNO kini adalah Khairy Jamaluddin. Dari segi hirarki kuasa dan pengaruh , Pemuda UMNO lebih penting daripada Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO.

Penubuhan dan misi[sunting | sunting sumber]

Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan barisan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironiya dengan 'tapisan' ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO.

Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.

Era Kapten Hussein Onn[sunting | sunting sumber]

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama ialah Kapten Hussein Onn, dari Johor dan anak kepada pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar. Hussein Onn menyertai bapanya Onn Jaafar keluar dari UMNO dan menubuhkan parti IMP. Bagi mengembalikan sokongan Melayu Johor maka dirasakan Hussein Onn wajar diberi tanggungjawab menjadi ketua pemuda UMNO. UMNO ditubuhkan pada 1946 dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Malayan Union yang dibawa oleh Harold Mac Michael dilihat merugikan orang Melayu sebagai tuan di negara ini.

Era Tun Abdul Razak[sunting | sunting sumber]

Semasa Datuk Abdul Razak dari Pekan, Pahang menjadi Ketua Pemuda UMNO, slogan bertukar dari Merdeka kepada Hidup Melayu.

Era Sardon Jubir[sunting | sunting sumber]

Era Sardon Jubir memperkenalkan slogan Pemuda Tahan Lasak dan Revolusi Mental. Isterinya seorang wanita Cina. Ketika ini berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia dan Penyingkiran Singapura.

Era Datuk Harun Idris[sunting | sunting sumber]

Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor dan ketua pemuda UMNO yang agresif. Akibatnya pengundi Cina tidak menyokong parti Perikatan , kedudukan parti Perikatan goyah di Selangor dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei.

Beliau cukup disanjung oleh orang Melayu kerana membawa orang Melayu yang miskin di luar bandar untuk tinggal dan bekerja di bandar-bandar bersama-sama dengan orang Cina. Dasar Ekonomi Baru dilancarkan bagi memperbesarkan kek ekonomi dan agihan ekonomi lebih adil. Malangnya beliau ditangkap semasa Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana skandal rasuah Bank Rakyat.

Era Syed Jaafar Albar[sunting | sunting sumber]

Syed Jaafar Albar berasal dari Johor berketurunan Arab. Beliau disindir-sindir oleh Lee Kuan Yew dari PAP kerana beliau juga keturunan pendatang dari Arab.

Jaafar Albar cukup garang sehingga digelar Singa UMNO, umpama Saidina Ali Abi Talib . Beliau menggelar pemuda UMNO sebagai Ginger Group. Tetapi masih dikelabui oleh karisma Datuk Harun Idris.

Era Datuk Shuhaimi Kamarudin[sunting | sunting sumber]

Suhaimi Kamaruddin merupakan anak saudara Datuk Harun Idris dari Selangor. Beliau diharapkan radikal sebagaimana Harun Idris. Era Pemuda Bertindak menjadi slogan pemuda UMNO.

Bagi mempertahankan jawatan dalam pertandingan ketua pemuda UMNO menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Suhaimi mencadangkan sasaran ekonomi orang Melayu / Bumiputera mestilah 53 % , bukan lagi 30 %. Namun begitu pemuda UMNO sendiri tidak setuju kerana sasaran 30 % pun belum tercapai. Mereka memberi undi kepada anak didik Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Era Datuk Seri Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Anwar Ibrahim bekas pengerusi ABIM dan calon Presiden PAS telah menerapkan nilai-nilai Islam. Jika Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan dasar Buy British Last , Anwar Ibrahim bertindak 'merampas' Carcosa di Bukit Carcosa. Slogan pemuda ketika itu ialah Generasi Penggerak Zaman.

Era Datuk Seri Najib Tun Razak[sunting | sunting sumber]

Dalam persidangan pemuda UMNO pada 24 April 1987 , Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan jawatan ketua pemuda UMNO kepada Datuk Najib Tun Razak. Penyerahan ini berikutan Anwar Ibrahim setuju dengan cadangan / desakan Team Wawasan agar beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.[1] Ketika inilah berlakunya Operasi Lalang . Kepimpinan UMNO berpecah kepada Team A dan Team B. Kumpulan 11 tidak setuju dengan keputusan pertandingan UMNO pada 24 April 1987 . Pada 4 Februari 1988, Hakim Datuk Harun Hashim , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah (pertubuhan haram) kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO telah berkubur.

UMNO Baru telah ditubuhkan pada 13 Februari 1988 dan perkataan 'baru' telah dikabur serta dhapuskan sama sekali. Pada 21 Mei 1988 , Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi ketua pemuda UMNO. Beliau menjadi Timbalan Ketua Pemuda UMNO selama 3 penggal di bawah Datuk Suhaimi Kamaruddin. Kemudian 2 penggal lagi di bawah Ketua Pemuda UMNO , Datuk Seri Anwar Ibrahim.[2]

Era Datuk Ahmad Zahid Hamidi[sunting | sunting sumber]

Ahmad Zahid Hamidi yang pernah belajar di Sekolah Agama Izuddin Shah, Ipoh nampak sealiran dengan Anwar Ibrahim. Ketika ini isu Kroni, kolusi dan Nepotisme menjadi bahan skeptikal dan bahan lawak dalam persidangan UMNO. Tun Dr Mahathir Mohamad selaku presiden UMNO telah menyiarkan senarai syrikat dan orang UMNO yang mendapat tender, saham dan ahli lembaga pengarah dan sebagainya. Nama Ahmad Zahid dan lain-lain yang 'bising' turut tersenarai. Tetapi ramai lagi mempertikaikan senarai itu kerana ada yang tidak tersenarai.

Era Datuk Hishammuddin Tun Hussein[sunting | sunting sumber]

Tokoh muda ketika itu ,Hishamuddin Tun Hussein diberi jawatan berprestij iaitu Menteri Belia dan Sukan .

Era Khairy Jamaluddin[sunting | sunting sumber]

Semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2009, YB Khairy Jamaluddin telah dipilih untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru. Beliau terpaksa memikul tanggungjawab yang berat untuk mengembalikan semula keyakinan pengundi muda untuk menyokong Barisan Nasional amnya dan UMNO khasnya. Cabaran terbesar yang terpaksa diharunginya adalah berikutan masalah imej yang disebabkan oleh tuduhan politik wang yang pernah dihadapinya semasa pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pemuda UMNO Bahagian[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]